Sunday, May 20, 2012

Proses pembinaan Ikhlas dan pengaruhnya.




Langkah yang sangat penting untuk lahirkan ikhlas kepada Allah swt.

1. Tumpukan perhatian hanya kepada penilaian Allah taala semata bukan penilaian manusia.
Kata Al Fudhail bin Iyad- Amal yang dikerjakan kerana manusia adalah syirik. Amal yang ditinggalkan kerana manusia adalah riak.Ikhlas mesti bebas dari keduanya.

2. Menyamakan yang zahir dengan yang batin.

3.Samakan yang sembunyi dan yang terang-terangan. Tidak boleh berlaku amal zahir cantik tapi batinnya buruk.Savi assakti berkata - sesiapa yang berhias dimata manusia dengan sesuatu yang tidak selayaknya maka dia jadi hina dimata Allah.

4. Menganggap sama pujaan dan celaan manusia- Kita tak akan terlepas dari celaan manusia ketika terpuji disisi Allah begitu juga sebaliknya.

5. Tidak boleh rasa diri sudah cukup ikhlas hingga rasa takjub kepada diri sendiri yang boleh merosakkan keikhlasan. Abu Bakar Addakad berkata- kekurangan orang mukhlis kerana melihat keikhlasan , jika dia hendak Allah lihat keikhlasan dia , dia kena rasa dia perlu ikhlas lagi dan perlu sentiasa tambahkan keikhlasannya.

6. Tidak menghitung amal yang dilakukan. Orang mukhlis tidak rasa aman dengan amalnya dia bimbang kalau-kalau amalnya tidak diterima oleh Allah swt.Orang mukhlis melihat amal dia dengan taufik dari Allah, dia melihat pahala kebaikan daripada Allah keatas dirinya.

No comments: