Wednesday, May 16, 2012

Saya sayang emak



  
 Seorang lelaki singgah kekedai bunga untuk beli bunga kepada emaknya yang berada 200km jauhnya. Semasa dia keluar dari kereta ,dia ternampak seorang budak sedang menangis didepan kedai bunga itu.
Dia bertanya: Kenapa kamu menangis 
Jawab budak itu : Saya nak beli bunga ros merah untuk mak saya, tapi tak cukup duit saya hanya ada 75 sen tetapi harga bunga itu RM 2.00
Lelaki itu tersenyum: Mari sini dik , biar abang belikan untuk adik.
Lelaki itu membeli bunga ros untuk budak itu dan membuat pesanan bunga untuk emaknya.
Semasa keluar dari kedai dia mempelawa untuk hantar budak itu balik.
Budak itu berkata: Ya, tolonglah bawa saya ketempat mak saya.
Budak itu memyuruh lelaki itu pergi kesuatu perkuburan, disitu dia meletkkan bunga
tersebut pada kubur yang masih kelihatan baru.
Lelaki itu balik semula kekedai bunga, membatalkan pesanan bunga dan memandu sejauh 200 km balik kerumah emaknya.

No comments: