Showing posts with label palestin. Show all posts
Showing posts with label palestin. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Info: Yang mana satukah Masjid Al-Aqsa?

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



Info: Yang mana satukah Masjid Al-Aqsa?
Jawapan: Masjidil Aqsa adalah KESELURUHAN KAWASAN yang berada dalam garisan kotak merah itu termasuk Masjid Qubbatus Sakhrah (kubah kuning) dan Masjid Qibly (kubah hitam kelabu). Kawasan itu luasnya 144 ribu meter persegi dan mampu memuatkan lebih 500 ribu jemaah dalam satu masa. Bahkan, anda tunaikan solat di mana-mana masjid atau kawasan lapang dalam kawasan itu akan mendapat pahala 500 kali ganda seperti dalam hadis Nabi;
"Solat di Masjidil Aqsa mendapat pahala sebanyak 500 kali ganda, dan solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) mendapat pahala sebanyak 1000 kali ganda, dan solat di Masjidil Haram mendapat pahala sebanyak 100 ribu kali ganda" (H.R Ibnu Majah)
Di dalam Masjid Qubah As-Sakhrah yang berkubah kuning terdapat satu batu besar yang menjadi tempat Rasulullah SAW diangkat ke langit bertemu Allah SWT untuk menerima wahyu kefardhuan solat di dalam peristiwa Israk & Mikraj. Peristiwa ini dirakamkan Allah di dalam Al-Quran, surah Al-Isra', ayat 1.
Kedua-dua binaan masjid berkubah hitam dan kuning ini tidak wujud semasa peristiwa Israk & Mikraj. Kedua-duanya dibina selepas kewafatan Rasulullah SAW. Masjid Qubah As-Sakhrah dibina pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Dinamakan sebagai Masjid Kubah Batu kerana di dalamnya terdapat batu tempat Rasulullah diangkat ke langit.
Manakala Masjid Qibliy, asalnya adalah musolla kecil yang dibina sempena memperingati tempat solat Saidina Omar sebaik membuka Masjid Al-Aqsa. Khalifah Abdul Malik bin Marwan telah membina bangunan masjid tersebut tetapi disempurnakan oleh anaknya Khalifah Al-Walid. Dinamakan Masjid Al-Qibliy kerana kedudukannya yang menghadap ke kiblat di Makkah.
Dua buah masjid yang anda lihat bertanda anak panah itu ialah masjid besar yang berada dalam kawasan itu. Terdapat lagi masjid-masjid kecil yang lain yang juga dikira sebagai Al-Aqsa. Malah terdapat juga masjid bawah tanah!
Jika keseluruhan kawasan bertembok adalah Masjid Al-Aqsa, ini bermakna Tembok Buraq yang pada hari ini telah dirampas oleh Yahudi dan dijadikan Tembok Ratapan (The Wailing Wall) juga sebenarnya adalah sebahagian dari Masjid Al-Aqsa!
Jangan pelik jika ramai yang memainkan polemik Masjid Al-Aqsa hanyalah salah satu dari binaan di atasnya sehingga kita lupa Masjid Al-Aqsa telahpun dirampas oleh Yahudi pada bahagian Tembok Buraq.
Hari ini mereka merampas satu tembok. Lama-kelamaan Yahudi akan mula menawan sedikit demi sedikit kawasan Masjid Al-Aqsa, tetapi umat Islam sedang bertelagah untuk menentukan Masjid Al-Aqsa hanya pada dua binaan di atasnya!
Jadi semoga tiada lagi pembaca yang keliru.
sumber-info AmanPalestin

Wednesday, April 23, 2014

Hakikat yang pahit

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد







"Ketika kami bakar masjid al-aqsa, aku tak dpt tidur sepanjang malam kerana takut umat arab berduyun2 masuk menyerang Israel dari setiap pelusuk. Tapi apabila terbit mentari pagi berikutnya, tahulah aku bahawa kami mampu utk melakukan apa saja yg kami mahu... kerana kami berada di hadapan umat yg lena."
(GOLDA MIER, PM ISRAEL KE-4.)

Wednesday, February 12, 2014

Penghapusan Etnik

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد


Hari ini dalam sejarah Palestin | 10 Februari 1948 | Bermulanya penghapusan etnik terancang di Palestin

Israel telah dibina di atas tanah Palestin. Orang-orang Yahudi telah menghuninya dengan menghalau penduduk asal tanah itu sebaik sahaja tumpasnya Khilafah Uthmaniyah pada perang dunia pertama pada tahun 1918.

Operasi penyingkiran rakyat Palestin diterajui oleh kumpulan-kumpulan pengganas Zionis dari kampung ke kampung.

Namun, pada 1948, penyingkiran dibuat dengan begitu tersusun dari kampung ke kampung.

Mereka bermula pada 13 Februari dengan menumpukan kepada beberapa kawasan.

Di Jaffa, rumah-rumah dipilih secara rawak dan dibom dengan dinamit walaupun masih ada orang di dalamnya, Perkampungan Sa’sa telah diserang begitu juga 3 kampung sekitar Qisarya.

Operasi Februari diaturkan dengan berhati-hati oleh penasihat/The Consultancy berbeza dengan operasi yang dilaksanakan pada Disember 1947. Ia tidak lagi terpecah-pecah. Tanpa menangguh-nangguh, mereka telah membentuk cubaan pertama untuk menyatukan konsep pengangkutan Yahudi di jalan-jalan utama Palestin dengan penghapusan etnik di kampung-kampung.

Tetapi tidak seperti bulan-bulan berikutnya, apabila operasi akan diberikan kod nama dan jelas mendefinisikan wilayah dan sasaran, pengarahan yang diberikan tidak jelas.

Sasaran pertama adalah 3 kampung sekitar Kota Lama Roman di Qisarya, kota yang mempunyai sejarah yang menakjubkan kaum Phoenician. Ia wujud sebagai kawasan perdagangan, Herod kemudiannya menamakannya Caesarea sempena nama panglimanya yang ternama di Rom, Augustus Caesar. Kampung yang terbesar di sini adalah Qisarya, di mana 1500 penduduk hidup di belakang tembok kota lama ini.

Di antara mereka, sepertimana di kawasan lain, adanya beberapa keluarga Yahudi yang telah membeli tanah di situ dan hidup sehari-hari di dalam kampung tersebut. Kebanyakan penduduk kampung tinggal di dalam rumah batu bersebelahan dengan keluarga Arab Badwi yang juga merupakan sebahagian daripada kampung tersebut walaupun mereka sekadar tinggal di dalam khemah.

Telaga di kampung tersebut membekalkan air yang mencukupi untuk keseluruhan penduduk kampung untuk kedua-dua golongan tersebut dan mencukupi untuk bekalan air di ladang-ladang mereka. Kampung ini menghasilkan produk agrikultur yang pelbagai seperti pisang dan buah-buahan sitrus. Qisarya menggambarkan suasana perkampungan yang lazimnya di kampung-kampung lain juga di seluruh Palestin. (Adanya masyarakat yang tinggal tetap dan kelompok Arab Badwi)

3 kampung itu dipilih kerana mereka merupakan sasaran mudah. Mereka tiada pertahanan daripada jenis apa sekali pun. Samada penduduk tempatan mahupun sukarelawan dari luar.

Arahan untuk menjajah, menghalau dan memusnah dikeluarkan pada 5 Februari. Qisarya adalah kampung pertama yang disingkirkan pada 15 Februari 1948. Operasi itu hanya mengambil masa beberapa jam dan dilaksanakan dengan sangat sistematik sehinggakan tentera Yahudi mampu untuk mengosongkan dan memusnahkan 4 lagi kawasan yang lain pada hari yang sama di bawah pengawasan askar British yang ditempatkan di Balai Polis berhampiran.

Kampung kedua ialah Barrat Qisariyah (Baca: Di luar Qisarya) yang mempunyai populasi kira-kira 1000 orang. Ada beberapa gambar dari 1930-an kampung ini yang menunjukkan kampung ini terletak di tepi pantai berhampiran dengan runtuhan lama Kota Rom. Kampung telah ‘dibersihkan’ pada bulan Februari 1948 dengan satu serangan mengejut dan ganas sehingga ahli sejarah Palestin dan Israel merujuk kepada kehancuran kampung ini sebagai suatu kejadian misteri.

Hari ini, kota pendudukan Yahudi Or Akiva berkembang di atas setiap inci kampung yang telah dimusnahkan itu.

Beberapa rumah lama masih lagi berdiri kukuh di kota tersebut sehingga tahun 1970-an, namun mereka dimusnahkan apabila Pasukan Kajian Palestin cuba untuk mendokumentasikan mereka sebagai satu bahagian daripada langkah untuk membina semula warisan Palestin.

Sama seperti operasi sebelumnya, operasi serangan terhadap Khirbat Al-Burj juga dibuat tanpa pengarahan yang jelas. Kesan-kesan kampung ini, masih boleh dilihat sehingga ke hari ini, jika seseorang melalui kawasan sebelah barat Binyamina. Bangunan utama di kampung tersebut didirikan dengan reka bentuk Uthmaniyah dan satu-satunya bangunan yang masih berdiri teguh, dikenali sebagai Al-Burj. Pada tanda nama berdekatan dengan bangunan ini, jelas diceritakan bahawa bangunan ini merupakan istana di masa lampau tanpa menyebut sedikitpun tentang kampung di mana ia terletak.

Hari ini bangunan ini popular sebagai tempat pameran, karnival dan perayaan keluarga Israel.

Sumber: Ilan Pappe, The Ethnic Cleansing of Palestine

[AK]
 

Sunday, February 3, 2013

Kenali Superhero 1: As-Syahid Ir. Yahya Ayyash (1966-1996)

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد


 

 Yahya Ayyash adalah individu utama disebalik operasi-operasi syahid untuk mengajar regim Israel atas serangan tidak berperikemanusiaan mereka keatas orang awam Palestin. Apabila Baruch Goldstein membunuh lebih dari 30 orang Palestin ketika mereka sedang khusyuk bersolat di Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil, Hamas berazam untuk membalasnya ke atas pihak zionis.
 Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam ke atas jemaah yang sedang solat tersebut, beberapa serangan dilakukan keatas pihak-pihak zionis. Pihak kerajaan Zionis kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan balas, dalam sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu di tangga teratas most-wanted list rejim Zionis. Hidup dalam buruan menyebabkan Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun.
 Dalam tempoh persembunyiannya, beliau telah menyamar sebagai seorang Rabi Yahudi, dan penyamarannya ternyata berkesan kerana rejim Zionist gagal mengesan beliau sehinggalah maklumat datang dari pihak Islam sendiri. Disebabkan keazamannya menentang rejim Zionis, mereka telah memberikannya gelaran “The Engineer” .
 Beliau bukanlah seorang yg pengecut kerana bersembunyi dari pihak Zionis tetapi tempoh persembunyiaannya itu digunakan sebaik mungkin untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom dgn menggunakan bahan-bahan asas yg boleh ditemui di bumi Palestin. Pada Jumaat, 5 Februari 1996, Syahidnya Yahya Ayyash adalah dengan strategi pihak Zionis yg bekerjasama dengan rakannya yang meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya.
 Dengan kematian Ayyash, rejim zionis menyangka bahawa tiada lagi penentangan terhadap rancangan jahat mereka, tetapi ternyata mereka adalah bangsa yg bodoh dan pengecut, dengan syahidnya Ayyash, beribu-ribu Ayyash lain muncul untuk menyekat kemaraan mereka. Pemergian Ayyash yang dianggap akan melemahkan perjuangan rakyat Palestin ternyata meleset kerana kematian Ayyash menguatkan lagi semangat jihad mereka.
 Ternyata Kekuatan kita bukanlah bergantung kepada ketua kita tetapi berasaskan kekuatan iman dan ketaqwaan kita. Ayuh pemuda-pemuda di luar sana! Ayuh sama-sama menilai diri kita! Adakah kita mempunyai iman sekuat mereka untuk membela dan mengembalikan kegemilangan Islam? Ayuh mulakan perubahan! Mulakan perubahan dalam diri kita bermula saat ini! "Hidupkan islam dalam diri kamu dahulu"

  sumber

Sunday, July 15, 2012

Cinta yang benar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh


Mereka kahwin semalam.
Selepas 18 tahun menanti,selepas 18 tahun bertunang.
Zahir Kabha mengahwini tunangnya Raida yang
menunggunya selama 18 tahun selepas Zahir ditahan oleh
askar israil sejurus selepas pertunangan mereka

Post by Hamdo Delic

Congratulations May ALLAH BLESS THEM..... This is True Love

Tuesday, June 12, 2012

Mangsa bola

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Dalam dok bersorak-sorak tengok Euro cup tu tengok-tengok gak
nasib saudara muslim kita yang teraniaya ni.....

 

Silap dia hanyalah kerana dia main bola untuk Palestin......
Ditahan tanpa bicara, tahanan adalah wajib dan tanpa had masa....
Zalim sungguh israil ..... tapi ada sapa kesah......

nak tahu lebih banyak disini

Monday, June 4, 2012

Antara kita dan mereka....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh






































Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah 2:214) |

Wednesday, May 30, 2012

Korban mavi marmara

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh Mereka dibunuh kerana mereka nak tolong orang.....
Cerita penuh disini

Monday, May 14, 2012

Apa itu nakba?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
‎60 tahun yang lalu, lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, harta benda, ladang, perniagaan, serta pekan dan bandar yang mereka diami. Militia Yahudi berusaha untuk mewujudkan sebuah negara dengan majoriti Yahudi di Palestin, tentera Israel telah menghalau rakyat palestin keluar dari tanah mereka. Israel pula dengan pesat memindahkan orang yahudi masuk ke dalam rumah Palestin yang baru dikosongkan. Nakba bermaksud "malapetaka" dalam bahasa Arab. Palestin merujuk Nakba “malapetaka”, sebagai kemusnahan masyarakat mereka dan sebagai rampasan tanah air mereka. Sepuluh Fakta tentang Nakba

 1. Nakba adalah punca masalah Israel / Palestin. Nakba ditanda pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 ke atas tanah haram palestin.

 2. Peristiwa traumatic ini mewujudkan krisis pelarian Palestin. Dua pertiga daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri menjelang akhir tahun 1948. Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Selebihnya melarikan diri kerana penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

 3. Pemimpin Yahudi melihat "pemindahan" sebagai satu langkah penting dalam penubuhan Israel. Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang boleh sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang. ‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan yang dikuatkuasakan Israel untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata "Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, dan memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan penduduk Arab di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang dipanggil sebagai Laut Galilee)."

4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah. Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah dirobohkan.


5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka hati. Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi peluang kepada rakyat palestin untuk kembali ke rumah masing-masing. Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: “Entire cities and hundreds of villages left empty were repopulated with new [Jewish] immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and become destitute refugees; destitute refugees – Jews – took the exiles’ places in the first step in their lives as free people. One group [Palestinians] lost all they had while the other [Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots, pans, plates, sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “


  6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di dalam apa yang dikenali sebagai Israel. Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang masih kekal di dalam Israel. Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966. Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan. Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan yahudi. Juga, hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel telahpun "dipindahkan", dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke rumah dan tanah mereka yang telah diambil Israel.


7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia. Hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan dianggarkan masih ada sekurang-kurangnya 1 juta lagi yang masih belum didaftarkan.

8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri ataupun dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku, dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel, bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, tetapi seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan tinggal di Israel dengan sewenangnya.
 
9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk keamanan di Timur Tengah. Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai pelarian perlu dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel. Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada "tanah asal mereka".

10. Nakba mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika. Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui bantuan kewangan serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat. Satu tinjauan telah dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun 2002 menunjukkan bahawa "persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah disebabkan kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan Barat." Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa "isu Palestin telah disenaraikan oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang memberi kesan kepada diri mereka secara peribadi. “ Resolusi terhadap isu pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej Amerika diperingkat antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong segala usaha keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram Israel terhadap Palestin.

Sunday, December 18, 2011

Jahatnya mereka

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh


Sunday, 18 December, 2011 | 21:17

Silwan, Jerusalem (SILWANIC) —  The Jerusalem Municipality


Badan bertindak daerah Jurusalem sedang melancarkan kempen untuk menghalang orang islam masuk kemasjid Al Aqsa dengan melalui undang-undang yang sah. Keputusan itu dibuat selepas seorang jurutera  perbandaran Shlomo Ashkoul mengesahkan penutupan pintu masuk yang dipanggil  Bab al-Magarbeh Bridge  (Jambatan Margabeh) iaitu satu jambatan yang menghubungkan wailing wall plaza ke perkarangan masjidil aqsa. Dia menyatakan bahawa struktur jambatan itu telah tidak selamat digunakan lagi. Peguam majlis perbandaran tersebut sedang mengutip tandatangan untuk petisyen  bagi membolehkan jambatan tersebut dirobohkan dengan tujuan untuk memberi  tekanan  kepada badan-badan islam untuk  bersetuju dengan arahan majlis perbandaran tersebut.



Dung gate dekat Bandar lama Jurusalem telah dikawal sepenuhnya oleh askar yahudi laknatullah
yang hanya membenarkan yahudi israil dan pelancong sahaja yang boleh melalui nya untuk ke komplek
Masjidil  aqsa. Dung gate adalah laluan yang digunakan oleh perdana menteri israil Ariel Sharon laknatullah dalam tahun 2000 masuk ke masjidil aqsa diiring oleh beratus-ratus askar israil. Peristiwa itu
telah menyebabkan timbulnya intifada kedua.

Monday, October 31, 2011

Kisah cinta lillah fillah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Semasa pertunangan . dia memberitahu dia memilih perjuangan dan tunangnya boleh memutuskan
pertunangan jika mahu tetapi tunangnya berkeras untuk bernikah dengannya. Dia kemudian ditangkap oleh askar israil laknatullah selepas tak lama selepas bernikah dan dipenjarakan beberapa kali. Dia menawarkan
untuk melepaskan ikatan perkahwinan mereka supaya isteri tidak perlu menunggu dia lagi. Tetapi siisteri
berkeras untuk terus menunggu dia. dan hanya selepas 30 tahun barulah suaminya dibebaskan dan mereka
dapat berjumpa semula. Tetapi belum tentu untuk berapa lama... kerana mereka adalah pejuang dijalan
Allah dan dibenci oleh musuh-musuh allah.Mari doakan mereka.

Monday, October 24, 2011

Kisah pelajar palestin Vs pelajar kita


 Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Tempat - Hebron palestin
Sudah 3 hari tentera israil halang pelajar ini masuk kesekolah mereka.
Jadi cikgu dan murid-murid ini belajarlah dikaki lima depan check point tentera israil dekat
pintu masuk Shuhada street dekat central Hebron.

Ini pulak kisah pelajar kita........


Posted by Picasa

Wednesday, May 25, 2011

Monday, July 12, 2010

Mai tingkatkan kepedulian kita kepada saudara seislam


Dapatkan maklumat tentang GAZA  disini  LIFELINE FOR GAZA atau HALUAN PALESTIN

Sebarkan maklumat.
Siapa pun anda. Dimana pun anda, Penduduk Gaza memerlukan pertolongan anda
Ada banyak cara anda boleh membantu, apa yang anada patut buat pilih yang mana satu anda mahu.
-Sebarkan berita- dengan teknologi yang ada pada hari ini , menyebarkan berita amatlah mudah dan Berkesan.
Bantu kami untuk sebarkan berita tentang lifeline4gaza dan inisiatif kami untuk sampi kepada semua orang diseluruh pelusuk tanahair.
        
Bersama-sama dalam program kami-  mari tengok calendar program kami dan dapatkan  program Program yang akan datang yang anda suka untuk membantu Gaza. Jangan lupa beritahu  keluarga Dan kawan anda.

 Menjadi sukarelawan untuk program kami- samaada anda meluangkan masa anda atau mengambil   Inisiatif  untuk membantu konvoi lebih Berjaya. Anda boleh tolong!

Bekerjasama dengan Organisasi lain. – Sekiranya anda terlibat dengan pelbagai organisasi yang berminat Untuk  bekerja untuk mengembangkan inisiatif lifeline4gaza ini, sila hubungi kami.
Sila buat apa yang anda boleh hari ini . Walaupun ianya hanya satu sumbangan kecil ., ia akan member impak besar kepada kehidupan diGAZA. Fikirkan perubahan yang boleh sma-sama kita lakukan dan bertindak.
Dan ingat berdiam diri itu  adalah bersubahat , dan ia bukan pilihan kita.


Pesanan dari lifeline4gaza