Wednesday, June 26, 2013

HORMATILAH PERIBADI WANITA.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





 Wanita adalah suri rumah . Mereka yang dalam keduudkan ini wajar sekali untuk dihormati dan diberi kuasa yang wajar untuk melaksanakan arahannya sehingga ia dapat menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna . Suami patut meneyedari perkara yang penting ini dan hendaklah menghormati isterinya dan jangan menghinanya, terutama dihadapan anak-anak  supaya kedudukannya (siibu) tidak kecil dan peribadinya tidak lemah dipandang mereka. Justru jika peribadinya telah tergugat , ia tidak dapat melaksanakannya apa yang sepatutnya untuk menjamin disiplin dan kepentingan rumahtangga.

Sementara itu wanita yang hina tidak dapat melahitkan serta mendidik anak-anak yang mulia  dan kuat peribadi mereka.Seorang hamba tetntu akan melahirkan seorang hamba juga. Suami patutlah menyedari ini dan hendaklah ia berusaha sepenoh tenaga untuk menghormati isterinya dan memberikan segala peluang juga kuasa yang secukupnya untuk dapat melahirkan untuknya anak-anak yang mulia dan berkeupayaan.Menghina wanita mungkin menimbulkan didalam dirinya persaan dendam dan marah. Hal yang demikian dikhuatiri ia mendidik anak-anaknya supaya membenci ayah nereka, menghina dan menetangnya, Sesungguhnya "muslihat "wanita itu besar sekali.

Salah seorang tokoh ada berkata:-

" Wanita yang menghayun buaian dengan tangan kanannya dapat mengongcang dunia dengan tangan kirinya."

Agama islam menggalakkkan supaya dihormati wanita dan dimuliakan serta memberi hak-haknya , sepertimana ia juga diberi tanggungjawab.

Firman Allah subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:

" Bagi mereka wanita hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf, akan tetapi para suami mempunyai satu 
tingkatan kelebihan."

Keistimewaan ini adalah untuk ,menjaga bukan untuk berkuasa atau menindas.
Sabda Rasulullah sallahu'alaihi Wasallam yang bermaksud

" Wanita adalah sebahagian dari lelaki"

Sabdanya lagi:-
"Berhati-hati dengan wanita - wanita".

Nasihat terakhir Rasululah Sallahualaihiwasallam dihari Haji Wida' menekankan betapa pentingnya tentang penjagaan terhadap wanita serta cara pergaulan yang baik dengannya.Salah satu contoh penghormatan islam kepada wanita ialah isteri baginda iaitu Sayyddatuna Hafsah yang telah diamanahkan untuk menjaga kitabAllah (Al Quran) iaitu tatkala Sayyidian AbuBakar mengamanahkan kepadanya untuk menyimpan Al Quran selepas ia dikumpul.Ini menunjukkan denganjelas kedududkan wanita dalam islam.



No comments: