Showing posts with label kearah pembentukan keluarga muslim-mahmud istanbuli. Show all posts
Showing posts with label kearah pembentukan keluarga muslim-mahmud istanbuli. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

PERLEMBAGAAN HAK KANAK-KANAK MENGIKUT ISLAM.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




Bangsa Arab memsuki peringkat genting yang memerlukan kepada generasi baru , baik dlam imannya, baik dlam kekuatannya, dan baik pula dlam didikannya- untuk membolehkan mereka memikul tanggungjawab terhadap bangsa Arab dan agama Islam serta menyelamatkan negara terbesar kita dari pakatan-pakatan sulit yang dirancang oleh negara-negara penjajah dengan segala tipu helahnya.

Justru itu saya kira elok saya bincangkan , seberapa dapat yang boleh, tentang perlembagaan hak anak-anak seperti yang digariskan oleh  Agama Islam , denga harapan semoga para pengkaji dapat meneruskan kajian ini untuk menyempurnakan apa yang saya mulakan dan membetulkan kesalahan yang telah saya lakukan. Semoaga bangsa Arab dan umat islam mencapai matlamatnya, dalam mana terdapat sekali pandangan para pendidik serta kekeliruan yang ditimbulkan , menyebabkan kebenaran itu hampir-hampir terlindung dari pandangan.

Agama Islam yang penuh kesedaran ini meletakkan perhatian terhadap anak-anak sebagai tugas utama negara, tanpa memberikan kebebasan yang berleluasa kepada ibubapa untuk melakukan apa shaja yang didorong  oleh nafsu terhadap anak-anak mereka .

Sabda Rasulullah saw:- Semua kamu penjaga  dan setiap penjaga akan ditanya tentang jagaannya. Imam (ketua negara) adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya. Seorang lelaki penjaga dirumahnay dan akan ditanya tentang jagaannya. Seorang wanita adalah penjaga dirumah suami  dan anaknya dan ia akan ditanya tentang mereka.”

Pandangan yang benar ini telah diprktikkan oleh negara-negara dalam zaman moden ini dengan meletakkan persoalan  mengenai kanak-kanak sebagai keutamaan persoalan social yang wajib diselia dan dibimbing oleh negara. Agama Islam  menggalakkan  mempunyai anak  yang ramai  untuk menambahkan kekuatan umat islama dan bangsa Arab serta  memperbanyakkan tenaga yang ‘produktif’.

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah sallaLahu ‘alaihi wasallam sambil berkata: saya menyintai seorang wanita dari keturunan yang baik dan kaya tetapi mandul, apakah harus saya mengahwininya?” Jawab Rasulullah saw “tidak”. Kemudian orang itu datang kali kedua , baginda juga melarangnya. Kemudian dia datang lagi kali ketiga. Maka sabda Rasulullah saw “ Kahwinilah perempuan yang pengasih, yang boleh beranak banyak. Sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu”. ( Demikian juga halnya isteri memilih suami).

Antara hak kanak-kanak yan perlu ditunaikan adalah seperti berikut:

Hak pertama:
Si ayah memilih untuk sianak ibu yang baik, yang pandai mendidiknya dan mendidik budi pekertinya. Ia seperti juga siayah menjadi contoh yang baik kepada anak. Diantara hadith –hadith yang mneyeru kearah ini ialah  sabda  Rasullullah SallaLahu ‘alaihi Wasallam.
“Pilihlah tempat meletak benih kamu kerana keturunan itu berjangkit”.
Sabda  Rasullullah SallaLahu ‘alaihi Wasallam juga:
“Elakkan perempuan cantik yang dibesarkan ditempat kotor”
Ini ialah berdasarkan kepada penemuan hakikat “jangkitan keturunan “ yang ditemui dalam zaman moden . Begitu juga untuk mengelak dari pengaruh alam persekitaran dan kesannya dalam jiwa  manusia.

Hak kedua :
Menyampaikan kepada kanak-kanak suara iman ketika ia dilahirkan , sehingga nama Allah itulah yang mula-mula mencecah telingannya.
Diriwayatkan dari Rafi’ katanya:
“Aku lihat Rasullullah SallaLahu ‘alaihi Wasallam mengazankan di telinga Hasan bin Ali ketika ia dilahirkan.”

Hak ketiga :
Mengkhatankannya dan meneymbelih aqiqah untuknya pada hari ketujuh ia dilahirkan, sebagai menyambut kelahiran anggota baru dalam keluarga islam dan untuk memuliakan orang-orang miskin, kaum keluarga dan sahabat handai.
Tujuan berkahatan ialah untuk mengelakkan dari kuman yang membiak dimuncung zakarnya yang boleh menyerap keseluruh badan. Perkara ini telah disedari oleh orang Barat dan sebahagian mereka telah pun mengamalkannya.

Hak keempat:
Memilih nama untuknya kerana nama ditujukan kepada tuannya  Rasullullah SallaLahu ‘alaihi Wasallam banyak menukarkan nama orang-orang Arab  ( yang tidak baik ) yang mereka warisi dari zaman jahiliyyah.
Bercakap mengenai nama dan kesannya saya rasa penting diubah gelaran sesetengah keluarga yang pengertian yang remeh atau yang merendahkan , yang boleh memberi saranan penegretian hina dan lemah kepada anak-anak. Saya pernah menonjolkan perkara ini dalam tulisan saya  dalam sebuah  akhbar. Tetapi ia bagai angina lalu sahaja. Agama islam  menggalakkan supaya anak-anak diberi gelaran  kunyah (Abu dan Umm ) yang boleh menguatkan keperibadian  kanak-kanak , disamping  memulia dan mengagongkannya. Ini boleh mendorongnya tidak melaukan keburukan dan dosa.

Hak kelima:
Memilih penyusu, kalau diperlukan dari kalangan wanita yang baik dan kuat kerana dikatakan  “penyusuan mengubah perangai “.

Hak Keenam:
Memantapkan tubuh badannya  dengan mengajar kanak-kanak  memanah, berenang dan menunggang kuda dan mungkin juga menaiki basikal sebagai menggantikan tempatnya. Dalam banyak soal terdapat hadith-hadith Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Cara ini telah digunakan oleh kebanyakan sekolah di Barat pada masa kini

Hak Ketujuh:-
Memberikan didikan akhlak dan membekalkannya dengan adat kebiasaan yang baik.
Sabda Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:-
“Tidak ada pemberian  yang lebih baik yang diberikan ayah kepada anaknya dari akhlak yang baik”.
Maksudnya pemberian untuk agama dan dunianya lebih baik dari akhlak.
Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bersabda “Memberi didikan akhlak  kepada anak kamu itu lebih dari bersedekah secupak padanya”.
Begitu juga sabda Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Dampingi  anak-anak kamu dan perelokkan akhlak mereka”

Hak kelapan :
Memeperlakukannya denagnbaik dan tidak membebankan sesuatu yang tidak tertanggung olehnya  sehingga ia tidak terpaksa menderhaka. Anjuran ini selaras dengan hadith Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Allah memberi rahmat kepada ayah yang menolong anaknya atas kebaikannya”.

Hak kesembilan :
Berlaku adil dengan anak-anak dalam penghormatan  serta pemberian . Sikap membeza-bezakan akan menimbulkan  hasad  dengki. Dalam kisah nabi  Yusuf ada pengajaran yang boleh diambil.
Sabda Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Berlaku adillah diantara anak-anak kamu “

Hak kesepuluh :
Melatih anak-anak sejak dari kecil dengankebersihan, kesihatan tubuh badan  dan jiwa dengan mengambil wudhuk  dan bersembahyang supaya menjadi kebiasaan pada mereka yang boleh mengelakkan mereka dari penyakit jasmani dan penyakit jiwa.
 Sabda Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
Ajar anak kamu bersembanhyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul-pukulkan mereka ketika berumur sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur mereka”.
Memisahkan temapat tidur mereka  (antara lelaki dan perempuan ) boleh meredakan ketegangan perasaan dan kekuatan seks  mereka itu adalah baik untuk kesihatan.

Hak kesebelas:
Berbelnja dengan murah hati keatas mereka kerana sifat bakhil mempuyai banyak keburukan. Berbelanja secara sederhana adalah paling baik.
Sabda Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
‘ Sebaik-baik dinar yang dibelanjakan ialah yang dibelanjakan untuk anak-anaknya dan yang dibelanjakan untuk kudanya kerana jalan  Allah (peralatan perang) dan dibelanjakan untuk rakan-rakan nya dijalan Allah.”
“Dimulakan dengan anak-anak. Tidak ada yang lebih besar pahalanya dari orang yang membelanjakan  terhadap anak-anak yang masih kecil yang dimanafaatkan oleh Allah serta memperkayakan mereka.”
Dalam hadith lain ada disebutkan
“ Bahawa dinar yang terlebih baik ialah yang dibelanjakan untuk anak-anak.”

Hak keduabelas:
Memilih guru-gurunya dari kalangan orang yang baik dan berkemampuan, kerana pengaruh mereka yang besar terhadap murid-murid. Demikian juga memilih teman-temannya. Perkara ini nampaknya  sudah tidak diambil berat oleh kebanyakan ibubapa dan kelak mereka menjadi mangsa terhadap kecuaian ini.
Sabda Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“ Seseorang itu mengikut agama temannya, hendaklah seorang kamu memerhatikan siapa yang menjadi temannya”.
Sabda Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“ Seseorang itu dengan orang yang dicintai nya” (ertinya dikumpulkan bersamanya dihari kiamat).

Hak ketiga belas :
Percayakan kanak-kanak serta menghormatinya, Semua ini penting untuknya dan merupakan salah satu haknya supaya ia membesar dengan berdiri diatas kaki sendiri, yakin dengan kejayaannya (yang boleh dimanafaatkan oleh bangsanya) . Celaan serta menghina keperibadian kanak-kanak akan meninggalkan kesan yang paling buruk terhadap mereka.
Terdapat sebuah hadith ungkapan:
“Hormatilah orang yang mengajar kamu dan orang yang kamu ajar”.
Dalam firman Allah melalui perantaraan Nabi Ibrahim  semasa beliau berkata-kata dengan anaknya:
“Wahai anakku , aku melihat dalam yang aku menyembelih kamu, fikirlah apa pandangan kamu?’
Kata-kata diatas merupakan bukti yang paling nayata terhadap hujah saya . Selain dari itu ayat ini merangkumi  himpunanbudi pekerti , galakan supaya anak-anak taat serta menggesa setiap bapa untuk mendapatkan ketaatan  itu dengan lemahlembut serta kasih saying. Sikap lembut dalam menuntut suruhan membawa pengertian patuh dan taat.

Hak  Keempat Belas:
Menyediakan keperluan hidup seberapa yang mampu  (denganharta yang halal) sehingga mereka tidak menjadi beban orang lain.
Sabda Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Kamu tingglkan keluarga kamu dengan kehidupan atau kebaikan , itu lebih baik dari kamu meninggalkan mereka bergantung dan meminta-minta pada orang lain.”

Hak kelima belas:-
Memeberi pelajaran yang benar kepada mereka lantaran menuntut ilmu itu adalah fardhu. Ilmu yang paling baik ialah yang dapat memberi faedah kepada kanak-kanak tentang kebaikan  dan mengelakkannya dari keburukan. Saya mengingatkan setiap ibubapa supaya tidak memasukkan anak-anak mereka kesekolah yang boleh mencemarkan agama mereka dengan sebab dakyah yang mneyesatkan . Siapa yang meredhai anaknya menjadi kafir , maka ia adalah kafir.

Hak keenam Belas:-
Memeberi perhatian ke[ada kesihatan anak-anak serta merawat mereka , kerana terdapat ramai orang yang memberi perhatian kepada binatang peliharaannya lebih besar dari perhatian yang diberikan  kepada anak-anaknya sendiri. Dengan itu mereka  mendedahkan anak-anak  dan bangsa mereka  kepada keburukan yang paling bahaya.
Sabda Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Sesungguhnya badan kamu mempunyai hak keatas kamu”.

Hak Ketujuh Belas :
Bergembira mendapat anak perempuan. Janagn bersedih dengan kelahirannya kerana anak perempuan sam juga dengan anak lelaki. Dia mempunyai peranan dalam masyarakat dan kehidupan ini  tidak akan kekal tanpanya. Oleh itu mereka patut disambut dengan baik dan kita memuliakan ibunya  sepertimana kita lakukan apabila anak lelaki dilahirkan.
Sabda Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
Sesiapa yang diuji sesuatu adri anak perempuan dan ia berbuat baik dengan mereka, maka mereka akan menjadi pelindungnya dari neraka.”
Agama islam telah mengecam tradisi yang buruk mengenai perlakuan siayah ketika meneriam kelahiran anak perempuan.
Firman Allah Subha nahu Wa Ta’ala:
Apabila seorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan ,merah padamlah mukanya dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan padanya,. Apakah dia kan memeliharanya  dengan hina atau menghumbankannya dalam kubur hidup-hidup. Alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.”

Hak Kelapan Belas:-
Membenarkan naka-anak bermain dan mewujudkan  tempat-tempat yang sesuai untuk itu, kerana permainan dapat menegembirakan hati mereka, membuka fikiran serta menguatkan otak mereka. Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bermain-main dengan cucunya. Terdapat hadith yang menyebutkan:-
“ Di syurga ada sebuah rumah yang tidak boleh dikunjungi kecuali oleh orang yang menggembirakan kanak-kanak, iaitu dikenali dengan “wisma gembira” (Dari hadith ini dapat kita mengambil banyak saranan  tentang hak kanak-kanak.

Hak kesembilan Belas:
Menguatkan iman dijiwa kanak-kanak . Tidak ada motif yang lebih kuat daripadanya yang mendorong kanak-kanak melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan serta menuju kepada contoh utama  dengan tabah dan berani serta mengenepikan perasaan  mementingkan diri sendiri serta pertrlingkahan.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
“Ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya  (ketika dia memberi nasihat kepada mereka) “Wahai anakku? Janganlah kamu menyekutukan Allah, kerana menyekutukan Allah itu suatu kezaliman yang besar.”
Alangkah ruginya mana-mana ibubapa dan pendidik yang mengabaikan kewajipan ini dan mendedahkan generasi baru dan negara kepada natijah dan bahaya yang paling buruk.

Hak Kedua Puluh :-
Mendidik anak bercakap benar sejak dari kecil kerana ia adlah teras kebaikan . Setiap guru dan ibubapa menjadi contoh teladan kepada nak-anak mereka.
Diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Umar katanya”- Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengunjungi rumah kami sedang akau masih kecil. Aku keluar bermain . Maka kata ibuku “Abdullah , mari kemari , aku akan beri sesuatu padamu”. Maka kata Rasulullah  saw: “Apa yang nak kamu  beri padanya ?” Kata ibuku “Buah Tamar” Kata Rasulullah : “Tetapi sekiranya kamu tidak memberikannya akan ditulis sebagai suatu pendustaan keatas kamu.”

Kita perlu memberi perhatian kepada pendidikan yang murni ini. Ibubapa yang menyangka mereka tidak dianggap berdosa bila berdusta dengan anak-anak harus sedar mereka menjadi contoh teladan yang buruk kepada anak-anak.

Hak kedua puluh satu.
Mengajar anak-anak apa yang berfaedah baginya dan tidak membeban sesuatu  yang tidak tertanggung olehnya.
Terdapat keterangan hadith:-
“ Oh tuhan , aku berlindung dengan engkau dari ilmu yang tidak bermanafaat.”
Ada dikatakan bahawa ada ilmu yang membawa kejahilan. Malah ia suatu kejahilan.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala:-
“Allah tidak membebankan satu jiwa melainkan menurut kemampuannya.”
Kalau kita amalkan suruhan ini sudah tentu kita memilih kurikulum yang baik serta menyelamatkan murid-murid dari buku-buku yang tebal dan sukatan yang berat tang membebankan tubuh badan dan aqal mereka, tetapi tidak memberikan apa-apa fedah pun.
Demikian sebahagian dari hak anak-anak. Saya berharap agar setiap ibubapa dapat memberi perhatian untuk menyediakan warganegara yang berguna , kerana mengabaikannya akan membawa banyak keburukan, Sesungguhnya anak adalah suatu amanah tertanggung keatas dua ibubapanya. Ia adalah kekayaan paling bernilai. Malah merupakan harta yang paling tinggi didunia dan diakhirat serta merupakan kesan yang abadi.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala:-
“Dan kami menghitung apa yang mereka lakukan dan kesan mereka”.
Sabda  Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:-
Apabila mati anak Adam putuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah. Ilmu yang dimanafaatkan dengannya dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
Sebelum mengakhiri perbincangan ini ingin saya timbulkan kesalahan sebahagian besar ibubapa yang mengabaikan tanggungjawab  mereka se[perti yang disebutkan tadi terhadap anak-anak dan ahli kelurga mereka dengan alas an mereka sibukdengan urusan orang ramai dan urusan politik, sehingga mereka merosakkkan pendidikan anak-anak  serta mengeruhkan kehidupan mereka , kehidupan rumah tangga  serta masyarakat. Sebenarnya manusia mempunyai banyak kewajipan yang tidak boleh diabaikan sebahagian darinya dengan melebihkan yang lain.

 Rasulullah  SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri menjalankan tugas menyampaikan risalah Islam, memimpin negara dan masyarakat dan tidak pernah didapati baginda mengabaikan didikan keluarganya atau mengabaikan hak sahabat-sahabat dan jran-jiran baginda. Datuk nenek kita dulu pun memberikan perhatian yang berat didalam mendidik anak-anak. Justru itu mereka Berjaya menrajui kepimpinan dan mereka mencapai kemenangan.

Dalam hubungan ini  al Rashid al Asfahani ada menyebutkan dalm bukunya “Muhadarat al Udaha” (Kualiah para sastrawan ) bahawa Khalifah Al Mansur menghantar utusan bertanyakan orang-orang  Bani Umayyah yang ditahan dalan tahanan. “Apa yang paling sukar sekali yang mereka rasakan semasa dalam tahanan ini?’ Jawab mereka (yang penuh pengajaran dari jawabannya). “Yang paling sukar sekali kami rasakan ialah kehilangan kesemapatan untuk mendidik anak-anak kami”.
Alangkah jauh bezanya antara kita dengan Datuk nenek kita yang agung itu?!!!!


KEDAI KOPI DAN BERTANDANG.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



Menurut kebiasaan dikalangan sebahagian besar keluarga ‘Arab’ si ayah akan menghabiskan waktu dikedai kopi dan ditengah –tengah pekikan suara “khadam” desingan mainan domino dan asap rokok yang berkepul-kepul. Manakala siibu pula akan bertandang ketempat pertemuan , untuk menghabiskan waktu berceloteh dan berbual kosong.

Justru anak-anak terbiar merayap dijalan-jalanraya kerana tidak ada orang yang mengawasi mereka. Lalu mereka mengunjungi panggung-panggung wayang atau tempat-tempat hiburan. Kalau mereka mempunyai wang mereka akan memuaskan keinginan mereka . Kalau tidak mereka akan mengeluh serta menunggu orang yang boleh  memuaskan keinginan itu.

Inilah keadaan anak-anak bangsa dalam negara yang rakyatnya menunggu-nunnggu mereka dengan penuh kesabaran , untuk membangunkan mereka serta menunaikan tanggunjawab mereka. Sedangkan ibubapa mereka yang memikul tanggungjawab yang berat iru berkeadaan demikian.
Dalam pada itu pun ramaimibubapa yang menyalahkan para guru kerana terlalu banyak berlaku kegagalan disekolah. Mereka tidak sedar sebenarnya merekalah yang bertanggungjawab  dalam keruntuhan akhlak itu.

Tempat-tempat pertemuan wanita ini selain dari keburukan yang dijelaskan tadi, ia mendorong berlumab-lumaba mengejar aliran fesyen serta mengorbankan banyak perbelanjaan dengantujuan mencari ‘populariti’ dan bermegah-megah.

Wahai ibubapa sekelian , kita harus sedar bahawa anak-anak ialah suatu amanah yang terletak diatas pundak anda. Ia adalah suatu kekayaan yang berharga yang berada ditangananda sekelain. Janganlah amanah itu dipersia-siakan. Jangan diabai kekayaan tersebut. Sedarilah bahawa sedikit kecuaian dari anda sekelian akan menyebabkan kerugian yang besardari segi kebendaan dan moralyang mungkin mengorbankan keselamatan serta kehidupan anda. Sedarilah, anda sekelian adalah penjaga yang akan ditanya kelak tentang jagaan anda.

Satya merayu kepada setiap ibubapa, hentikanlah dari mengunjungi kedai-kedai kopi dan tempat perjumpaan untukmenumpukan perhatian bagi mendidik anak-anak- kalau kita benar-benar ingin melahirkan generasi yang berguna untuk negara dan bangsa.


PERPUSTAKAAN DIRUMAH.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



Ilmu pengetahuan adalah perhiasan yang paling cantik. Jika dibandingkan dengan semua perhiasan alain ianya tidak sama nilai dan faedahnya dari ilmu pengetahuan, Hakikat ini telah disedari oleh datuk nenek kita dahulu. Mereka mewujudkan perpustakaan dirumahyang kesannya masih terdapat disebahagian besar rumah kita.

Ibubapa dan datuk nenek kita dahulu berlumba-lumba untuk memiliki buku dan membacanya bersama-sama ahli keluarga diwaktu malam dan diwaktu-waktu lapang mereka. Malah mereka menguntukkan sebahagian dari waktu mereka untuk menuntut ilmu pengetahuan dibawah para guru yang soleh.Mereka tidak berpada dengan belajar disekolah-sekolah sahaja.

Namun demikian semua itu sudah berlalu dan kini ianya diganti dengan perhiasan barang kaca dan barang-barang dari gading. Perpustakaan yang lama diabaikan,Buku-buku lama itu dijadikan pengipas dan dijual sebagai kertas buruk. Wang yang didapati itu pula tidak seberapa sangat dibuat beli gula-gula. Penulis sendiri merupakan salah seorang yang pernah memusnahkan perpustakaan oarng tua semasa kecil, yang menjual buku-bukunya dengan harga yang murah dan wangnya digunakan untuk membeli basikal.

Pengetahuan yang benar adalah suatu yang mustahak dirumah , yang boleh meningkatkan fikiran anggotanya serta menambahkan hasil mereka dan menjadi keseronokan  yang melazatkan  dan berfaedah di waktu lapang.


Pengetahuan di sekolah adalah  pengajian untuk mendapat sijil semata-mata, yang tidak ada kaitannya dengan bakat dan penerimaan. Justru itu ia harus diperlengkapkan dengan pengetahuan dirumah dengan menggalakkan anak-anak  untuk membaca buku-buku dan cerita-cerita bimbingan dalam waktu lapang mereka.


PERCERAIAN DAN SEBABNYA

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


.
Tidak ada siapa yang tidak mengatakan bahawa perceraian meruntuhkan keluarga dan memporak perandakan anggotanya. Islam mengharuskan perceraian kerana keperluan- keperluan yang dikecualikan ,yang dirasai oleh Barat lalu digunakan secara meluas di Amerika  dan dikebanyakan negara Eropah.

Perceraian adalah berpunca dari suami isteri. Ramai suami yang biasanya menggunakan hak ini kerana sebab-sebab yang remeh,seperti cintanya mula pudar terhadap isteri, lalu diceraikan isteri atau mengikut perasaannya dan dengan itu menyebabkan anak-anaknya sengsara dan menghalau isterinya secara zalim.

Suami mungkin memang mencintai isterinya dahulu tetapi perubahan masa telah memudarkan cinta itu dan dia akan pudar dengan isteri kedua  dan begitu seterusnya. Jadi dengan sebab itu lah tindakan suami itu bertentanagn dengan akal fikiran . Malah ia bertentangan denganperasaan hati kecil. Sayyidina Umar bi Al Khattab pernah berkata kepada seorang suami yang bercadang menceraikan isterinya. “Kenapa kamu hendak menceraikannya? Adakah semua rumahtangga dibina atas asas cinta , dimana duduk perlindungan dan cacian?”

Diantara punca perceraian yang timbul dari suami ialah langkahnya yang terburu-buru berkahwin dan pergantungannya kepada perasaan cinta yang bertentangan dengan agama dan aqal fikiran.
Mengenai si Isteri pula saya rasa kebanyakan punca perceraian adalah sebab isteri. Mungkin isteri bertingkah dengan keluarga suaminya kerana sikapnya yang mementingkan diri dan singkat pandangannya. Atau mungkin kerana pentadbiran dan didikannya  yang salah yang menyebabkan rumahtangga bagai neraka, lantaran sentiasa berkelahi dengan anak-anak dan suaminya  dan sifatnya yang memboros harta suami. Ini mendorong suami melarikan diri dari rumah dan mual mengunjungi kedai kopi dan kelab-kelab untuk melupakan segala perasaan deritanya. Lalu ia mula membiasakan diri dengan perbuatan yang tidak baik, selain dari mengabaikan perhatian terhadap anak-anaknya.jadi sudah tentu apabila kesabarannya sudah hilang dia akan menceraikan isterinya secara terpaksa.

Suatu ketika akhbar “al Ahram “ melapurkan bahawa sebuah akhbar Eropah yang luas pengedarannya telah membuat satu tinjauan pendapat orang ramai dikalangan pembaca wanita menegnai “Cara paling baik untuk menjadi suami”.

Salah seorang wanita berkata: Bagaimana anda berani mengemukakan soalan seperti itu pada saya yang perkahwinan saya baru genap Sembilan tahun?”(maksudnya beliau masih dalam “bulan madu”) Jumpa saya lagi selepas dua puluh tahun nanti!”

Seorang wanita pula berkata “cara yang paling baik untuk mengekalkan suami ialah dengan cara membuatnya lebih senang dirumah dari diluar! Celaka sekali kalau siisteri menyebabkan suami gelisah berada dirumah dan sering bertemu dengan rakan dan teman-teman suaminya”.
Kata seorang wanita pula “Cinta iru perang , suami itu musuh yang mesti kita menangi dan mengatasinya lalu meletakkannya dalam tawanan”.

Kata pula wanita yang keempat: “Suami adalah kanak-kanak dewasa. Walau pun sudah dewasa, mereka sentiasa memerlukan perhatian,belaian lemah lembut,kemanjaan dan sanjungan.


PERCERAIAN MATLAMAT DAN CARANYA.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Sebelum ini saya telah menyentuh soal perceraian dan faktur-fakturnya.Disini ingin pula saya memperkatakan tentang matlamat dan caranya. Perceraian disyariatkan didalam Islam untuk kepentingan bersama suami isteri khususnya apabila berlaku keadaan-keadaan yang menyulitkan mereka untuk terus hidup bersama dan kehidupan bersuami isteri bertukar menjadi semacam ‘neraka’. Jadi dengan sebab itu diharuskan perceraian. Dalam pada itu pun terdapat keterangan –keterangan ‘nusus’ yang melarang disegerakan perceraian kerana akibatnya yang boleh meleraikan hubungan keluarga serta menjadikan kehidupan anak-anak sengsara.

Agama Islam meletakkan ikatan-ikatan yang ketat untuk menghindari perceraian serta langkah-langkah yang teliti yang tidak disedari oleh kebanyakan orang.Mereka menyangka sebaik sahaj melafazkan perkataan ‘talak’ maka terputuslah hubungan antar suami isteri.

Al Quran telah menjelaskan ikatan dan langkah tersebut dalam firman Allah Subhanhu Wa Ta’ala
“Dan jika seorang wanita kuatir akan nusus atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenarnya dan perdamaian itu lebih baik bagi mereka.
Ayat ini dengan jelas menekankan perlunya diwujudkan persefahaman diantara sumai isteri dan berusaha untuk berdamai apabila timbul perselisihan antara mereka.
Apabila ternayata sukar untuk diatasi perbezaan pokok itu dan bertukar menjadi persengketaan maka syara’telah menggesa supaya merujuk kepada’ hakam’ (orang tengah).

firman Allah Subhanhu Wa Ta’ala yang bermaksud:

“dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara keduanya maka kirimlah seorang ‘hakam’ dari kelurga lelaki dan seorang ‘hakam ‘ dari kelurga perempuan . Jika kedua-duanya bermaksud mengadakan perdamaian  nescaya Allah memberi taufiq kepada kedua suami isteri itu”.

Kalau pun perceraian terpaksa dilakukan, maka agama Islam telah meletakkan beberapa sebagai syaratnya  iaitu:
1.      Suami hendaklah menceraikan isterinya dengan talak satu dalam masa suci isterinya dan tidak disetubuhi dalam masa itu, dan talak itu didahului  oleh satu talak dalam haidh dan dalam masa perempuan itu jelas mengandung. Tetapi kalau talak itu berlaku dalam masa haidh isterinya, atau dalam masa nifas, atau dalam waktu suci yang disetubuhi isterinya , maka ulama  sepakat mengatakan bahawa talak itu hukumnya haram dan ia tidak jatuh menurut sebahagian para mujtahidin. Pendapat ini menjadi pegangan Sheikh Al Islam Ibn Taimiah.

Ibn Hazm meriwayatkan  dalam kitabnya  “al muhalli” dengan sanad yang bersambungan:
Ibnu Umar menyebut dalam kes seorang suami menceraikan isterinya yang sedang haidh, bahawa ia tidak dikira  (sanadnya adalah sahih).

Menurut imam Al Sahaukani kalau sekiranya keterangan ini tidak dapat sekali pun memadailah agar firman  Allah menjadi panduan iaitu firmannya :

“Wahai nabi , kalau kamu menceraikan perempuan  maka talaklah mereka bagi edahnya.”

Di persetujui bahawa suruhan kepada sesuatu membawa pengertian larangan  bererti keburukan . Sekiranya suami masih bertegas  untuk menceraikan isterinya maka dia hendaklah menceraikan isterinya dengan talak yang kedua selepas talak yang pertama dalam tempoh masa yang tidak kurang dari sebulan, iaitu dengan tujuan supaya siisteri datang haidh  dan suci selepas tempoh suci yang dilafazkan dalam talak pertama.

Kalau sekiranya selepas itu si suami masih juga mahu menceraikan isterinya ia boleh menceraikannya dengan menjatuhkan talak yang ketiga yang begitu juga dilakukan dalam tempoh suci isteri yang tidak disetubuhi  selepas berakhir  haidh  bagi suci yang kedua. Dalam hal ini Ibn  ‘Umar pernah menceraikan isterinya yang sedang haidh , sayyidina Umar memberitahu hal ini kepada Nabi SallLlahu ‘alaihi Wasallam. Lalu baginda berkata :-

“suruhlah dia rujuk isterinya sehingga haidh. Kemudian haidh,kemudian suci. Kalau ternyata ia hendak menceraikan nya , maka cerailah ia sebelum disetubuhi, iaitu edah seperti yang diakui oleh Allah”.
(Hadith ini disebut kan dalam Sahih Bukhari  dan Muslim dan lain-lain lagi).

Tujuan syara’memanjangkan tempoh perpisahan ialah untuk mencegah berlakunya “Talak Bain”.Lebih-lebih lagi ia mensyaratkan supaya siisteri terus tinggal dirumah suami dalam tempoh kedua-dua talak pertama  dan kedua sehingga sehingga  ke permulaan hubungan silaturrahim dan memberi peluang  berdamai disamping mewujudkan perasaan belas dan kasihsayang .

Menjatuhkan tiga talak bersekali  secara serentak adalah tidak harus dan talak hanya jatuh satu talak sahaja. Pendapat ini  dipakai oleh mahkamag syar’iyyah di Mesir dan juga di Syria. Selain itu ada lagi beberapa keadaan  yang diputuskan oleh mahkamah tersebuttidak jatuh talaknya berdasarkan  kepada hadith-hadith yang sahih serat pandanagn sebahagian besar para ulama.

Sukalah saya menasihatkan mereka yang mempergunakan talak didalam  beberapa keadaan bagaikan perkara biasa dan meruntuhkan rumahtangga mereka dan menyebabkan kesengsaraan  hidup anak-anak dan menghancurkan masa hadapan isteri mereka, saya menggesa mereka supaya tidak menggunakan talak kecuali apabila dimestikan.

RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pernah mendenagr seorang lelaki menceraikan isterinya tanpa sebabyang dihalalkan oleh Allah. Baginda bangun dengan marah sambil bersabda:
“Apakah dia mempermain-mainkan kitab Allah sedangkan aku masih ada bersama kamu sekelian”.


KANAK-KANAK DIJADIKAN UNTUK MENUNTUT ILMU.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

Image result for child labour

Kita sering melihat pemandangan yang menyebakkan rasa dijalan-jalan raya , iaitu pemandangan kanak-kanak  miskin yang bekerja sebagai buruh dikedai-kedai tukang besi , tukang kayu , kedai roti dan lain-lain tempat dengan gaji yang rendah dan dibebankan dengan kerja yang diluar kemampuan mereka. Kita meliahat mereka menangis memikul bebanan yang berat , atau tangan mereka menjadi kaku kesejukan. Malah kadang-kadang mereka dibelasah dengan ‘kejam’ tanpa belas kasihan. Anehnya tidak ada dikalangan orang yang lalu lalang bersimpati  dan menahan tuan kedai yang membelasah kanak-kanak tersebut.

Pemandangan yang mengerikan ini dan yang merosakkan generasi baru dan bangsa sendiri (malah kepada nama baik negara) seperti ini jarang ditemui diNegara-negara Barat, yang undang-undang buruhnya melarang kanak-kanak dibawah umur diambil bekerja. Undang-undang buruh dinegara kita pun melarang hal yang demikian tetapi masih banyak akta-akta serta ceraian-ceraiannya tidak dikuatkuasakan.

Kepada setiap Ibubapa, kalau pun dinegara ini tidak ada pihak yang melindungi anak-anak anda, tetapi apakah sampai hati anda membahayakan  anak-anak anda serta mendedahkan nya kepada berbagai penderitaan hanya kerana upah beberapa sen sahaja, yang boleh didapati dengan sedikit berjimat.

Peringkat umur kanak-kanak dijadikan untuk menuntut ilmu. Peringkat umur ini dipanjangkan oleh Allah pada manusia jika dibandingkan dengan haiwan untuk membolehkan kanak-kanak lama belajar.

Mendedahkan kanak-kanak bekerja dalam umur yang muda boleh memenatkan tubuh badan mereka dan mendedahkan mereka kepada bahaya. Disampin itu akan menyebabkan mereka benci, sewaktu mereka dewasa, terhadap keluarga. Malah terhadap masyarakat denagn sebab perasaan “komplek jiwa” yang berpunca dari kekejaman yang mereka alami semasa kecil dahulu.


Saya suka menarik perhatian pihak berkuasa dalam kesempatan ini supaya menguntukkan peruntukan tertentu bagi membantu keluarga miskin yang mempunyai bilangan anak yang ramai, yang terpaksa mendorong anak mereka bekerja tanpa berpeluang untuk belajar. Saya juga tidak senang hati dengan peruntukan kewangan Kerajaan Syria yang walau pun peruntukannya besar tetapi peruntukan untuk orang-orang miskin diabaikan. Tidakkah peruntukan ini dalm islam pada asalnya dirangka untuk mereka dan orang-orang yang seperti mereka?

Saturday, November 14, 2015

POLIGAMI

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


.Image result for word polygamy
Begitu ramai orang yang salah faham megenai tujuan  dan matlamat agama islam mengharuskan poligami, sepertimana juga ramai yang menyalah gunakan kesempatan tersebut sehingga (dengan tindakan tidak baik itu) ia meruntuhkan rumahtangga dan memecah belahkan orang-orang yang dikasihi.

Sebenarnya agama  Islam tidak mereka-reka atau mengada-ngadakan  peraturan  ber’poligami” ini, tetapi islam mendapati peraturan ini telah berleluasa dalam masyarakat ‘Arab Jahiliah’ dan dikalangan bangsa lain secara hina sehingga ada suami yang mempunyai berpuluh-puluh orang isteri yang memperlakukan mereka secara tidak baik. Malah pemilikan mereka sering berpindah kepada anak-anaknya selepas sumai itu mati. Wanita wanita tersebut diperlakukan seperti barang dagangan.
Agama Islam muncul , lalu membataskan bilangan isteri kepada empat orang sahaja, dengan syarat suami melayani mereka dengan baikdan mampu memberi nafkah kepada mereka.

Poligami ini penting dalam masyarakat kerana banyak sebab. Diantaranya orang –orang lelaki  banyak terkorban  dalam peperangan. Golongan intelek di Britain telah menyedari perkara ini dan mereka menggesa supaya  dibolehkan perkahwinan lebih dari seorang . Dalam hubungan ini ‘Ahmad Amin ‘ dalam bukunya ‘Afkar lil Bay’ (Idea untuk dijual) menyebutkan bahawa Hitler pernah berazm untu mengeluarkan undang-undang yang mengharuskan ‘poligami’ selepas berakhir perang Dunia Yang kedua. Ini berdasarkan kepada kehendak isterinya setelah mendapati keadaan mendesak akibat berjuta-juta orang lelaki terkorban didalam peperangan tersebut. Selain dari banyak lagi sebab-sebab pentingnya poligami ini.

Apa yang menghairankan kita ialah  adanya beberapa kalangan orang-orang Kristian yang mengecam islam dengan dasar poligami, sedangkan agama mereka (Kristian) sendiri tidak mengharamkannya.Cuma pihak Gereja sahaja yang pandai-pandai  mengharamkannya. Saya mendapat tahu bahawa Raja Charleman mempunyai ramai isteri. Ada diantara para Nabi yang mempunyai ramai isteri seperti yang disebutkan dalam kitab ‘Taurat’.

Biar apa pun yang dikatakan menegenai dasar poligami dalam islam , ia telah mengharuskan empat orang isteri. Jarang sekali orang yang mengambil peluang sewenang-wenangnya menggunakan keharusan itu. Masyarakat Barat sendiri telah mencipta pelbagai cara untuk menambahkan bilangan isteri mereka. Kadang-kadang dengan nama ‘mistres’dan kadang-kadang dengan nama ‘teman sosial’.Malah ramai diantara mereka yang mempunyai berpuluh-puluh kekasih.

Sebagai mengakhiri perbincangan ini , saya menyeru kepada  setiap lelaki yang menjadi hamba nafsu syahwat dan suka ‘merasa-rasa’supaya tidak menyalahgunakan  poligami dan menggunakan kesempatan tersebut tanpa kemampuan, hikmah dan keadilan.


Wednesday, November 11, 2015

Falsafah disebalik nama:

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

Image result for names


Pilihlah nama yang baik untuk anak-anak.

Nama mempunyai kesan yang mendalam dalam diri tuannya . Ia mencetuskan kekuatan,kelemahan membantu dalam membentuk sikap lemah lembut,kasar ,bercita-cita tinggi atau redho dengan apa saja yang ada, iaitu mengikut pengertian nama-nama itu.
Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pernah meminda nama nama sahabat yang tidak baik pengertiannya.Baginda menukarkan nama seorang dar ‘Asiah” (degil) sambil berkata “engkau cantik” (jamilah). Kerana tidak sukakan pengertian ‘degil’ itu. Baginda juga menukar nama ‘Hubab’ kerana ianya nama sejenis ular (da nada juga yang mengatakan ia nama syaitan).Baginda juga menukar nama seorang yang benama “Afwah” yang bermaksud “tanah gersang” lalu menamakan ‘khudrah” (subur.
Dalam hubungan ini Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pernah bersabda:
“Nama yang terbaik ialah Abdullah (hamba Allah) dan Abdul Rahman (hamba yang pengasih).
Justru itu saya menyeru setiap ibubapa supaya memilih nama-nama yang baik untuk anak-anak mereka dan mengenepikan nama-nama yang tidak baik dan tidak sopan. Alangkah baiknya kalau kerjaan dapat menukar nama sebilangan besar keluarga yang membawa pengertian yang buruk dan rendah.
Suatu kebiasaan yang tidak baik didalam memilih nama ini ialah perbuatan ibubapa mengambil kira “ramalan bintang “ untuk nama anak-anak mereka. Perbuatan tersebut bukan dari amalan islam. Ia merupakan suatu bid’ah yang buruk dan cara yang bodoh.

Diantara cara pemilihan nama mengikut sunnah ialah dengan meletakkan “Kunyah” (gelaran nama yang dimulakan dengan ungkapan Abu (bapa) atau Umm (ibu) dipangkal nama dengan tujuan untuk menguatkan peribadi kanak-kanak serta menghormati kedudukan mereka.

Mungkin ada pihak yang terperanjat  dengan sikap tersebut kerana mereka telah biasa dengan sikap meperkecil serta merendahkan kedudukan anak-anak mereka. Ingin saya menari perhatian setiap ibubapa yang bersikap demikian bahawa menghina anak-anak dan mencercanya akan membunuh peribadi mereka dan melemahkan jiwanya. Akhirnya jadilah ia seorang yang tidak berguna , samaada kepada dirinya dan juga kepada negara.

Dalam hubungan ini saya ingin menyentuh tentang sangkaan salah golongan yang jahil yang berlrgar disekitar nama “Muhammad”. Menurut mereka nama itu boleh menghindarkan mereka dari api neraka dan mereka mengada-ngadakan hadith dalam pengertian tersebut. Semua itu adalah sangkaan  dan “waham”, kerana kita bukan kalangan para sahabat yang merebut-rebut untuk menggunakan nama tersebut kecuali sedikit sahaja. Allah Subhanahu Wa Taala tidak memberi balasan kecuali keatas amalan yang ikhlas dan tidak memberi perhatian tentang rupa dan perkara lahir.

 Sabda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
“Wahai Fatimah, tunaikanlah amalan. Sesungguhnya aku tidak dapat melindungi kamu barang suatu pun dari (azab) Allah.


Tuesday, September 1, 2015

KESAN CONTOH TELADAN DALAM PENDIDIKAN

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد





Pada suatu hari dalam perjalanan sya kesekolah , saya telah ditemui oleh salah seorang ayah yang mempunyai dua orang anak yang sedang belajar dengan saya. Katanya “ana say si polan itu menunaikan sembahyang dengan teratur, tetapi sipolan yang satu lagi itu agak liat sedikit. Saya harap cikgu dapat merubah perangainya supaya ia menunaikan sembahyang”. Saya lalu mengucapkan terima kasih kepadanya keana mengambil berat tentang ibadah anaknya, berbeza dengan kebanyakan ibubapa yang menjadikan agama soal pinggiran dalam hidup. Justru itu anak-anak mereka menjadi liar dan merosakkan diri mereka sendiri, ibubapa dan juga Negara.
Sebelum berpisah saya bertanya padanya (sebenarnya saya kenal baik dengannya) “Awak sendiri sembahyang tak?”
Sambil tersenyum dia menjawab”Saya tak mahu berbohong dengan cikgu . Sekarang musin sejuk, saya berazam akan menunaikan sembahyang bersungguh-sungguh selepas berakhir musim sejuk ini”.
Saya terpegun denbgan jawapannya yang berterus terang . Saya berkata padanya “bagaimana awak nak menyuruh anak awak sembahyang sedangkan awak sendiri tidak menunaikannya”. Orang itu diam , kemudian bersuara “Memamng benar cakap cikgu “ (semoga Allah mengamounkan kita).
Saya menyambung percakapan sambil berkata “Kalau awak takut dengan sejuk yang tak seberapa ini bagaimana nak diharapkan awak menghadapai musuh kelak, kiranya mereka menyerang dimusin sejuk?  Apakah awak mahu kita meminta tempoh dari mereka jangan menyerang sehingga berakhir musim sejuk?”
“Agama islam- kalau awak sedar – merupakan latihan ketenteraan yang tidak ada tolok bandingnya . Dalam mengambil air sembahyang ia melatihkan kebersihan  dan ketahanan menanggung kesejukan. Sembahyang pula melatih kita akan riadhah yang paling tinggi . Puasa melatih kemampuan kita menaggung lapar dan dahaga. Ibadah haji melatih kita membuat lawatan sambil belajar ketempat yang jauh yang tidak terdapat kemewahan hidup. Semua disana adalah secukupnya sahaja”.

“Pada saya siapa yang cuba melarikan diri dari menuaniakan ibadah ini samalah seperti orang yang lari dari medan latihan ketenteraan yang boleh mengancam dirinya dan Negara dari serangan musuh”
Seorang rakan saya menceritakan pada saya bahawa seorang rakannya telah melawat salah sebuah Negara Eropah. Pada suatu malam dalam musin sejuk dia dapati dibiliknya tidak ada air untuk diambil air sembahyang. Dia keluar ke Tasik berhampiran untuk mengambil air sembahyang. Dia mendapati air tasik itusudah membeku menjadi ais. Lalu diambilnya seketul batu untuk memecahkan ais itu. Perbuatannya telah mengejutkan seorang jirannya lalau menuju ketempat itu untuk menyiasat bunyi ketukan itu. Didapatinya orang itu sedang memecahkan sebuah lubang didalam atasik yang beku itu untuk mengambil air sembahyang. Jiran itu terkejut melihat kejadian itu. Apabila ia mendapat tahu orang itu seorang islam. Maka keesokannya dia menyiarkan cerita itu dalam akhbar dengan ulasan, kalau orang-orang islam mempunyai pendidikan yang tegas seperti ini, orang-orang Barat patut bimbang akan keselamatan Negara Barat sendiri.

Untuk meninggalkan kesan diatas sesuatu nasihat itu ia tidak sepatutnya denagnpercakapan sahaja, tetapi mestilah dengan contoh teladan. Ibubapa biasanya lupa akan aspek ini.Mereka sekadar memberi nasihat dan pengajaran tanpa contoh teladan.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala

“Wahai orang-orang yang beriman !kenapa kamu berkata apa yang kamu tidak lakukan, amat besar dosanya disisi Allah , kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan.”

Sunday, August 30, 2015

PENGARUH PENDIDIKAN SOSIAL PADA KANAK-KANAK. SEKOLAH SAHAJA TIDAK MENJAMIN SEGI INI.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Aku diutuskan untuk menyempurnakan budi pekerti (akhlak ) yang mulia”.
Budi pekerti meninggalkan pengaruh yang besar dalam membimbing seseorang individu , sesebuah kumpulan dan sesuatu bangsa. Kiya tidak dapat menggambarkan wujudnya satu bangsa tanpa akhlak yang baik.

Madah penyair menyebutkan :

“Tidak sempurna binaa suatu kaum kiranya akhlaknya meruntuhkan asasnya.

Agak menghairankan bahawa ramai ibubapa yang bertgantung kepada sekolah untuk membentuk budi pekerti anak-anak mereka. Sebenarnya budi pekerti tidak ada temapt yang praktikal disekolah.Kalau ada hanay diajar mata pelajaran moral secara teori seperti mata pelajaran sejarah dan geografi. Pada peringkat awal disekolah rendah pelajaran moral dimasukkan dibawah mata pelajaran “alam sekitar” yang diajar kepada murid-murid sama seperti mata pelajaran lain.

Oleh kerana pentingnya akhlak ini ia tidak dapat dipelajari melalui buku. Malah ia hanya boleh dipelajari melalui dengan didikan , contoh teladan dan cara hidup yang baik. Justru itu setiap ibubapa harus menumpukan perhatian dalam hal ini dan tidak hanya bergantung kepada sekolah semata-mata. Pihak sekolah sudah cukup  sibuk untuk menyediakan sejumalah besar persediaan “silibus” dan catatan –catatan buku sebagai persediaan untuk peperiksaan.
Kita harus sedar bahawa mengabaikan akhlak akan mendedahkan Negara kepada bahaya dan musibah yang besar.
Saya tidaklah maksudkan akhlak yang mati dan kaku dimana banyak pihak yang tertarik kepadanya, tetapi yang sya maksudkan ialah melatih anak-anak sejak dar kecil lagi untk berdiri diatas kaki sendiri  dan mendidik kekuatan peribadi , berinisiatif, berani dalam kebenaran dan jujur bekerja.
Budi pekerti yang paling penting yang saya lihat sudah hampir hilang dalam masyarakat kita ialah sikap “tolong menolong” iaiatu perangai yang paling mulia yang amat diperlukan . Setiap orang dalam Negara ini telah menjadi”bongkak”. Mereka tidak percaya kepada orang lain lagidan tidak memahami orang lain kecuali dengan dirinya sendiri. Sikap seperti ini kan menghancurkan kewujudan kita serta mendedahkannya kepada kemusnahan.
Agama islam mula-mula menyeru kita kepada sikap “tolong menolong” iaitu sikap yang membawa fedah kepada masyarakat. 

FirmanAllah Subhahahu Wa Ta’Ala
“Dan tolong menolonglah dalam kebaikan dan takwa”
Manakala sabda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Sesungguhnya Allah akan menolong hambaya selagi ia menolong saudaranya”

Kemerosotan sifat tolong menolong dinegara kita adalah berpunca dari system pembelajaran (sekolah) kerana ia tidak memberikan penekanan kepada pendidikan social. Pengajaran didalamnya lebih bercorak individu sehingga mementingkan diri sendiri, tidak memerlukan kerjasama, malah mungkin kerjasama dianggap pula sebagai satu dosa. Ini berbeza dengan pendidikan Barat yang melatih generasi baru untuk mengutamakan sifat tolong menolong dengan menubuhkan kumpulan kerjasama dan membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan menjalankan rancangan atau melakukan pelajaran praktikal secara bersama. Orang –orang dewasa digalakkan memberi perhatian kepada kanak-kanak serta menjaga mereka dari segi makanan, pakaian dan permainan serta melatih mereka untuk mengutamakan kepentingan orang lain , saudara-saudar dan teman-teman mereka.

Wednesday, August 26, 2015

PENDERITAAN KELUARGA KERANA SIFAT BAKHIL DAN BOROS.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




Kita banyak mendengar tentang penderitaan hidup kanak-kanak yang berpunca dari sikap boros dan membazir ketua keluraga. Sesiapa yang menghabiskan hartanya dengan sia-sia akan hilanglah kebahagiaannya
Begitu juga kita sering mendengar kesempitan hidup serta keadaan-keadaan yang menyedihkan dalam keluarga kerana sifat bakhil serta mengurangkan belanja terhadap isteri dan anak-anak.

Seorang teman saya nebceritakan bahawa abangnya adalag seorang kaya tetapi dia membeli roti dari penjaja roti dibulan Ramadhan dan menegringkan roti itu untuk menjadi makanan anaknya sepanjang tahun. Dia juga memebli tulang dan sendi-sendi dari penjual daging lembu dan unta dengan harga murah dan direbusnya untuk menjadi kuah kepada roti kering tadi.
Kita tidaklah bertujuan untuk menyebutkan cara-cara orang jahil dan bodoh itu mengurangkan belanja terhadap  keluarga mereka , kerana sudah pasti memualkan perasaan. Apa yang ingin kita smapaikan kepada setiapayah yang bersifat seperti itu ialah hendaklah mereka meningkatkan keimanan terhadap Allah dan janganlah mereka menjadi seperti keadaan manusia yang disebutkan oleh seorang penyair:

“Siapa yang menghabiskan harinya dengan mengumpul harta dan takutkan kemiskinan, perbuatan itulah kemiskinan”.

Kalaulah bahaya sifat bakhil serta pengurangan belanja keatas anak-anak terbatas penderitaannya kepada kelurga yang telibat itu sahaja mungkin ia dianggap ringan , tetapi banyak lagi penderitaan  dan rahsia-rahsia yang tidak ingin kita sebutkan dengan panjang lebar. Kita ingin menarik perhatian ayah dan sibakhil akibat tindakan mereka yang rosak itu.

Saya akhiri perbincangan disini dengan menyebut beberapa potong hadith yang menggambarkan betapa besar pahala orang yang membelanjakan harta untuk anak-anak mereka, serta azab yang pedih kepada mereka yang mengabaikan anak-anak mereka:

Sabda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:

“Satu dinar yang kamu belanjakan dijalan Allah , satu dinar yang kamu belanjakan untuk memebebaskan hamba, satu dinar yang kamu sedeqah kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu belanjakan untuk kelurgamu, maka yang terlebih  besar pahalanya ialah yang kamu belanjakan untuk keluarganya.

Setiap perbelanjaan yang anda keluarkan dengan tujuan mendapat keredhaan Allah, maka anda akan diberi pahala, walau pun terhadap apa yang anda suap kemulut isteri anda.

“Sesungguhnya Allah tidak akan berhenti menyoal setiap penguasa diatas pengyuasaannya, samaada ditunaikan atau diabaikan , sehinggalah Allah bertanya suami tentang ahli rumahnya”.

Walau pun ada pihak yang mempertahankan bahawa tindakannya mengurangkan belanja keatas kelurganya lantaran kerana kemiskinannya, tetapi harus mewujudkan seberapa boleh ruang kerja dirumahnya.

Berkata Sayyidatuna ‘Aisyah:

“Kayu atau alat tenunan ditangan wanita lebih mulia dari lembing ditangan mujahid dijalan Allah”.