Wednesday, November 18, 2015

PERCERAIAN MATLAMAT DAN CARANYA.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Sebelum ini saya telah menyentuh soal perceraian dan faktur-fakturnya.Disini ingin pula saya memperkatakan tentang matlamat dan caranya. Perceraian disyariatkan didalam Islam untuk kepentingan bersama suami isteri khususnya apabila berlaku keadaan-keadaan yang menyulitkan mereka untuk terus hidup bersama dan kehidupan bersuami isteri bertukar menjadi semacam ‘neraka’. Jadi dengan sebab itu diharuskan perceraian. Dalam pada itu pun terdapat keterangan –keterangan ‘nusus’ yang melarang disegerakan perceraian kerana akibatnya yang boleh meleraikan hubungan keluarga serta menjadikan kehidupan anak-anak sengsara.

Agama Islam meletakkan ikatan-ikatan yang ketat untuk menghindari perceraian serta langkah-langkah yang teliti yang tidak disedari oleh kebanyakan orang.Mereka menyangka sebaik sahaj melafazkan perkataan ‘talak’ maka terputuslah hubungan antar suami isteri.

Al Quran telah menjelaskan ikatan dan langkah tersebut dalam firman Allah Subhanhu Wa Ta’ala
“Dan jika seorang wanita kuatir akan nusus atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenarnya dan perdamaian itu lebih baik bagi mereka.
Ayat ini dengan jelas menekankan perlunya diwujudkan persefahaman diantara sumai isteri dan berusaha untuk berdamai apabila timbul perselisihan antara mereka.
Apabila ternayata sukar untuk diatasi perbezaan pokok itu dan bertukar menjadi persengketaan maka syara’telah menggesa supaya merujuk kepada’ hakam’ (orang tengah).

firman Allah Subhanhu Wa Ta’ala yang bermaksud:

“dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara keduanya maka kirimlah seorang ‘hakam’ dari kelurga lelaki dan seorang ‘hakam ‘ dari kelurga perempuan . Jika kedua-duanya bermaksud mengadakan perdamaian  nescaya Allah memberi taufiq kepada kedua suami isteri itu”.

Kalau pun perceraian terpaksa dilakukan, maka agama Islam telah meletakkan beberapa sebagai syaratnya  iaitu:
1.      Suami hendaklah menceraikan isterinya dengan talak satu dalam masa suci isterinya dan tidak disetubuhi dalam masa itu, dan talak itu didahului  oleh satu talak dalam haidh dan dalam masa perempuan itu jelas mengandung. Tetapi kalau talak itu berlaku dalam masa haidh isterinya, atau dalam masa nifas, atau dalam waktu suci yang disetubuhi isterinya , maka ulama  sepakat mengatakan bahawa talak itu hukumnya haram dan ia tidak jatuh menurut sebahagian para mujtahidin. Pendapat ini menjadi pegangan Sheikh Al Islam Ibn Taimiah.

Ibn Hazm meriwayatkan  dalam kitabnya  “al muhalli” dengan sanad yang bersambungan:
Ibnu Umar menyebut dalam kes seorang suami menceraikan isterinya yang sedang haidh, bahawa ia tidak dikira  (sanadnya adalah sahih).

Menurut imam Al Sahaukani kalau sekiranya keterangan ini tidak dapat sekali pun memadailah agar firman  Allah menjadi panduan iaitu firmannya :

“Wahai nabi , kalau kamu menceraikan perempuan  maka talaklah mereka bagi edahnya.”

Di persetujui bahawa suruhan kepada sesuatu membawa pengertian larangan  bererti keburukan . Sekiranya suami masih bertegas  untuk menceraikan isterinya maka dia hendaklah menceraikan isterinya dengan talak yang kedua selepas talak yang pertama dalam tempoh masa yang tidak kurang dari sebulan, iaitu dengan tujuan supaya siisteri datang haidh  dan suci selepas tempoh suci yang dilafazkan dalam talak pertama.

Kalau sekiranya selepas itu si suami masih juga mahu menceraikan isterinya ia boleh menceraikannya dengan menjatuhkan talak yang ketiga yang begitu juga dilakukan dalam tempoh suci isteri yang tidak disetubuhi  selepas berakhir  haidh  bagi suci yang kedua. Dalam hal ini Ibn  ‘Umar pernah menceraikan isterinya yang sedang haidh , sayyidina Umar memberitahu hal ini kepada Nabi SallLlahu ‘alaihi Wasallam. Lalu baginda berkata :-

“suruhlah dia rujuk isterinya sehingga haidh. Kemudian haidh,kemudian suci. Kalau ternyata ia hendak menceraikan nya , maka cerailah ia sebelum disetubuhi, iaitu edah seperti yang diakui oleh Allah”.
(Hadith ini disebut kan dalam Sahih Bukhari  dan Muslim dan lain-lain lagi).

Tujuan syara’memanjangkan tempoh perpisahan ialah untuk mencegah berlakunya “Talak Bain”.Lebih-lebih lagi ia mensyaratkan supaya siisteri terus tinggal dirumah suami dalam tempoh kedua-dua talak pertama  dan kedua sehingga sehingga  ke permulaan hubungan silaturrahim dan memberi peluang  berdamai disamping mewujudkan perasaan belas dan kasihsayang .

Menjatuhkan tiga talak bersekali  secara serentak adalah tidak harus dan talak hanya jatuh satu talak sahaja. Pendapat ini  dipakai oleh mahkamag syar’iyyah di Mesir dan juga di Syria. Selain itu ada lagi beberapa keadaan  yang diputuskan oleh mahkamah tersebuttidak jatuh talaknya berdasarkan  kepada hadith-hadith yang sahih serat pandanagn sebahagian besar para ulama.

Sukalah saya menasihatkan mereka yang mempergunakan talak didalam  beberapa keadaan bagaikan perkara biasa dan meruntuhkan rumahtangga mereka dan menyebabkan kesengsaraan  hidup anak-anak dan menghancurkan masa hadapan isteri mereka, saya menggesa mereka supaya tidak menggunakan talak kecuali apabila dimestikan.

RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pernah mendenagr seorang lelaki menceraikan isterinya tanpa sebabyang dihalalkan oleh Allah. Baginda bangun dengan marah sambil bersabda:
“Apakah dia mempermain-mainkan kitab Allah sedangkan aku masih ada bersama kamu sekelian”.


No comments: