Kita sering melihat pemandangan yang menyebakkan rasa
dijalan-jalan raya , iaitu pemandangan kanak-kanak miskin yang bekerja sebagai buruh
dikedai-kedai tukang besi , tukang kayu , kedai roti dan lain-lain tempat
dengan gaji yang rendah dan dibebankan dengan kerja yang diluar kemampuan
mereka. Kita meliahat mereka menangis memikul bebanan yang berat , atau tangan
mereka menjadi kaku kesejukan. Malah kadang-kadang mereka dibelasah dengan
‘kejam’ tanpa belas kasihan. Anehnya tidak ada dikalangan orang yang lalu
lalang bersimpati dan menahan tuan kedai
yang membelasah kanak-kanak tersebut.
Pemandangan yang mengerikan ini dan yang merosakkan generasi
baru dan bangsa sendiri (malah kepada nama baik negara) seperti ini jarang
ditemui diNegara-negara Barat, yang undang-undang buruhnya melarang kanak-kanak
dibawah umur diambil bekerja. Undang-undang buruh dinegara kita pun melarang
hal yang demikian tetapi masih banyak akta-akta serta ceraian-ceraiannya tidak
dikuatkuasakan.
Kepada setiap Ibubapa, kalau pun dinegara ini tidak ada
pihak yang melindungi anak-anak anda, tetapi apakah sampai hati anda
membahayakan anak-anak anda serta
mendedahkan nya kepada berbagai penderitaan hanya kerana upah beberapa sen
sahaja, yang boleh didapati dengan sedikit berjimat.
Peringkat umur kanak-kanak dijadikan untuk menuntut ilmu.
Peringkat umur ini dipanjangkan oleh Allah pada manusia jika dibandingkan
dengan haiwan untuk membolehkan kanak-kanak lama belajar.
Mendedahkan kanak-kanak bekerja dalam umur yang muda boleh
memenatkan tubuh badan mereka dan mendedahkan mereka kepada bahaya. Disampin
itu akan menyebabkan mereka benci, sewaktu mereka dewasa, terhadap keluarga.
Malah terhadap masyarakat denagn sebab perasaan “komplek jiwa” yang berpunca
dari kekejaman yang mereka alami semasa kecil dahulu.
Saya suka menarik perhatian pihak berkuasa dalam kesempatan
ini supaya menguntukkan peruntukan tertentu bagi membantu keluarga miskin yang
mempunyai bilangan anak yang ramai, yang terpaksa mendorong anak mereka bekerja
tanpa berpeluang untuk belajar. Saya juga tidak senang hati dengan peruntukan
kewangan Kerajaan Syria yang walau pun peruntukannya besar tetapi peruntukan
untuk orang-orang miskin diabaikan. Tidakkah peruntukan ini dalm islam pada
asalnya dirangka untuk mereka dan orang-orang yang seperti mereka?
No comments:
Post a Comment