Friday, May 1, 2026

DALAM HAL SYAHWAT 'BERJEMAAH' BAWAK KELUARGA TAPI HAL AGAMA PERGI SORANG ITU PUN DUDUK BELAKANG TIANG

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

DALAM HAL SYAHWAT 'BERJEMAAH' BAWAK KELUARGA TAPI HAL AGAMA PERGI SORANG ITU PUN DUDUK BELAKANG TIANG

Kata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, 

“Kamu selama ini sentiasa menurutkan kehendak jiwa kamu dan tunduk kepada hawa nafsu dan tabiat kamu. Aku saja yang boleh membetulkan kelakuan kamu dan menunjukkan kamu mana yang buruk dalam agama Allah Taala. Jangan kamu dengar kepada orang-orang yang menggembirakan diri kamu, mereka sanggup menghinakan diri di hadapan para penguasa dan raja seperti semut!”

- Jangan terpedaya dengan orang yang hidupnya menggembirakan kita, hawa nafsu kita tapi dia tak pernah peduli yang halal dan haram.

Hari ini orang lebih suka mencari orang yang boleh menggembirakan dia secara syahwat, sebab itu dicari hiburan, menonton filem. Sanggup beratur panjang untuk tiket wayang.

Filem ini tidak merawat kita,
Filem tidak akan mengubah ‘penyakit’ kita.

Ramai mana orang sanggup beratur di pawagam, bayar tiket mahal malah disuruh anak isteri sekali kerana ingin menggembirakan? Tapi dalam perkara agama (tidak begitu)!

Tapi dalam hal agama? Dia tak bawak keluarga, sorang-sorang dia je.

Dia pergi sorang pun (majlis zikir, kuliah agama) itu pun dia menyorok belakang tiang!

Ini menunjukkan kita tak inginkan keselamatan (untuk anak isteri, keluarga) sebenarnya. Kita hanya inginkan kebinasaan (mereka)!

Walhal dalam perkara-perkara menggembirakan syahwat walau ia melanggar perintah Allah, ‘berjemaah’, berbelanja besar kita. Sanggup buat segala-galanya. Walhal semua itu akan hilang. 

Kita berbaik dengan orang-orang Munafik,
Kita berbaik dengan orang yang sikapnya merendahkan agama.
Sikap mereka tak pedulikan agama.

TOKKU PASIR GUDANG 
26.4.2026

No comments: