.
Begitu ramai orang yang salah faham megenai tujuan dan matlamat agama islam mengharuskan
poligami, sepertimana juga ramai yang menyalah gunakan kesempatan tersebut
sehingga (dengan tindakan tidak baik itu) ia meruntuhkan rumahtangga dan
memecah belahkan orang-orang yang dikasihi.
Sebenarnya agama
Islam tidak mereka-reka atau mengada-ngadakan peraturan
ber’poligami” ini, tetapi islam mendapati peraturan ini telah berleluasa
dalam masyarakat ‘Arab Jahiliah’ dan dikalangan bangsa lain secara hina
sehingga ada suami yang mempunyai berpuluh-puluh orang isteri yang
memperlakukan mereka secara tidak baik. Malah pemilikan mereka sering berpindah
kepada anak-anaknya selepas sumai itu mati. Wanita wanita tersebut diperlakukan
seperti barang dagangan.
Agama Islam muncul , lalu membataskan bilangan isteri kepada
empat orang sahaja, dengan syarat suami melayani mereka dengan baikdan mampu
memberi nafkah kepada mereka.
Poligami ini penting dalam masyarakat kerana banyak sebab.
Diantaranya orang –orang lelaki banyak
terkorban dalam peperangan. Golongan
intelek di Britain telah menyedari perkara ini dan mereka menggesa supaya dibolehkan perkahwinan lebih dari seorang .
Dalam hubungan ini ‘Ahmad Amin ‘ dalam bukunya ‘Afkar lil Bay’ (Idea untuk
dijual) menyebutkan bahawa Hitler pernah berazm untu mengeluarkan undang-undang
yang mengharuskan ‘poligami’ selepas berakhir perang Dunia Yang kedua. Ini
berdasarkan kepada kehendak isterinya setelah mendapati keadaan mendesak akibat
berjuta-juta orang lelaki terkorban didalam peperangan tersebut. Selain dari
banyak lagi sebab-sebab pentingnya poligami ini.
Apa yang menghairankan kita ialah adanya beberapa kalangan orang-orang Kristian
yang mengecam islam dengan dasar poligami, sedangkan agama mereka (Kristian)
sendiri tidak mengharamkannya.Cuma pihak Gereja sahaja yang pandai-pandai mengharamkannya. Saya mendapat tahu bahawa
Raja Charleman mempunyai ramai isteri. Ada diantara para Nabi yang mempunyai
ramai isteri seperti yang disebutkan dalam kitab ‘Taurat’.
Biar apa pun yang dikatakan menegenai dasar poligami dalam
islam , ia telah mengharuskan empat orang isteri. Jarang sekali orang yang
mengambil peluang sewenang-wenangnya menggunakan keharusan itu. Masyarakat
Barat sendiri telah mencipta pelbagai cara untuk menambahkan bilangan isteri
mereka. Kadang-kadang dengan nama ‘mistres’dan kadang-kadang dengan nama ‘teman
sosial’.Malah ramai diantara mereka yang mempunyai berpuluh-puluh kekasih.
Sebagai mengakhiri perbincangan ini , saya menyeru
kepada setiap lelaki yang menjadi hamba
nafsu syahwat dan suka ‘merasa-rasa’supaya tidak menyalahgunakan poligami dan menggunakan kesempatan tersebut
tanpa kemampuan, hikmah dan keadilan.
No comments:
Post a Comment