Pilihlah nama yang baik untuk anak-anak.
Nama mempunyai kesan yang mendalam dalam diri tuannya . Ia
mencetuskan kekuatan,kelemahan membantu dalam membentuk sikap lemah
lembut,kasar ,bercita-cita tinggi atau redho dengan apa saja yang ada, iaitu
mengikut pengertian nama-nama itu.
Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pernah meminda nama
nama sahabat yang tidak baik pengertiannya.Baginda menukarkan nama seorang dar
‘Asiah” (degil) sambil berkata “engkau cantik” (jamilah). Kerana tidak sukakan
pengertian ‘degil’ itu. Baginda juga menukar nama ‘Hubab’ kerana ianya nama
sejenis ular (da nada juga yang mengatakan ia nama syaitan).Baginda juga
menukar nama seorang yang benama “Afwah” yang bermaksud “tanah gersang” lalu
menamakan ‘khudrah” (subur.
Dalam hubungan ini Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
pernah bersabda:
“Nama yang terbaik ialah Abdullah (hamba Allah) dan Abdul
Rahman (hamba yang pengasih).
Justru itu saya menyeru setiap ibubapa supaya memilih
nama-nama yang baik untuk anak-anak mereka dan mengenepikan nama-nama yang
tidak baik dan tidak sopan. Alangkah baiknya kalau kerjaan dapat menukar nama
sebilangan besar keluarga yang membawa pengertian yang buruk dan rendah.
Suatu kebiasaan yang tidak baik didalam memilih nama ini ialah
perbuatan ibubapa mengambil kira “ramalan bintang “ untuk nama anak-anak
mereka. Perbuatan tersebut bukan dari amalan islam. Ia merupakan suatu bid’ah
yang buruk dan cara yang bodoh.
Diantara cara pemilihan nama mengikut sunnah ialah dengan
meletakkan “Kunyah” (gelaran nama yang dimulakan dengan ungkapan Abu (bapa)
atau Umm (ibu) dipangkal nama dengan tujuan untuk menguatkan peribadi
kanak-kanak serta menghormati kedudukan mereka.
Mungkin ada pihak yang terperanjat dengan sikap tersebut kerana mereka telah
biasa dengan sikap meperkecil serta merendahkan kedudukan anak-anak mereka.
Ingin saya menari perhatian setiap ibubapa yang bersikap demikian bahawa
menghina anak-anak dan mencercanya akan membunuh peribadi mereka dan melemahkan
jiwanya. Akhirnya jadilah ia seorang yang tidak berguna , samaada kepada
dirinya dan juga kepada negara.
Dalam hubungan ini saya ingin menyentuh tentang sangkaan
salah golongan yang jahil yang berlrgar disekitar nama “Muhammad”. Menurut
mereka nama itu boleh menghindarkan mereka dari api neraka dan mereka
mengada-ngadakan hadith dalam pengertian tersebut. Semua itu adalah
sangkaan dan “waham”, kerana kita bukan
kalangan para sahabat yang merebut-rebut untuk menggunakan nama tersebut kecuali
sedikit sahaja. Allah Subhanahu Wa Taala tidak memberi balasan kecuali keatas
amalan yang ikhlas dan tidak memberi perhatian tentang rupa dan perkara lahir.
Sabda Rasulullah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
“Wahai Fatimah, tunaikanlah amalan. Sesungguhnya aku tidak
dapat melindungi kamu barang suatu pun dari (azab) Allah.
No comments:
Post a Comment