Thursday, March 25, 2021

Hidup ibarat roda

Kehidupan bergerak seperti roda. Allah gilir-gilirkan keadaan seiring ujian yang pelbagai. Supaya dengannya ada syukur ketika mudah, ada sabar ketika payah. 

Dunia ini sementara - begitulah jua dengan susah dan senangnya. Yang penting hati kita tetap sama, tetap bersama Allah. Namun, berhati-hatilah kerana harta, kuasa dan wanita paling cepat mengubah manusia.

Harta telah mengubah Qarun. Kuasa sudah  menawan Haman. Dan betapa ramai Maharaja, Presiden dan Perdana Menteri jatuh angkara pengaruh isteri. Benarlah seperti yang diperingatkan, semakin tinggi pokok yang kita panjat semakin kuat angin yang menggoyang. 

#NotaHati
https://t.me/notahatiustazpahrol

No comments: