Showing posts with label cp. Show all posts
Showing posts with label cp. Show all posts

Sunday, July 6, 2025

Alzalzalah ayat 5-8 by aqilah nur

Bila Kita Lihat Segala Amal Dengan Mata Sendiri – Surah Az-Zalzalah Ayat 5–8

Kita dah dengar bumi bercakap.
Kita dah lihat manusia terkejut.

Tapi siapa yang suruh bumi bercakap?
Apa yang buat bumi selama ni bersabar?

.

 بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا

Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah mewahyukan kepada bumi itu.

➡️ Awha – bukan sekadar perintah keras.
Tapi ia juga maksudnya seperti ilham, arahan lembut, atau bisikan rahsia.

Allah katakan pada bumi,
“Sudah tiba masa kamu ceritakan semuanya.”

Perkataan “Rabbaka” – Tuhan engkau –
menunjukkan status Rasulullah SAW pada hari itu:
Allah sebut pada Baginda SAW,
Tuhan ENGKAU yang beri izin pada bumi.

Bumi bukan liar macam manusia,
Buat suka hati.

Bumi taat — dan selama ni bersabar.
Dia tak berani bersuara walaupun manusia berzina, membunuh, 
menghina Allah di atasnya.

Tapi bila Tuannya beri izin —
barulah bumi lepaskan semuanya.

Bayangkan bumi dah lama “loya” dengan semua beban,
Loya dengan semua dosa yang kita kerjakan.
Dan hari itu… 
Allah izinkan bumi ‘muntahkan’ segalanya.

.

 يَوْمَئِذٍۢ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًۭا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَـٰلَهُمْ

Hari itu, manusia keluar dari tempat bangkit secara berselerak –
untuk diperlihatkan kepada mereka segala amalan.

➡️ Yasdurun – asalnya daripada perkataan "sadr" (dada).

Makna asalnya: 
balik dari tempat mengambil air.

Dunia ni tempat kita datang "ambil bekalan".
Hari ni... kita kena balik ke tempat asal.

Kita datang ke dunia – buat amal.
Tapi kita balik dengan segala hasil amal tu.

.

Asytaatan – manusia tak lagi bersama sebagai ummah.
Dulu satu bangsa, satu negara, satu masjid.
Sekarang — berpecah ikut ranking amal.

➡️ Ada yang penuh amal soleh.
➡️ Ada yang baik tapi sedikit amal.
➡️ Ada yang jahat.
➡️ Ada yang munafik.

Semua dibahagi kumpulan.

Dulu di dunia kita campur — ada yang munafik dalam jemaah.
Ada yang baik tapi tersembunyi.
Tapi hari ni... Allah pisahkan.

.

 فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ

Siapa buat sekecil zarrah pun kebaikan, 
Dia akan nampak.

➡️ Mithqal – alat timbang.
➡️ Zarrah – sebesar habuk yang terbang dalam cahaya.
➡️ Yarahu – dia akan lihat, dan faham.

"You won't just see what you did —
you will understand why you deserved your fate."

Takkan ada orang boleh kata,
"Aku tak tahu kenapa aku masuk neraka."
"Eh, macamana boleh masuk neraka ni. Salah kira ni"

Sekali-kali takkan!

.

 وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ

Dan sesiapa buat walau sebesar habuk pun kejahatan, dia akan lihat.

Ayat ini bukan tentang hukuman.
Tapi tentang transparensi.

➡️ Tak ada satu pun amal akan dilupakan.
➡️ Tak ada satu pun kejahatan akan tersembunyi.
➡️ Tak ada siapa pun boleh berdalih.

.

Kenapa Allah tutup dengan zarrah?

Sebab kita selalu pandang ringan benda kecil.

"Ala, buat dosa sekali je…"
"Eh, aku mengumpat sikit je pasal dia, bukan fitnah pun."
"Benda kecik je pun, rilek lah."

Tapi Allah nak ajar:
“Zarrah” pun akan muncul balik depan mata.
Kau akan tengok… dan terdiam.

.

Akhir Kata

Apa yang kita dapat dari Surah Az-Zalzalah ni?

➡️ Bumi bukan beku.
➡️ Bumi rekod segalanya.
➡️ Hari itu bumi ‘muntahkan’ semua.
➡️ Kita akan keluar berselerak.
➡️ Dan segala amal – baik & buruk – akan ditunjukkan.
➡️ Zarrah pun akan dilihat.

Orang beriman, bila tengok buku amal –
Mereka akan menangis.
Bukan sebab takut dosa.
Tapi sebab sedar —
Allah ampunkan mereka… walaupun dosa itu besar.

“Aku ingat aku akan binasa, tapi Dia beri rahmat.”

Dan yang kafir pula,
Menangis juga – sebab tahu kenapa mereka binasa.

.

Kalau ini yang kita tahu…
Masihkah kita nak abaikan benda kecil dalam hidup kita?

#NotaTadabbur
#TadabburAlZalzalah
#TadabburJuz30

Thursday, November 3, 2022

Musibah Sebenar



Ibn ‘Ataillah al-Sakandari dalam Bahjah An-Nufus menyatakan: “Musibah yang sebenar bukanlah orang yang mati anaknya atau kehilangan harta, keluarga atau kekasih. Tetapi, musibah yang sebenar adalah orang yang dihentam dengan dosa, diserang oleh syahwat, dan dihempap oleh pelbagai kesalahan!

Inilah musibah yang sebenar! Mereka menghabiskan waktu mudanya untuk meraih segala kenikmatan, mereka menghabiskan umur mereka untuk melakukan segala maksiat dan perkara terlarang.

Jangan kau menganggap orang yang berduka dan mendapat musibah adalah mereka yang terkena penyakit, dilanda kemiskinan, atau sedang dipenjara. Boleh jadi, semua itu membuatkan mereka lebih dekat dengan Allah dan memperoleh redhaNya. Adakalanya kesembuhan itu datang setelah meminum ubat yang pahit.

Tetapi, hakikatnya, yang sebenarnya ditimpa musibah adalah mereka yang bermaksiat pada Allah dan tidak bertaubat dari dosa. Mereka memasukkan kotoran maksiat ke dalam hati mereka yang bersih. Mereka penuhkan neraka dosa dalam kalbu mereka sehingga mereka mati.

Apabila engaku di tanya tentang ‘Apakah yang patut di ratapi?’, maka, kau jawablah: "Yang sepatutnya diratapi adalah seorang hamba yang Allah kurniakan kesihatan dan kekayaan, namun dia menghabiskan kedua-duanya untuk bermaksiat pada Allah”.

Moga kita dipelihara oleh Allah daripada bergelumang dengan maksiat.

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Tuesday, December 7, 2021

Adab Menerima Berita Kematian


1.  Mengucapkan Istirja’ ( إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ) apabila menerima berita kematian. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ . الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

“Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka di timpa oleh sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

Juga boleh memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah)

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَال

“Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan”, kemudian istirja’. Ini berdasarkan hadis Riwayat Ahmad, di mana Allah bertanya kepada Malaikat (Malaikat Maut) yang mengambil nyawa anak kesayangan hambaNya:

مَاذَا قَالَ عَبْدِي فَيَقُوْلُوْنَ حَمِدَكَ وَاسْتَرْجَعَ

Apa yang disebut oleh hambaKu. Maka jawab para Malaikat: Ia memujiMu dan istirja’.

2.  Berdoa seperti yang diajar oleh Baginda SAW jika menerima musibah kematian dalam kalangan ahli keluarga serta bersabar:

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Ya Allah, kurniakanlah aku ganjaran atas musibahku dan gantikanlah yang lebih baik daripadanya.” (HR Muslim No:918)

اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ

 “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.” (HR Abu Daud No3201 )

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِسْلَامِ اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ

“Ya Allah, Ampunkanlah dosa orang yang hidup di kalangan kami, yang mati, yang kecil, yang besar, lelaki, perempuan, yang hadir dan yang ghaib. Ya Allah, siapa yang Kamu hidupkannya di kalangan kami maka hiduplah ia di atas iman dan siapa yang mematikannya maka matilah ia di atas Islam. Ya Allah janganlah Kamu halangkan kami dari pahalanya dan sesatkan kami selepasnya.”(HR Abu Daud No: 3201)

3.  Berkata yang baik kepada Si Mati dan bukan mengungkitkan perkara yang tidak baik. Ummu Salamah R.Anha meriwayatkan Sabda  Rasulullah SAW:

إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ فَقَالَ لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ ثُمَّ قَالَ اللهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ

“Sesungguhnya roh apabila diambil nescaya penglihatan mengikutnya. Ketika itu orang ramai di kalangan ahlinya riuh rendah lantas sabda Baginda SAW: ‘Jangan kamu doa atas diri kamu kecuali yang baik. Ini kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu kata. Kemudian Baginda berdoa : ‘Ya Allah, ampunkan bagi Abi Salamah, angkatlah darjatnya di kalangan orang yang mendapat petunjuk…” (HR Muslim No: 920)  

 #SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Sunday, December 5, 2021

Kematian Suatu Ujian



Setiap kehidupan akan berakhir dengan kematian. Hidup dan mati adalah ujian buat insan. Firman Allah SWT:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

 “(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya.” (Surah al-Mulk : 2)

Al-Qurtubi dalam tafsirnya berkata bahawa perkataan “kematian” didahulukan daripada perkataan “kehidupan” kerana kematian itu lebih dekat.

Kematian yang dialami oleh manusia, sama ada kematian secara mendadak seperti serangan jantung, kemalangan dan sebagainya, atau kematian biasa yang terjadi melalui proses penuaan secara perlahan-lahan, kesemuanya mengalami apa yang dinamakan sakarat al-maut, yakni hilangnya kesedaran yang diikuti oleh perpisahan ruh daripada jasad.

Kematian bukanlah kemusnahan untuk selama-lamanya. Kematian adalah perpindahan dari satu tempat ke tempat lain, dari satu persinggahan ke persinggahan seterusnya, dari alam dunia ke alam barzakh menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.

Kata Umar bin Abdul Aziz:

إِنَّمَا خُلِقْتُمْ لِلأَبَدِ  وَلَكِنَّكُمْ تُنْقَلُونَ مِنْ دَارٍ إِلَى دَارٍ

“Kamu semua dicipta untuk kehidupan yang lebih abadi. Kamu sebenarnya berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.” (Lihat Hilyah al-Auliya’, 5/287)

Abu al-ʿAtahiyyah, seorang penyair terkenal berkata:

وَما الموْتُ إلاّ رِحْلَة ٌ، غَيرَ أنّهَا  مِنَ المنْزِلِ الفَاني إلى المنزِلِ الباَقي

Bukanlah kematian itu kecuali adalah sebuah perjalanan. 
Dari tempat musnah ke tempat yang abadi selama-lamanya.

Jenazah di dalam kubur, hidup di alam Barzakh. Menerima nikmat ataupun merasai seksaan sebagai permulaan kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi. Sama ada seseorang itu diberi balasan baik, ataupun dikenakan seksaan. (Lihat Fatawa Mu’asirah, 1/273)

Sama-sama kita menginsafi bahawa kematian pasti ditempuh oleh semua yang hidup. Yang penting, hendaklah kita sentiasa berdoa kepada Allah agar dimatikan dalam husnul khatimah dan kita dapat mengisi kehidupan ini dengan ibadat secara berterusan.

Daripada Busr bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
 
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ

 “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di akhirat.” (HR Ibn Hibban No: 949)

Jom Doa...

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة

 “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”
 
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Ganti Ucapan Kita Dengan Doa

Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa

Ganti Ucapan Kita Dengan Doa

Jangan ucapkan "0k", tetapi ucapkan اِنْ شَآ ءَ اللَّهُ (In sya Allah)

Jangan ucapkan "wow", tetapi ucapkan سُبْحَانَ اللهُ (SubhanAllah)

Jangan ucapkan "hebat", tetapi ucapkan مَاشَآءَاللّهُ. (Masya Allah)

Jangan ucapkan "saya baik-baik je", tetapi ucapkan الْحَمْدُ لِلَّهِ (Alhamdulillah)

Jangan ucapkan "Terima kasih", tetapi ucapkan جَزَاك اللهُ خَيْرًا (Jazakallahu Khairan)

Jangan ucapkan "Hati-hati dalam perjalanan, nanti kita jumpa lagi", tetapi
ucapkan فِي أَمَانِ الله (Fii Amanillah)

Jangan ucapkan "Hello, Hai" sesama Muslim, tetapi ucapkan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ (Assalamu alaikkum Warahmatullah).  

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Saturday, December 4, 2021

Ucapan : الْحَمْدُ لِلَّهِ (ALHAMDULILLAH)

Membiasakan Yang Betul, Membetulkan Yang Biasa

Ucapan :  الْحَمْدُ لِلَّهِ  (ALHAMDULILLAH) 
Ertinya : Segala pujian hanyalah untuk Allah  ataupun 
Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah.

Kalimah Alhamdulillah adalah lafaz lisan yang diucapkan sebagai pujian dan bersyukur seseorang di atas segala nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya. 

Kalimah ini lebih baik dari harta yang dimiliki oleh seseorang walaupun sepenuh langit dan bumi.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَوْ أَنَّ الدُّنْيَا كُلَّهَا بِحَذَافِيرِهَا بِيَدِ رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي ” ثُمَّ قَالَ : ” الْحَمْدُ لِلَّهِ لَكَانَتِ الْحَمْدُ لِلَّهِ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ كُلِّهِ

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: seandainya dunia dan semua isinya berada di tangan seseorang dari ummatku kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, nescaya kalimah (Alhamdulillah) yang ucapkan itu lebih baik dari dunia dan isinya (Dailami 3/359 No: 5083)

Kalimah Alhamdulillah atau disebut Hamdalah adalah kalimah pertama yang diucapkan oleh Nabi Adam ‘Alaihis Salam selepas diciptakan.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم  لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ وَنَفَخَ فِيهِ الرُّوحَ عَطَسَ فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ فَحَمِدَ اللَّهَ بِإِذْنِهِ

Abu Hurairah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Ketika Allah telah menciptakan Adam dan meniupkan di dalamnya ruh, Adam bersin, lalu mengucapkan Alhamdulillah, lalu ia memuji Allah dengan izinNya” (HR. Tirmidzi)

Hamdalah adalah sebaik-baiknya doa.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الْحَمْدُ لِلَّهِ

Daripada Jabir bin Abdillah RA ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW  bersabda, “zikir yang paling utama adalah Laa ilaaha illallah (Tidak ada Tuhan Selain Allah) dan doa yang paling utama adalah Alhamdulillah (Segala Puji Bagi Allah).” (HR Tirmidzi No: 3383) Status: Hadis Hasan.

Sebaik-baiknya hamba adalah yang gemar mengucapkan Alhamdulillah

أفضل عباد الله  تعالى  يوم القيامة الحمادون

Sebaik-baiknya hamba Allah pada hari kiamat adalah Al-Hammadun (orang-orang yang gemar memuji Allah). (Silsilah Ash-Shahihah no. 1584)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم  إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ. وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ  الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 

Daripada Aisyah RA, kebiasaan Rasulullah SAW jika menyaksikan hal-hal yang ia sukai, Baginda akan mengucapkan “Alhamdulillaahil ladzii bi ni’matihi tatimmus shaalihat” (Segala puji bagi Allah yang dengan kenikmatan-Nya menjadi sempurna segala amal soleh) dan jika baginda menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan Baginda akan mengucapkan “Alhamdulillaahi ‘alaa kulli haal” (Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan) (HR Ibnu Majah No. 3803) Status Hadis Hasan

Jika kita memperolehi nikmat dan kebaikan yang kita sukai, ucapkanlah syukur dengan kalimah

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

“Segala puji bagi Allah yang dengan kenikmatan-Nya menjadi sempurna segala amal soleh.”

Jika sesuatu yang Allah turunkan kepada kita yang tidak disukai, kalimah zikir yang diucapkan seperti di bawah  kerana di sana ada hikmah yang kita tidak ketahui:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَال

“Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan.”

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Kalimah: إن شاء الله (INSYA ALLAH)Ertinya : Jika Allah Menghendaki (Jika Diizinkan Allah)

Membiasakan Yang Betul, Membetulkan Yang Biasa

Kalimah:  إن شاء الله  (INSYA ALLAH)
Ertinya : Jika  Allah Menghendaki (Jika Diizinkan Allah)
Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang .

Menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang roh, kisah ashabul kahfi (penghuni gua) dan kisah Zulqarnain lalu Baginda menjawab, "Datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan." Baginda tidak mengucapkan Insya-Allah.

Kemudian wahyu tidak turun sehingga lima belas hari untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Baginda tidak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 Surah al-Kahfi. Firman Allah:

وَلا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا (٢٣) إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لأقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا (٢٤)

“Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, (23) kecuali (dengan menyebut): ‘Insya Allah.’ Dan ingatlah kepada Rabbmu jika kamu lupa dan katakanlah: ‘Mudah-mudahan Rabbku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini” (24)

Daripada kisah di atas kita tahu bahkan Nabi pun mendapat teguran ketika alpa mengucapkan kalimah insya-Allah ketika berjanji. Kita sewajarnya memahami makna ungkapan insya-Allah yang diucapkan atas kesedaran tentang keterbatasan kita tanpa keizinan dari-Nya. Perlu wujud perasaan rendah hati seseorang yang hendak mengerjakan sesuatu, kita hanya boleh merancang dan berharap. Hanya Allah yang memiliki kekuasaan untuk mewujudkannya.

Menurut Ibn Jarir Al-Tabari, ayat ini berisi pengajaran adab untuk Nabi SAW. Baginda dilarang untuk memastikan apa yang akan terjadi di masa hadapan melainkan dengan menyandarkannya kepada kehendak Allah. Sebab segala sesuatu hanya boleh berlaku apabila dikehendaki oleh Allah SWT.

Pengajaran ini tentu sahaja bukan khas untuk Baginda Nabi SAW seorang. Akan tetapi, adab ini juga berlaku untuk seluruh umat baginda hingga akhir zaman. Seorang mukmin yang menyedari hakikat dirinya sebagai hamba yang lemah, tidak pernah berjanji melainkan dengan menyebut insya-Allah.

Sebahagian antara kita malah secara keliru mengamalkan kata insya-Allah sebagai cara untuk tidak mengerjakan sesuatu. Ketika kita diundang, kita menjawab dengan kata insya-Allah bukan dengan keyakinan bahawa Allah yang punya kuasa tetapi sebagai cara berbaik-baik untuk tidak memenuhi undangan tersebut. Kita rupanya berdalih dan berlindung dengan kata insya-Allah.

Begitu pula halnya ketika kita berjanji, sering kali kata insya-Allah keluar begitu saja sebagai perkataan biasa dalam pergaulan. Yang benar adalah, ketika kita diundang atau berjanji pada orang lain, kita ucapkan insya-Allah, lalu kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi undangan ataupun janji itu.

Apabla tiba-tiba datang halangan seperti sakit, hujan, dan lainnya, kita tidak mampu memenuhi undangan ataupun janji itu, maka di sinilah letak kekuasaan Allah. Di sinilah baru berlaku makna insya-Allah.

Jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat untuk tidak memenuhinya, maka tidaklah wajar kita menggunakan kalimah ini.

Kita dilarang untuk memastikan apa yang akan terjadi pada masa hadapan melainkan dengan menyandarkan kepada kehendak Allah.

Berkata Imam al-Syafi‘i: “Kelemahan adalah sifat manusia yang paling jelas. Sesiapa yang selalu menyedari sifat ini, dia akan beroleh istiqamah dalam beribadat kepada Allah.”

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Kalimah: حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ (HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL)

Membiasakan Yang Betul, Membetulkan Yang Biasa

Kalimah:   حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ  (HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL)

Ertinya : Cukuplah bagi kami bahawa Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung atau penolong.

Diucapkan sebagai tanda kita berserah diri dan bergantung harap (bertawakkal) kepada Allah SWT semata-mata.

Kalimah ini juga merupakan ucapan "pembakar" semangat keberanian orang-orang yang beriman. 

Allah SWT menceritakan mengenai Rasul dan sahabatnya dalam firman-Nya,

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

“(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan, “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”.  (Ali ‘Imran: 173).

Ibnu ‘Abbas berkata bahawa kalimah “hasbunallah wa ni’mal wakiil” adalah perkataan Nabi ‘Ibrahim AS ketika beliau ingin dicampakkan ke dalam api.

Nabi SAW bersabda:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ { حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ } قَالَهَا إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلَام حِينَ أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَقَالَهَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ قَالُوا { إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ }

Daripada  Ibnu 'Abbas حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ  adalah ucapan Ibrahim Alaihis Salam ketika di lemparkan ke dalam api. Juga diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika orang-orang kafir berkata; "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ"(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung") (HR Bukhari No:4197)

Syaikh As Sa’di dalam tafsirnya menyatakan, “Maksud ‘hasbunallah‘ adalah Allah-lah yang mencukupi urusan mereka dan ‘ni’mal wakiil’ adalah Allah-lah sebaik-baik tempat bersandar segala urusan hamba dan yang mendatangkan maslahat.”
Allah-lah yang mencukupkan keperluan makhluk. Firman Allah:

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (Ath Tholaq: 3). 

Al Qurtubhi menjelaskan tentang surah Ath Tholaq ayat 3 dengan mengatakan, “Barangsiapa yang menyandarkan dirinya pada Allah, maka Allah akan beri kecukupan pada urusannya.”

Nabi SAW bersabda:

مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ

“Barangsiapa menyandarkan diri pada sesuatu, maka hatinya akan dipasrahkan padanya” (HR. Tirmidzi no. 2072) Status: Hadis Hasan

Maksudnya, barangsiapa yang menjadikan makhluk sebagai sandaran hatinya, maka Allah akan membuat makhluk tersebut jadi sandarannya. Iaitu urusannya akan disulitkan. Hati seharusnya bergantung pada Allah, bukan pada makhluk. Jika Allah menjadi sandaran hati, tentu urusan akan semakin mudah.

Rasulullah SAW bersabda;

مَنِ الْتَمَسَ رِضَاءَ اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَاءَ النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ

"Barangsiapa yang mencari reda Allah saat manusia tidak suka, maka Allah akan cukupkan dia dari beban manusia. Barangsiapa yang mencari redha manusia namun Allah itu murka, maka Allah akan biarkan dia bergantung pada manusia". Riwayat Tirmizi (2414) 

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Kalimah: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا (JAZAKALLAHU KHAIRAN)

Membiasakan Yang Betul, Membetulkan Yang Biasa

Kalimah: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا  (JAZAKALLAHU KHAIRAN)

Ertinya : Semoga Allah membalas jasa baikmu itu dengan kebaikan

Bersyukur atas nikmat dari Allah adalah sebuah kewajiban seorang hamba. Barangsiapa yang mensyukuri nikmat yang diperolehi, nescaya Allah SWT akan menambah anugerah  nikmat kepadanya. Namun, barangsiapa yang mengkufuri nikmat-Nya, maka Allah SWT mengancam dengan azab-Nya.

Allah SWT berfirman,

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kalian memberitahukan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian, dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim : 7)

Berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita termasuk akhlak mulia yang dianjurkan dalam Islam dan merupakan sebahagian daripada cara bersyukur kepada Allah. Hal ini kerana nikmat Allah itu kita perolehi melalui orang yang berbuat baik kepada kita tersebut.

Termasuk bentuk syukur yang terbaik adalah mengucapkan rasa terimakasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita dengan menyatakan kepadanya kalimah:

جزاك الله خيراً 

Kalimah ini lebih bernilai kerana mengandungi doa di dalamnya. Baginda Nabi SAW bersabda:

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Daripada Usamah bin Zaid RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. Tirmidzi No:1958) Status Hadis: Sahih.

Sebagai seorang Muslim, kita dianjurkan agar membalas kebaikan dengan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَتَى إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَلْيُكَافِئْ بِهِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَلْيَذْكُرْهُ فَمَنْ ذَكَرَهُ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ تَشَبَّعَ بِمَا لَمْ يَنَلْ فَهُوَ كَلَابِسِ ثَوْبَيْ زُورٍ

Daripada Aisyah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang mendapatkan kebaikan maka balaslah dengan kebaikan yang serupa, dan barangsiapa yang tidak mampu maka sebutlah (semacam terima kasih) kebaikan tersebut. Barangsiapa yang menyebutnya (mengucapkannya) sungguh ia telah bersyukur dan barangsiapa yang membangga-banggakan diri dengan (menggunakan) sesuatu yang ia tidak berikan maka ia seperti orang yang memakai pakaian keburukan." (HR Ahmad No: 23452) Status : Sahih dalam al-Adab al-Mufrad (215)

Kita juga diingatkan, dari Abu Hurairah RA, baginda SAW  bersabda,

لا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لا يَشْكُرُ النَّاسَ

“Tidak bersyukur kepada Allah (dengan baik) orang yang tidak berterimakasih kepada orang (lain).” (HR. Abu Daud No: 4811) Status: Hadis Sahih

Imam al-Khattabi berkata: Sesiapa yang tabiat dan kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah SWT dan tidak bersyukur kepada-Nya.

Saidina Umar RA  berkata,

لو يعلم أحدكم ما له في قوله لأخيه: جزاك اللهُ خيراً، لأكثرَ منها بعضُكم لبعضٍ

“Seandainya salah seorang di antara kalian mengetahui kebaikan yang didapatkan pada ucapan yang ditujukan kepada saudaranya, “jazaakallahu khairan”, tentulah satu sama lain akan memperbanyak ucapan tersebut di antara kalian.” (Diriwayatkan oleh Abu Syaibah dalam Al-Mushannaf)

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Wednesday, December 1, 2021

Kalimah: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ (LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH)

Membiasakan Yang Betul, Membetulkan Yang Biasa


Ertinya : Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan kehendak Allah.

Zikir ini disebut al-Hawqalah.
Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya atau berkemampuan untuk melakukan sesuatu.

Zikir kalimah ini merupakan kalimah isti’anah (memohon pertolongan) bukan kalimah istrija’ (ucapan innaa lillahi wainnaa ilaihi roji’un). Dianjurkan membaca zikir ini ketika meminta pertolongan kepada Allah SWT bukan dibaca ketika ditimpa musibah. (Lihat: AI-Istiqomah 2/81).

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Makna Ungkapan al-Hawqalah: Tiada keupayaan bagi kami untuk melakukan ketaatan melainkan dengan (bantuan dan kehendak) dari Allah, dan tiada kekuatan bagi kami untuk menjauhi kemaksiatan melainkan dengan (bantuan dan kehendak) dari Allah.” (Ibn ‘Abbas dalam al-Durr al-Mathur fi al-Tafsir bi al-Ma’thur oleh al-Suyuthi 5/393)

Ungkapan zikir ini berupa pelengkap hidup seseorang muslim. Orang yang menyebutnya bererti mengaku, dia tidak memiliki sebarang keupayaan dan kekuatan sama ada untuk mendapatkan apa-apa kebaikan atau menolak apa-apa keburukan, tiada sebarang upaya untuk mengelak maksiat dan melakukan ketaatan, tiada upaya untuk membebaskan diri dari sebarang penyakit dan berada dalam keadaan sihat, tiada upaya untuk bebas dari lemah kepada memperolehi kekuatan, hatta dia tiada upaya melaksanakan sesuatu di dalam hidupnya, melainkan dengan bantuan dan kehendak dari Allah Yang Maha Agung.   

Zikir kalimah al-Hawqalah ini mempunyai kelebihan. Dalam hadis Abu Musa al-Asy’ari RA ia sebagai perbendaharaan Syurga:

كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ- صلى الله عليه وسلم- فَجَعَلَ النَّاسُ يَجْهَرُوْنَ فِيْ التَّكْبِيْرِ فَقَالَ النَّبِيِّ- صلى الله عليه وسلم-:"أَيُّهَا النَّاس ارْبَعُوْا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِنَّكُمْ لَا تَدْعُوْنَ أَصُمَّ وَلَا غَائِبًا ولكن تَدْعُوْنَ سَمِيْعًا بصيرا ثُمَّ أَتَى عَلَيَّ وَأَنَا أَقُول فِيِ نَفْسِي: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَقَالَ: "يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ! قُلْ: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ

Maksudnya: “Kami dahulu pernah bersama dengan Nabi SAW (dalam suatu permusafiran). Orang ramai bertakbir dengan kuat. Lalu Nabi SAW bersabda: “Wahai kalian semua, kasihanilah diri kami sendiri, sesungguhnya kamu semua bukan memohon kepada zat yang pekak dan jauh, sebaliknya kamu semua berdoa kepada tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha memerhatikan. Kemudian baginda datang kepadaku, ketika itu aku membaca
 لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Baginda bersabda kepadaku: “Wahai ‘Abd Allah bin Qais, ucapkanlah:
 لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ 
Kerana sesungguhnya ia adalah salah satu perbendaharaan (harta bernilai yang tersimpan) di dalam syurga.” (HR Bukhari, No: 6384)

Berkata Imam Nawawi, “Makna perbendaharaan di sini adalah simpanan pahala di Syurga yang sangat berharga, seperti simpanan harta kalian yang paling bernilai.” (Syarah Sahih Muslim 17/26).

Kalimah zikir ini juga menjadi pelindung dari Syaitan berdasarkan hadis Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ: فَقَالَ: بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا باللَّهِ فَيُقَالُ لَهُ: حَسْبُكَ قَدْ كُفِيتَ وَهُدِيتَ وَوُقِيتَ فَيَلْقَى الشَّيْطَانُ شَيْطَانًا آخَرَ فَيَقُولُ لَهُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ كُفِيَ وَهُدِيَ وَوُقِيَ

Maksudnya:  “Apabila seseorang itu keluar dari rumahnya lalu mengucapkan:
 بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا باللَّهِ  
akan dikatakan kepadanya: “memadai bagimu, sesungguhnya kamu telah dikurniakan kecukupan, hidayah dan perlindungan.” Lalu satu syaitan bertemu dengan syaitan yang bekerja menyesatkan orang itu seraya berkata: “Bagaimana kamu (hendak menyesat dan mengganggu) orang itu yang telah diberi kecukupan, hidayah dan perlindungan?” (HR Abu Daud No: 4249) Status: Hadis Sahih. 

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Monday, November 29, 2021

Kalimah: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا (JAZAKALLAHU KHAIRAN)

Membiasakan Yang Betul, Membetulkan Yang Biasa



Ertinya : Semoga Allah membalas jasa baikmu itu dengan kebaikan

Bersyukur atas nikmat dari Allah adalah sebuah kewajiban seorang hamba. Barangsiapa yang mensyukuri nikmat yang diperolehi, nescaya Allah SWT akan menambah anugerah  nikmat kepadanya. Namun, barangsiapa yang mengkufuri nikmat-Nya, maka Allah SWT mengancam dengan azab-Nya.

Allah SWT berfirman,

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kalian memberitahukan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian, dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim : 7)

Berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita termasuk akhlak mulia yang dianjurkan dalam Islam dan merupakan sebahagian daripada cara bersyukur kepada Allah. Hal ini kerana nikmat Allah itu kita perolehi melalui orang yang berbuat baik kepada kita tersebut.

Termasuk bentuk syukur yang terbaik adalah mengucapkan rasa terimakasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita dengan menyatakan kepadanya kalimah:

جزاك الله خيراً 

Kalimah ini lebih bernilai kerana mengandungi doa di dalamnya. Baginda Nabi SAW bersabda:

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Daripada Usamah bin Zaid RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. Tirmidzi No:1958) Status Hadis: Sahih.

Sebagai seorang Muslim, kita dianjurkan agar membalas kebaikan dengan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَتَى إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَلْيُكَافِئْ بِهِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَلْيَذْكُرْهُ فَمَنْ ذَكَرَهُ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ تَشَبَّعَ بِمَا لَمْ يَنَلْ فَهُوَ كَلَابِسِ ثَوْبَيْ زُورٍ

Daripada Aisyah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang mendapatkan kebaikan maka balaslah dengan kebaikan yang serupa, dan barangsiapa yang tidak mampu maka sebutlah (semacam terima kasih) kebaikan tersebut. Barangsiapa yang menyebutnya (mengucapkannya) sungguh ia telah bersyukur dan barangsiapa yang membangga-banggakan diri dengan (menggunakan) sesuatu yang ia tidak berikan maka ia seperti orang yang memakai pakaian keburukan." (HR Ahmad No: 23452) Status : Sahih dalam al-Adab al-Mufrad (215)

Kita juga diingatkan, dari Abu Hurairah RA, baginda SAW  bersabda,

لا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لا يَشْكُرُ النَّاسَ

“Tidak bersyukur kepada Allah (dengan baik) orang yang tidak berterimakasih kepada orang (lain).” (HR. Abu Daud No: 4811) Status: Hadis Sahih

Imam al-Khattabi berkata: Sesiapa yang tabiat dan kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah SWT dan tidak bersyukur kepada-Nya.

Saidina Umar RA  berkata,

لو يعلم أحدكم ما له في قوله لأخيه: جزاك اللهُ خيراً، لأكثرَ منها بعضُكم لبعضٍ

“Seandainya salah seorang di antara kalian mengetahui kebaikan yang didapatkan pada ucapan yang ditujukan kepada saudaranya, “jazaakallahu khairan”, tentulah satu sama lain akan memperbanyak ucapan tersebut di antara kalian.” (Diriwayatkan oleh Abu Syaibah dalam Al-Mushannaf)

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Wednesday, November 24, 2021

Kalimah مَا شَاءَ ٱللَّهُ (MA SYAA ALLAH) Ertinya : Apa Yang Allah Kehendaki




Kalimah ini diucapkan untuk perkara yang menggambarkan keindahan, ketakjuban yang positif terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, kejayaan seseorang dalam pelajarannya atau bidangnya. 

"MasyaAllah, hebatnya dia dapat 20 A1 dalam SPM"

Ungkapan “Masyaallah” diperuntukkan ketika seseorang menyaksikan sesuatu yang indah, menakjubkan, atau yang luar biasa, maka seseorang dianjurkan untuk mengucapkan “Masyaallah”. Ia berdasarkan kepada firman Allah SWT:

وَلَوۡلَآ إِذۡ دَخَلۡتَ جَنَّتَكَ قُلۡتَ مَا شَآءَ ٱللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّهِۚ إِن تَرَنِ أَنَا۠ أَقَلَّ مِنكَ مَالٗا وَوَلَدٗا ٣٩

“Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu “maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan.” (QS. Al-Kahfi: 39).

Ayat di atas memberikan gambaran bahawa ketika seseorang melihat sesuatu yang menakjubkan seperti kebun yang indah, rumah yang cantik, bayi yang comel maka ungkapan yang tepat adalah masyaallah.

Imam Ibn Katsir dalam tafsirnya menyebutkan bahawa sebahagian ulama salaf berkata: “Barangsiapa yang merasa kagum pada sesuatu, misalnya keadaan dirinya sendiri, hartanya atau anaknya, maka hendaklah ia berkata: “Masyaallah, la haula wala quwwata illa billah“. 
Rasulullah SAW menjelaskan:

 ما أَنْعَم اللهُ تعالى على عَبدٍ نعمةً مِن أهلٍ ومالٍ وولدٍ فيقول: “ما شاء اللّهُ لا قُوَّةَ إلَّا بالله” فيرى فيه آفةً دُونَ المَوتِ 

“Tidaklah Allah memberi nikmat kepada seorang hamba, baik berupa keluarga, harta atau pun anak, lalu ia mengucap: “Masyaallah, la quwwata illa billah” melainkan orang tersebut tidak akan mendapatkan musibah apa pun kecuali kematian”, (HR. Abu Ya’la dalam musnadnya dan Al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dari Anas ibn Malik RA). 

Dari penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa ucapan “masyaallah la quwwata illa billah” untuk sesuatu yang menakjubkan pada diri, anak dan harta kita sendiri.

Disebutkan pula bahawa ketika imam Malik memasuki rumah, beliau mengucapkan masyaallah, ketika ditanya beliau mengatakan bahawa yang dilakukannya sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 39.

Kalimah MasyaAllah seringkali digandingkan dengan laa quwwata illa billah (tidak ada kekuatan kecuali dengan kehendak Allah) sebagaimana dalam surah al-Kahfi di atas, menunjukkan bahawa segala sesuatu jika sudah dikehandaki oleh Allah pasti akan terjadi kerana tidak ada kekuatan kecuali atas kehendak Allah.

Daripada Abdillah bin Amir bin Rabiah, bahawa Nabi SAW bersabda,

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ أَوْ مِنْ نَفْسِهِ أَوْ مِنْ مَالِهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيُبَرِّكْهُ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

Apabila kalian melihat ada sesuatu yang mengagumkan pada saudaranya atau dirinya atau hartanya, hendaknya dia mendoakan keberkatan untuknya. Kerana serangan ain (penyakit ain) itu benar. (HR. Ahmad 15700, Bukhari dalam at-Tarikh 2/9 dan disahihkan Syuaib al-Arnauth).

Apabila kita melihat kelebihan nikmat yang ada pada seseorang seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, maka ucapkan kalimah:

  مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ  
kerana ia boleh menghindari seseorang mendapat penyakit "ain" atau sumpahan mata.

Di samping bacaan di atas, kita dianjurkan untuk mendoakan keberkatan untuknya dengan mengucapkan, بَارَكَ اللهُ فِيْكَ  semoga Allah memberkati mu.

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Kisah Guru dan Burung Kakak Tua



Suatu Ketika dahulu, ada seorang guru agama yang mengajarkan Aqidah kepada murid-muridnya.

Dia mengajar tentang kalimah لا إله إلا الله Laa ilaaha illallah  kepada anak muridnya dan turut menjelaskan huraian maknanya. Mendidik mereka dengan keteladanan Rasulullah SAW.

Ketika mengajarkan aqidah, beliau berusaha menanamkannya rasa beraqidah ke dalam hati murid-muridnya.

Guru itu juga suka memelihara burung dan kucing. Salah seorang muridnya menghadiahkan padanya seekor burung kakak tua. Semakin hari guru itu semakin menyukai burung tersebut. Beliau sering membawanya bersama semasa mengajar murid-muridnya.

Oleh kerana sering dibawa dalam majlis pengajian, akhirnya burung kakak tua itu pun boleh mengucapkan kalimah tauhid Laa ilaaha illallah siang dan malam. 

Pada suatu ketika murid-murid mendapati sang guru sedang menangis. teresak-esak.  Apabila ditanya mengapa menangis, lalu guru pun menceritakan bahawa kucing telah menerkam burung kakak tua itu dan membunuhnya.

Mereka pun bertanya dengan kehairanan: kerana itukah guru menangis?. Kalau guru menginginkan pengganti, kami mampu datangkan burung lain yang jauh lebih baik.

Guru pun menjawab, bukan kerana itu aku menangis. Tetapi yang membuat aku menangis kerana ketika kucing menyerang burung kakak tua itu, burung itu hanya menjerit-jerit sehingga ia mati. Padahal dahulunya dia selalu mengucapkan kalimah syahadah laa ilaaha illallah. Tetapi ketika kucing menerkamnya ia lupa akan kalimah tersebut. Ia tidak mengucapkan apa pun kecuali hanya menjerit-jerit dan mengelupur! 

Malangnya ketika hayatnya dahulu, ia hanya mengucapkan kalimah tauhid laa ilaaha illallah dengan lisannya sahaja, sementara hatinya tidak memahami dan tidak menghayatinya

Guru pun berkata lagi: Aku takut kita menjadi seperti burung kakak tua itu. Ketika kita hidup, lisan kita sering mengulang-ulang kalimah لا إله إلا الله tetapi ketika maut datang menjemput, kita pun melupainya. Kita tidak mampu mengingatinya, kerana hati kita tidak menghayatinya.

Mendengar kata-kata guru tersebut, semua muridnya menangis kerana takut tidak jujur terhadap kalimah tauhid ini.

Kita sendiri bagaimana? Adakah kita telah menanam dan menghayati  kalimah  لا إله إلا الله  ini ke dalam hati sanubari kita serta diamalkan dalam kehidupan?

Tidak ada sesuatu pun yang naik ke langit yang lebih agung berbanding keikhlasan. Tidak ada sesuatu pun yang turun ke bumi yang lebih agung daripada taufiq Allah.

Daripada Mu’az bin Jabal, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ucapan terakhirnya “لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (Tidak ada Tuhan melainkan daripada Allah), dia akan dimasukkan ke syurga.” (HR  Abu Daud No:3116) Sanadnya adalah hasan menurut Imam al-Nawawi.

Renung-renungkanlah buat diri kita.

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Monday, November 22, 2021

Didoakan Malaikat Orang Yang Ziarah Pesakit



Amalan menziarahi orang sakit merupakan sebahagian daripada tuntutan Muslim terhadap sesama Muslim. Ia adalah tanda ukhuwah dan kasih sayang sesama Muslim.

Terdapat banyak hikmah dan kelebihan menziarahi pesakit antaranya ia dapat mengukuhkan tali persaudaraan sesama Islam, melahirkan rasa kasih sayang dan sifat belas kasihan, sentiasa ingat kepada Allah SWT, mendatangkan keinsafan kepada diri kita, ingat kepada kematian dan seterusnya mendorong kita untuk bertaubat. 

Dalam suasana COVID-19 yang masih melanda, menziarahi pesakit sama ada kerabat, rakan sejawat mahupun jiran tetangga agak terhad. Namun dengan adanya kemudahan teknologi seperti telefon bimbit sewajarnya tidak menghalang kita untuk bertanya khabar mereka yang sakit sama ada melalui ahli keluarga terdekat mahupun pesakit sendiri jika keadaan mengizinkan. Boleh sahaja menghantar pesanan melalui mesej berbentuk doa, pengharapan serta simpati kepada pesakit mahupun ahli keluarga terdekat.

Allah SWT menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang menziarahi orang yang sakit iaitu didoakan kebaikan oleh Malaikat. Rasulullah SAW bersabda:

فَقَالَ عَلِيٌّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَعُودُ مُسْلِمًا غُدْوَةً إِلَّا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ وَإِنْ عَادَهُ عَشِيَّةً إِلَّا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَكَانَ لَهُ خَرِيفٌ فِي الْجَنَّةِ

Saidina Ali berkata; 'Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seseorang muslim itu apabila beliau menziarahi sahabatnya pada waktu awal pagi kecuali 70000 para malaikat akan mendoakan kebaikan kepadanya sehinggalah petang dan jika beliau menziarahi saudaranya pada waktu petang maka 70000 para malaikat akan mendoakan kebaikan kepadanya sehinggalah keesokan pagi, dan dia akan memperoleh buah-buahan yang dipetik dari syurga.” (HR Tirmizi No: 891) Status: Hadis Hasan

Di samping itu, mereka yang menziarahi orang sakit seolah-olah berada dalam sebuah dari taman syurga. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا خُرْفَةُ الْجَنَّةِ قَالَ جَنَاهَا
 
Daripada Abu Asma’ Ar Rahabi dari Tsauban maula Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW baginda bersabda: “Apabila seorang muslim mengunjungi saudaranya yang sakit, maka orang itu sentiasa berada dalam sebuah taman syurga. Baginda ditanya; Bagaimana taman syurga itu? Baginda menjawab: ‘Taman yang penuh dengan buah-buahan yang dapat dipetiknya.’ (HR Muslim No: 4660) Status: Hadis Sahih
 
Jangan lupa apabila kita menziarahi pesakit untuk mendoakan mereka. Antara doa yang boleh kita baca:

أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Hilangkanlah penyakitnya wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah wahai zat Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak membawa rasa sakit. (HR Bukhari No: 5243)

Beruntunglah mereka yang menziarahi orang sakit kerana didoakan kebaikan oleh para Malaikat.

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Keluarga Bahagia


Setiap orang sentiasa  mengharap memiliki keluarga yang Bahagia dan harmoni. 

Kebahagiaan bukan hanya dilihat pada pemilikan harta seperti rumah, kenderaan, wang ringgit, pekerjaan yang baik, serta pangkat, malah  yang lebih penting kebahagiaan itu diukur dengan memiliki hati yang bersih, rohani yang kukuh, emosi yang tenang dan akal yang baik.

Semua orang ingin mengecapi kebahagiaan dalam berumah tangga. Ingin memiliki “Baiti Jannati”. Rumah kita adalah syurga kita. Kita mengharapkan keluarga dan rumah tangga sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga .

Mari kita usahakan antaranya melalui amalan doa yang berterusan:

1. Doa Memohon Pasangan dan Keturunan Penyejuk Hati

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk hati kami dan dan jadikanlah kami sebagai imam ikutan bagi orang bertakwa.” (Surah al-Furqan 25: 74)

2. Doa Ahli Keluarga Menjadi Soleh

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doaku. Wahai Tuhan kami, ampuni aku, kedua-dua ibu bapaku dan orang beriman pada hari perhitungan.” (Surah Ibrahim 14: 40-41)

Doa Nabi Ibrahim AS sewaktu menziarahi anak dan isterinya yang ditinggalkan di Makkah.

3. Doa Memohon Zuriat Yang Baik

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (Surah Al-Imran: 38)

4. Doa Memohon Cnta dan Kasih Sayang 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ” (Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi)

5. Doa Mohon Kebaikan dan Jauhi Kejahatan

اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ

“Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.” (Surah Al-Hujurat: 7)

6. Doa Memohon Keampunan

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Wahai Tuhan Kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan menyayangi kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi.” (Surah al-A‘raf 7: 23)

Doa Nabi Adam dan Hawa setelah terlanjur di dalam syurga sebelum diturunkan ke bumi. Suami isteri yang baik ialah orang yang cenderung melihat kesalahan diri sendiri terlebih dahulu daripada melihat kesalahan pasangannya.

7. Doa Agar Tidak Dendam Sesama Ahli Keluarga

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

“Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat pengampun dan pengasih.” (Surah al-Hashr 59: 10)

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Wednesday, November 10, 2021

Didoakan Malaikat Kerana Mendoakan Orang Lain

Dalam kehidupan seharian seorang Muslim, masing-masing kita akan merasa gembira apabila mendapat kebaikan daripada orang lain. Kita juga akan merasa gembira apabila didoakan dengan kebaikan dan keselamatan orang sahabat kita.

Satu cara yang mudah untuk kita berbuat baik kepada sahabat Muslim kita ialah dengan mendoakan mereka dengan kebaikan. Rasulullah SAW menyebutkan bahawa orang yang mendoakan kebaikan kepada saudara Muslim yang lain tanpa pengetahuannya, dia juga akan mendapat doa Malaikat:

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Dardaa RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Maka, doa seorang Muslim kepada Muslim yang lain tanpa diketahui sahabatnya lebih mustajab.

Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

 “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. (HR Muslim No:4914).
 
Dalam Syarah Muslim, yang dimaksudkan dengan kalimah “ظهر الغيب” dalam hadis ini adalah ketika orang yang didoakan itu tiada ataupun berdoa kepadanya secara diam-diam (tanpa pengetahuannya). Cara ini akan menimbulkan atau meningkat tahap keikhlasan kita ketika berdoa. 

Kalimah “مثل”  pula bermaksud seperti yang didoakannya (dia juga akan dapat doa yang sama daripada Malaikat). 

Hal ini menunjukkan kelebihan berdoa kepada saudara muslim secara diam atau sembunyi. Walaupun yang didoakan itu adalah sekumpulan kaum muslimin maka dia akan memperoleh kelebihan didoakan yang sama oleh malaikat dan kemustajaban doa (Allah SWT memakbulkan doanya). 

Disebabkan itu, sebahagian salaf, jika mereka ingin mendoakan kepada dirinya, mereka akan berdoa kepada saudaranya muslim secara sembunyi kerana ia adalah mustajab dan mereka akan memperolehi yang sama seperti yang didoakan itu. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 17/49]

Ummu Dardaa menceritakan,

كان لأبي الدرداء ستون وثلاث مئة خليل في الله يدعو لهم في الصلاةفقلت له في ذلك فقال : إنه ليس رجل يدعو لأخيه في الغيب إلا وكل الله به ملكين يقولان : « ولك بمثل » أفلا أرغب أن تدعو لي الملائكة

‘Dahulu Abu Dardaa memiliki sekitar 300 orang sahabat . Di dalam solatnya, Abu Darda seringkali mendoakan mereka. Aku pun berkata kepadanya tentang apa yang dia lakukan.’ Maka dia pun berkata, ‘Sesungguhnya tidaklah seseorang mendoakan bagi saudaranya tanpa pengetahuannya, kecuali Allah mengutus denganya dua malaikat, yang keduanya akan mengatakan, ‘Begitu juga denganmu.’ Apakah aku tidak boleh mendambakan malaikat mendoakanku?’” (Siyar A’lam al-Nubala’, 2: 351)

•  Islam sangat menggalakkan setiap umatnya agar sentiasa berdoa kepada saudaranya.

•  Kita dituntut untuk mendoakan perkara-perkara kebaikan kepada saudara kita.

•  Doa seorang hamba tanpa pengetahuan saudaranya adalah mustajab di sisi Allah SWT.

•  Setiap apa yang kita doakan, Allah SWT juga akan mengurniakan kepada kita sama seperti yang kita doakan.

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Sentiasa Tidak Cukup Dengan Harta


Sifat manusia sering kali merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki malah mereka tetap ingin memiliki lebih daripada yang telah dimiliki. Kadang kala mereka lupa diri sehingga sibuk siang dan malam untuk memperolehinya. 

Rasulullah SAW bersabda: 

عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

Daripada 'Atha` dia berkata; saya mendengar Ibnu Abbas RA berkata; saya mendengar Nabi SAW bersabda: "Sekiranya anak Adam memiliki harta sebanyak dua bukit, nescaya ia akan mengharapkan untuk mendapatkan bukit yang ketiga, dan tidaklah perut anak Adam itu dipenuhi melainkan dengan tanah, dan Allah menerima taubat siapa saja yang bertaubat." (HR Bukhari No: 5956) Status: Hadis Sahih

Manusia sentiasa tidak pernah merasa puas memiliki harta kecuali mereka yang mendapat taufik daripada Allah. Ramai orang yang menghabiskan waktunya hanya untuk urusan dunia, terus menerus mengumpulkan harta dan kemewahan, sampai lalai dari ketaatan dan hati menjadi sibuk dengan dunia sehingga meninggalkan akhirat.

Manusia yang sibuk mencari harta, walaupun telah memiliki sejumlah harta, masih tidak merasa cukup dengan apa yang ada sehingga harta yang dihimpun tidak mengambil kira dari sumber yang halal atau haram.

Manusia yang tidak mendapat taufik akan terus menerus memenuhi nafsu dirinya dengan menghimpun harta sampai ia mati dan di kuburnya isi perutnya dipenuhi dengan tanah kuburan bukan pahala ganjaran.

Carilah harta dengan berpada namun jangan sampai melekat di hati. Cukuplah ia di tangan yang bila-bila masa bersedia untuk diinfak.

Ingatlah, harta berkepuk yang kita himpun mungkin menjadi bala dan musibah di hari akhirat nanti.

Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin menyebutkan doa yang perlu kita baca agar kita memiliki sifat qanaah.

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ حَلاَلًا لَا تُعَاقِبْنِيْ عَلَيْهِ وَقَنِّعْنِيْ بِمَا رَزَقْتَنِيْ وَاسْتَعْمِلْنِيْ بِهِ صَالِحًا تَقَبَّلْهُ مِنِّيْ اَللَّهُمَّ قَنِّعْنِيْ بِمَا رَزَقْتَنِيْ وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ وَأخْلُفْ عَلَيَّ كُلَّ غَائِبَةٍ لِيْ بِخَيْرٍ

“Ya Allah, anugerahilah aku rezeki yang halal, janganlah Engkau siksa aku atas rezeki itu. Anugerahilah aku sifat mencukupkan diri (sifat qanaah) dengan apa yang telah Engkau rezekikan padaku dan pakaikanlah aku dengan rezeki itu pada jalan yang baik dan terimalah yang baik itu daripadaku. Ya Allah, anugerahilah aku sifat qanaah atas dengan apa yang telah Engkau rezekikan padaku dan berkatilah aku dalam rezeki tersebut, dan gantilah atasku setiap sesuatu yang hilang dariku dengan kebaikan.”

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Mengingati Azab Neraka


Suatu ketika Khalifah Harun Ar-Rasyid melihat seorang kanak-kanak kecil sedang menangis di hadapan unggun api, lantas beliau bertanya: "Mengapa engkau menangis wahai anak?"

Lantas kanak-kanak itu menjawab: "Aku takutkan api neraka". Khalifah Harun Ar Rasyid pun memujuk anak itu dengan mengatakan "Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka".

Sebaliknya kanak-kanak itu menjawab: "Aku melihat ketika orang menyalakan unggun api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, mereka memasukkan ranting-ranting yang besar pula. Aku takut hal yang sama berlaku di neraka kelak. Aku umpama ranting yang kecil?" Mendengar jawapan itu, Khalifah turut menangis.

Keupayaan kanak-kanak kecil itu menggambarkan dirinya di alam akhirat telah memberi kesan yang besar kepada dirinya sehingga dia merasa takut dan menangis walaupun dia belum benar-benar berada di alam yang digambarkannya itu. Sudah pasti dengan berbuat demikian akan mendorong untuk dia menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Orang yang beringat dengan azab neraka sehingga merasa takut dan menangis memikirkannya adalah petanda bahawa Allah SWT sedang membimbing dan memelihara diri kita daripada melakukan dosa kepadaNya.

Rasulullah SAW mengingatkan dalam hadis baginda;

عن النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول
أَنْذَرْتُكُمُ النَّارَ أَنْذَرْتُكُمُ النَّارَ" فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى لَوْ كَانَ فِي مَقَامِي هَذَا سَمِعَهُ أَهْلُ السُّوقِ وَحَتَّى سَقَطَتْ خَمِيصَةٌ كَانَتْ عَلَيْهِ عِنْدَ رِجْلَيْهِ

Daripada Nu’man bin Basyir RA katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah dengan berkata: “Aku berikan peringatan kepada kamu semua akan neraka, Aku berikan peringatan kepada kamu semua akan neraka.” Sentiasalah baginda mengulanginya sehingga seandainya baginda berada di kedudukan aku ini, orang-orang yang berada di (hujung) pasar akan mendengarnya. (baginda mengulangi ungkapan tersebut) sehingga kain baginda yang berada di atas bahu terjatuh ke kaki baginda tanpa disedari.” (HR Tirmizi No: 5687) Status: Hadis Sahih

Neraka adalah suatu tempat yang menggerunkan. Kawasannya bersangatan dalam. Azab yang disediakan di dalamnya berbentuk kepanasan yang melampau dan membakar. Cemeti-cemetinya diperbuatan daripada besi.

Nabi SAW sering memberikan peringatan tentang neraka. Bersungguhnya baginda dalam memberi peringatan itu sehingga baginda meninggikan suara dan mengulang beberapa kali.

Kita diperintahkan untuk sentiasa mengingati hari pembalasan. Seperti pesan saidina Umar: 

أَكْثِرُوا ذِكْرَ النَّارِ فَإِنَّ حَرَّهَا شَدِيدٌ وَإِنَّ قَعْرَهَا بَعِيدٌ وَإِنَّ مَقَامِعَهَا حَدِيدٌ 

“Perbanyakkanlah mengingati neraka. Sesungguhnya kepanasannya bersangatan, lantainya amat dalam dan cemeti-cemetinya adalah besi.” 

Dalam berdakwah, hendaklah digabungkan unsur-unsur memberi khabar gembira tentang syurga dan khabar ancaman dengan neraka. Agar ada dorongan melakukan kebaikan kerana mengharapkan syurga dan berusaha menjauhi dosa kerana gerunkan azab neraka.

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Usia senja

Pada usia senja seperti ini... semakin jelas kesalahan dan kesilapan lampau. Telah banyak  diteguk derita dan kepahitan. Semakin banyak pula merasa hikmah dan pengajaran. 

Adakalanya terasa ingin kembali ke masa silam. Hanya untuk membetulkan lisan dan tindakan. Namun segalanya sudah tersimpan sebagai kenangan. Tidak mungkin lagi untuk diungkai dan dihuraikan. 

Jika hitam, bersihkan dengan taubat. Jika putih, harapkan dengan  keikhlasan. Pesan pada hati, jangan disapa lagi dosa dan kekhilafan semalam. Apalagi berpaling, menoleh pun jangan.

Kita dewasa dididik oleh kesalahan dan kesilapan. Hakikatnya Allah jua yang mengizinkan. Bukankah dosa yang menyebabkan tangisan lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan ketakburan? 

Pada kesempatan yang sedikit berbaki ingin rasanya diri ini terus berbagi. Pada orang muda yang semangatnya menyala-nyala, imbangilah diri dengan adab dan kesopanan.

Jangan cepat prasangka. Jangan tergesa-gesa. Kawal marah. Usah dilayan keinginan yang rendah. Pelihara maruah dengan istighfar, selawat dan taubat. 

Ambillah pesanan orang tua-tua yang telah melalui jalan yang kau jalani sekarang. Bila diberi peringatan, terimalah sepenuh perhatian. 

Tidak perlu merasa luka yang sama jika segalanya boleh dihindari hanya dengan  peringatan dan amaran. Garam yang ku rasa dulu mungkin berbeza dengan garam yang kau rasa kini. Namun, masinnya tetap sama...

Dengarlah pesan ini berkali-kali, walaupun satu hari... pasti yang menyampaikannya sudah tiada lagi!

-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi-

Merawat Iman



Iman seseorang adakalanya tinggi, kadang-kala akan merundum jatuh. Untuk memastikan Iman kita sentiasa tetap dan istiqamah, kita perlu sentiasa  merawat Iman.  Antara jalan untuk merawat Iman:

1. Duduk Bersama Orang Soleh

Imam Ahmad Ibnu Hanbal berkata:
وَإِخْوَانُهُ الأَدْنُونَ كُلُّ مُوَفِّقِ بَصِيرَةٍ بِأَمْرِ اللهِ يَسْمُو إِلَى الْعُلاَ

 “Saudara yang dekat dengannya adalah setiap orang yang beroleh taufik, memahami perintah Allah serta suka kepada hal-hal yang meninggikan darjat”.

Orang yang soleh akan sentiasa memberi nasihat kepada sahabatnya kerana Allah.

Kata Zainul Abidin Ali ibn Hussain

إِنَّمَا يَجْلِسُ الرَّجُلُ إِلَى مَنْ يَنْفَعُهُ

 “Sesungguhnya lelaki yang sejati hanya ingin duduk (bergaul) bersama orang yang dapat memberi manfaat bagi agamanya” 
 
2. Penyertaan Di dalam Beramal 

Sentiasa mencari peluang untuk turut sama beramal ketika duduk di dalam komuniti atau masyarakat sama ada dalam bentuk pemikiran, fizikal, wang ringgit dan sebagainya.
Firman Allah SAW:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,…”. (Al-Maidah: 2)

3. Sentiasa Menghubungkan Diri Dengan Majlis Ilmu

Rasulullah SAW bersabda:

 مَن سَلَكَ طَرِيْقًايَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًاسَهَّلَ الله لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلى الجَنَّةِ

“Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga” Hadis Riwayat Muslim

Pelbagai cara boleh digunakan untuk menambah ilmu, sama ada sering mendengar kuliah atau ceramah di masjid mahupun mengikutinya secara live di laman sosial seperti TV, FB live, Google meet dan sebagainya.  

4. Bersungguh Beribadah Dan Mujahadah Melawan Nafsu 

Bersungguh-sungguh dan cergas di dalam beribadah seperti ibadat fardhu juga sunat seperti solat-solat sunat, zikir, qiamullail, membaca al-Quran dan sebagainya. Berusaha bersungguh-sungguh melawan nafsu dan jangan sekali-kali menyerah kalah.

 5. Muhasabah Diri 

Jadikan budaya muhasabah an-Nafs, agar jiwa sentiasa beramal dan beribadah. Kata Saidina Umar: Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalanmu sebelum amalanmu ditimbang”. 

Istiqamah dalam mutaba’ah amal fardi seperti solat lima waktu secara berjamaah bagi lelaki di masjid, amal-amal sunat seperti solat sunat, zikir, puasa, sedekah dan sebagainya

6. Mengurangkan Perkara Yang Harus 

Bersederhana dalam menggunakan perkara harus akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah.

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah