Thursday, March 25, 2021

Hakikat wang

Wang adalah hamba yang baik, tetapi tuan yang zalim. Maksudnya selagi diletakkan sebagai alat, wang akan memberi kebaikan. 

Wang akan memberi kita lebih banyak pilihan untuk melakukan kebaikan dan kebajikan. Tetapi jika wang dipertuankan apalagi dipertuhankan, bersiap sedialah untuk menghadapi kehancuran. 

Justeru wang perlu diurus dengan baik. Kita bukan sahaja perlu hati yang pemurah tetapi perlu fikiran yang bijak untuk sentiasa memanfaatkan kewangan demi kebaikan di dunia dan akhirat. 

#NotaHati
https://t.me/notahatiustazpahrol

No comments: