Bangsa Arab memsuki peringkat genting yang memerlukan kepada
generasi baru , baik dlam imannya, baik dlam kekuatannya, dan baik pula dlam
didikannya- untuk membolehkan mereka memikul tanggungjawab terhadap bangsa Arab
dan agama Islam serta menyelamatkan negara terbesar kita dari pakatan-pakatan
sulit yang dirancang oleh negara-negara penjajah dengan segala tipu helahnya.
Justru itu saya kira elok saya bincangkan , seberapa dapat
yang boleh, tentang perlembagaan hak anak-anak seperti yang digariskan
oleh Agama Islam , denga harapan semoga
para pengkaji dapat meneruskan kajian ini untuk menyempurnakan apa yang saya
mulakan dan membetulkan kesalahan yang telah saya lakukan. Semoaga bangsa Arab
dan umat islam mencapai matlamatnya, dalam mana terdapat sekali pandangan para
pendidik serta kekeliruan yang ditimbulkan , menyebabkan kebenaran itu hampir-hampir
terlindung dari pandangan.
Agama Islam yang penuh kesedaran ini meletakkan perhatian
terhadap anak-anak sebagai tugas utama negara, tanpa memberikan kebebasan yang
berleluasa kepada ibubapa untuk melakukan apa shaja yang didorong oleh nafsu terhadap anak-anak mereka .
Sabda Rasulullah saw:- Semua kamu penjaga dan setiap penjaga akan ditanya tentang
jagaannya. Imam (ketua negara) adalah penjaga dan akan ditanya tentang
jagaannya. Seorang lelaki penjaga dirumahnay dan akan ditanya tentang
jagaannya. Seorang wanita adalah penjaga dirumah suami dan anaknya dan ia akan ditanya tentang
mereka.”
Pandangan yang benar ini telah diprktikkan oleh
negara-negara dalam zaman moden ini dengan meletakkan persoalan mengenai kanak-kanak sebagai keutamaan
persoalan social yang wajib diselia dan dibimbing oleh negara. Agama Islam menggalakkan
mempunyai anak yang ramai untuk menambahkan kekuatan umat islama dan
bangsa Arab serta memperbanyakkan tenaga
yang ‘produktif’.
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah sallaLahu ‘alaihi
wasallam sambil berkata: saya menyintai seorang wanita dari keturunan yang baik
dan kaya tetapi mandul, apakah harus saya mengahwininya?” Jawab Rasulullah saw
“tidak”. Kemudian orang itu datang kali kedua , baginda juga melarangnya.
Kemudian dia datang lagi kali ketiga. Maka sabda Rasulullah saw “ Kahwinilah
perempuan yang pengasih, yang boleh beranak banyak. Sesungguhnya aku berbangga
dengan bilangan kamu”. ( Demikian juga halnya isteri memilih suami).
Antara hak kanak-kanak yan perlu ditunaikan adalah seperti
berikut:
Hak pertama:
Si ayah memilih untuk sianak ibu yang baik, yang pandai
mendidiknya dan mendidik budi pekertinya. Ia seperti juga siayah menjadi contoh
yang baik kepada anak. Diantara hadith –hadith yang mneyeru kearah ini
ialah sabda Rasullullah SallaLahu ‘alaihi Wasallam.
“Pilihlah tempat meletak benih kamu kerana keturunan itu
berjangkit”.
Sabda Rasullullah
SallaLahu ‘alaihi Wasallam juga:
“Elakkan perempuan cantik yang dibesarkan ditempat kotor”
Ini ialah berdasarkan kepada penemuan hakikat “jangkitan
keturunan “ yang ditemui dalam zaman moden . Begitu juga untuk mengelak dari
pengaruh alam persekitaran dan kesannya dalam jiwa manusia.
Hak kedua :
Menyampaikan kepada kanak-kanak suara iman ketika ia
dilahirkan , sehingga nama Allah itulah yang mula-mula mencecah telingannya.
Diriwayatkan dari Rafi’ katanya:
“Aku lihat Rasullullah SallaLahu ‘alaihi Wasallam
mengazankan di telinga Hasan bin Ali ketika ia dilahirkan.”
Hak ketiga :
Mengkhatankannya dan meneymbelih aqiqah untuknya pada hari
ketujuh ia dilahirkan, sebagai menyambut kelahiran anggota baru dalam keluarga
islam dan untuk memuliakan orang-orang miskin, kaum keluarga dan sahabat
handai.
Tujuan berkahatan ialah untuk mengelakkan dari kuman yang
membiak dimuncung zakarnya yang boleh menyerap keseluruh badan. Perkara ini
telah disedari oleh orang Barat dan sebahagian mereka telah pun mengamalkannya.
Hak keempat:
Memilih nama untuknya kerana nama ditujukan kepada
tuannya Rasullullah SallaLahu ‘alaihi
Wasallam banyak menukarkan nama orang-orang Arab ( yang tidak baik ) yang mereka warisi dari
zaman jahiliyyah.
Bercakap mengenai nama dan kesannya saya rasa penting diubah
gelaran sesetengah keluarga yang pengertian yang remeh atau yang merendahkan ,
yang boleh memberi saranan penegretian hina dan lemah kepada anak-anak. Saya
pernah menonjolkan perkara ini dalam tulisan saya dalam sebuah
akhbar. Tetapi ia bagai angina lalu sahaja. Agama islam menggalakkan supaya anak-anak diberi
gelaran kunyah (Abu dan Umm ) yang boleh
menguatkan keperibadian kanak-kanak ,
disamping memulia dan mengagongkannya.
Ini boleh mendorongnya tidak melaukan keburukan dan dosa.
Hak kelima:
Memilih penyusu, kalau diperlukan dari kalangan wanita yang
baik dan kuat kerana dikatakan
“penyusuan mengubah perangai “.
Hak Keenam:
Memantapkan tubuh badannya
dengan mengajar kanak-kanak
memanah, berenang dan menunggang kuda dan mungkin juga menaiki basikal
sebagai menggantikan tempatnya. Dalam banyak soal terdapat hadith-hadith
Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Cara ini telah digunakan oleh kebanyakan sekolah di Barat pada masa kini
Hak Ketujuh:-
Memberikan didikan akhlak dan membekalkannya dengan adat kebiasaan yang baik.
Sabda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:-
“Tidak ada pemberian
yang lebih baik yang diberikan ayah kepada anaknya dari akhlak yang
baik”.
Maksudnya pemberian untuk agama dan dunianya lebih baik dari
akhlak.
Rasulullah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam bersabda “Memberi didikan akhlak kepada anak kamu itu lebih dari bersedekah
secupak padanya”.
Begitu juga sabda Rasulullah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Dampingi anak-anak
kamu dan perelokkan akhlak mereka”
Hak kelapan :
Memeperlakukannya denagnbaik dan tidak membebankan sesuatu
yang tidak tertanggung olehnya sehingga
ia tidak terpaksa menderhaka. Anjuran ini selaras dengan hadith Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Allah memberi rahmat kepada ayah yang menolong anaknya atas
kebaikannya”.
Hak kesembilan :
Berlaku adil dengan anak-anak dalam penghormatan serta pemberian . Sikap membeza-bezakan akan
menimbulkan hasad dengki. Dalam kisah nabi Yusuf ada pengajaran yang boleh diambil.
Sabda Rasulullah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Berlaku adillah diantara anak-anak kamu “
Hak kesepuluh :
Melatih anak-anak sejak dari kecil dengankebersihan,
kesihatan tubuh badan dan jiwa dengan
mengambil wudhuk dan bersembahyang
supaya menjadi kebiasaan pada mereka yang boleh mengelakkan mereka dari
penyakit jasmani dan penyakit jiwa.
Sabda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
Ajar anak kamu bersembanhyang ketika berusia tujuh tahun dan
pukul-pukulkan mereka ketika berumur sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur
mereka”.
Memisahkan temapat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan ) boleh
meredakan ketegangan perasaan dan kekuatan seks
mereka itu adalah baik untuk kesihatan.
Hak kesebelas:
Berbelnja dengan murah hati keatas mereka kerana sifat
bakhil mempuyai banyak keburukan. Berbelanja secara sederhana adalah paling
baik.
Sabda Rasulullah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
‘ Sebaik-baik dinar yang dibelanjakan ialah yang
dibelanjakan untuk anak-anaknya dan yang dibelanjakan untuk kudanya kerana
jalan Allah (peralatan perang) dan
dibelanjakan untuk rakan-rakan nya dijalan Allah.”
“Dimulakan dengan anak-anak. Tidak ada yang lebih besar
pahalanya dari orang yang membelanjakan
terhadap anak-anak yang masih kecil yang dimanafaatkan oleh Allah serta
memperkayakan mereka.”
Dalam hadith lain ada disebutkan
“ Bahawa dinar yang terlebih baik ialah yang dibelanjakan
untuk anak-anak.”
Hak keduabelas:
Memilih guru-gurunya dari kalangan orang yang baik dan
berkemampuan, kerana pengaruh mereka yang besar terhadap murid-murid. Demikian
juga memilih teman-temannya. Perkara ini nampaknya sudah tidak diambil berat oleh kebanyakan
ibubapa dan kelak mereka menjadi mangsa terhadap kecuaian ini.
Sabda Rasulullah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“ Seseorang itu mengikut agama temannya, hendaklah seorang
kamu memerhatikan siapa yang menjadi temannya”.
Sabda Rasulullah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“ Seseorang itu dengan orang yang dicintai nya” (ertinya
dikumpulkan bersamanya dihari kiamat).
Hak ketiga belas :
Percayakan kanak-kanak serta menghormatinya, Semua ini
penting untuknya dan merupakan salah satu haknya supaya ia membesar dengan
berdiri diatas kaki sendiri, yakin dengan kejayaannya (yang boleh dimanafaatkan
oleh bangsanya) . Celaan serta menghina keperibadian kanak-kanak akan
meninggalkan kesan yang paling buruk terhadap mereka.
Terdapat sebuah hadith ungkapan:
“Hormatilah orang yang mengajar kamu dan orang yang kamu
ajar”.
Dalam firman Allah melalui perantaraan Nabi Ibrahim semasa beliau berkata-kata dengan anaknya:
“Wahai anakku , aku melihat dalam yang aku menyembelih kamu,
fikirlah apa pandangan kamu?’
Kata-kata diatas merupakan bukti yang paling nayata terhadap
hujah saya . Selain dari itu ayat ini merangkumi himpunanbudi pekerti , galakan supaya
anak-anak taat serta menggesa setiap bapa untuk mendapatkan ketaatan itu dengan lemahlembut serta kasih saying.
Sikap lembut dalam menuntut suruhan membawa pengertian patuh dan taat.
Hak Keempat Belas:
Menyediakan keperluan hidup seberapa yang mampu (denganharta yang halal) sehingga mereka
tidak menjadi beban orang lain.
Sabda Rasulullah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Kamu tingglkan keluarga kamu dengan kehidupan atau kebaikan
, itu lebih baik dari kamu meninggalkan mereka bergantung dan meminta-minta
pada orang lain.”
Hak kelima belas:-
Memeberi pelajaran yang benar kepada mereka lantaran
menuntut ilmu itu adalah fardhu. Ilmu yang paling baik ialah yang dapat memberi
faedah kepada kanak-kanak tentang kebaikan
dan mengelakkannya dari keburukan. Saya mengingatkan setiap ibubapa
supaya tidak memasukkan anak-anak mereka kesekolah yang boleh mencemarkan agama
mereka dengan sebab dakyah yang mneyesatkan . Siapa yang meredhai anaknya
menjadi kafir , maka ia adalah kafir.
Hak keenam Belas:-
Memeberi perhatian ke[ada kesihatan anak-anak serta merawat
mereka , kerana terdapat ramai orang yang memberi perhatian kepada binatang
peliharaannya lebih besar dari perhatian yang diberikan kepada anak-anaknya sendiri. Dengan itu
mereka mendedahkan anak-anak dan bangsa mereka kepada keburukan yang paling bahaya.
Sabda Rasulullah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Sesungguhnya badan kamu mempunyai hak keatas kamu”.
Hak Ketujuh Belas :
Bergembira mendapat anak perempuan. Janagn bersedih dengan
kelahirannya kerana anak perempuan sam juga dengan anak lelaki. Dia mempunyai
peranan dalam masyarakat dan kehidupan ini
tidak akan kekal tanpanya. Oleh itu mereka patut disambut dengan baik
dan kita memuliakan ibunya sepertimana
kita lakukan apabila anak lelaki dilahirkan.
Sabda Rasulullah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
Sesiapa yang diuji sesuatu adri anak perempuan dan ia
berbuat baik dengan mereka, maka mereka akan menjadi pelindungnya dari neraka.”
Agama islam telah mengecam tradisi yang buruk mengenai
perlakuan siayah ketika meneriam kelahiran anak perempuan.
Firman Allah Subha nahu Wa Ta’ala:
Apabila seorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran
anak perempuan ,merah padamlah mukanya dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan
dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan padanya,.
Apakah dia kan memeliharanya dengan hina
atau menghumbankannya dalam kubur hidup-hidup. Alangkah buruknya apa yang
mereka tetapkan itu.”
Hak Kelapan Belas:-
Membenarkan naka-anak bermain dan mewujudkan tempat-tempat yang sesuai untuk itu, kerana
permainan dapat menegembirakan hati mereka, membuka fikiran serta menguatkan
otak mereka. Rasulullah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam bermain-main dengan cucunya. Terdapat hadith yang
menyebutkan:-
“ Di syurga ada sebuah rumah yang tidak boleh dikunjungi
kecuali oleh orang yang menggembirakan kanak-kanak, iaitu dikenali dengan
“wisma gembira” (Dari hadith ini dapat kita mengambil banyak saranan tentang hak kanak-kanak.
Hak kesembilan Belas:
Menguatkan iman dijiwa kanak-kanak . Tidak ada motif yang
lebih kuat daripadanya yang mendorong kanak-kanak melakukan kebaikan dan
menjauhi keburukan serta menuju kepada contoh utama dengan tabah dan berani serta mengenepikan
perasaan mementingkan diri sendiri serta
pertrlingkahan.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
“Ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya (ketika dia memberi nasihat kepada mereka)
“Wahai anakku? Janganlah kamu menyekutukan Allah, kerana menyekutukan Allah itu
suatu kezaliman yang besar.”
Alangkah ruginya mana-mana ibubapa dan pendidik yang
mengabaikan kewajipan ini dan mendedahkan generasi baru dan negara kepada
natijah dan bahaya yang paling buruk.
Hak Kedua Puluh :-
Mendidik anak bercakap benar sejak dari kecil kerana ia
adlah teras kebaikan . Setiap guru dan ibubapa menjadi contoh teladan kepada
nak-anak mereka.
Diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Umar katanya”-
Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
mengunjungi rumah kami sedang akau masih kecil. Aku keluar bermain . Maka kata
ibuku “Abdullah , mari kemari , aku akan beri sesuatu padamu”. Maka kata
Rasulullah saw: “Apa yang nak kamu beri padanya ?” Kata ibuku “Buah Tamar” Kata
Rasulullah : “Tetapi sekiranya kamu tidak memberikannya akan ditulis sebagai
suatu pendustaan keatas kamu.”
Kita perlu memberi perhatian kepada pendidikan yang murni
ini. Ibubapa yang menyangka mereka tidak dianggap berdosa bila berdusta dengan
anak-anak harus sedar mereka menjadi contoh teladan yang buruk kepada
anak-anak.
Hak kedua puluh satu.
Mengajar anak-anak apa yang berfaedah baginya dan tidak
membeban sesuatu yang tidak tertanggung
olehnya.
Terdapat keterangan hadith:-
“ Oh tuhan , aku berlindung dengan engkau dari ilmu yang tidak
bermanafaat.”
Ada dikatakan bahawa ada ilmu yang membawa kejahilan. Malah
ia suatu kejahilan.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala:-
“Allah tidak membebankan satu jiwa melainkan menurut
kemampuannya.”
Kalau kita amalkan suruhan ini sudah tentu kita memilih kurikulum
yang baik serta menyelamatkan murid-murid dari buku-buku yang tebal dan sukatan
yang berat tang membebankan tubuh badan dan aqal mereka, tetapi tidak
memberikan apa-apa fedah pun.
Demikian sebahagian dari hak anak-anak. Saya berharap agar
setiap ibubapa dapat memberi perhatian untuk menyediakan warganegara yang
berguna , kerana mengabaikannya akan membawa banyak keburukan, Sesungguhnya
anak adalah suatu amanah tertanggung keatas dua ibubapanya. Ia adalah kekayaan
paling bernilai. Malah merupakan harta yang paling tinggi didunia dan diakhirat
serta merupakan kesan yang abadi.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala:-
“Dan kami menghitung apa yang mereka lakukan dan kesan
mereka”.
Sabda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:-
Apabila mati anak Adam putuslah amalannya kecuali tiga
perkara: sedekah jariah. Ilmu yang dimanafaatkan dengannya dan anak yang soleh
yang berdoa untuknya.”
Sebelum mengakhiri perbincangan ini ingin saya timbulkan
kesalahan sebahagian besar ibubapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka se[perti yang disebutkan tadi terhadap
anak-anak dan ahli kelurga mereka dengan alas an mereka sibukdengan urusan
orang ramai dan urusan politik, sehingga mereka merosakkkan pendidikan
anak-anak serta mengeruhkan kehidupan
mereka , kehidupan rumah tangga serta
masyarakat. Sebenarnya manusia mempunyai banyak kewajipan yang tidak boleh
diabaikan sebahagian darinya dengan melebihkan yang lain.
Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri
menjalankan tugas menyampaikan risalah Islam, memimpin negara dan masyarakat
dan tidak pernah didapati baginda mengabaikan didikan keluarganya atau
mengabaikan hak sahabat-sahabat dan jran-jiran baginda. Datuk nenek kita dulu
pun memberikan perhatian yang berat didalam mendidik anak-anak. Justru itu
mereka Berjaya menrajui kepimpinan dan mereka mencapai kemenangan.
Dalam hubungan ini al
Rashid al Asfahani ada menyebutkan dalm bukunya “Muhadarat al Udaha” (Kualiah
para sastrawan ) bahawa Khalifah Al Mansur menghantar utusan bertanyakan
orang-orang Bani Umayyah yang ditahan
dalan tahanan. “Apa yang paling sukar sekali yang mereka rasakan semasa dalam
tahanan ini?’ Jawab mereka (yang penuh pengajaran dari jawabannya). “Yang
paling sukar sekali kami rasakan ialah kehilangan kesemapatan untuk mendidik
anak-anak kami”.
Alangkah jauh bezanya antara kita dengan Datuk nenek kita
yang agung itu?!!!!
No comments:
Post a Comment