Rasulullah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam:
“Aku diutuskan untuk
menyempurnakan budi pekerti (akhlak ) yang mulia”.
Budi pekerti
meninggalkan pengaruh yang besar dalam membimbing seseorang individu , sesebuah
kumpulan dan sesuatu bangsa. Kiya tidak dapat menggambarkan wujudnya satu
bangsa tanpa akhlak yang baik.
Madah penyair
menyebutkan :
“Tidak sempurna binaa
suatu kaum kiranya akhlaknya meruntuhkan asasnya.
Agak menghairankan
bahawa ramai ibubapa yang bertgantung kepada sekolah untuk membentuk budi
pekerti anak-anak mereka. Sebenarnya budi pekerti tidak ada temapt yang
praktikal disekolah.Kalau ada hanay diajar mata pelajaran moral secara teori
seperti mata pelajaran sejarah dan geografi. Pada peringkat awal disekolah
rendah pelajaran moral dimasukkan dibawah mata pelajaran “alam sekitar” yang
diajar kepada murid-murid sama seperti mata pelajaran lain.
Oleh kerana pentingnya
akhlak ini ia tidak dapat dipelajari melalui buku. Malah ia hanya boleh
dipelajari melalui dengan didikan , contoh teladan dan cara hidup yang baik.
Justru itu setiap ibubapa harus menumpukan perhatian dalam hal ini dan tidak hanya
bergantung kepada sekolah semata-mata. Pihak sekolah sudah cukup sibuk untuk menyediakan sejumalah besar
persediaan “silibus” dan catatan –catatan buku sebagai persediaan untuk
peperiksaan.
Kita harus sedar bahawa
mengabaikan akhlak akan mendedahkan Negara kepada bahaya dan musibah yang
besar.
Saya tidaklah maksudkan
akhlak yang mati dan kaku dimana banyak pihak yang tertarik kepadanya, tetapi
yang sya maksudkan ialah melatih anak-anak sejak dar kecil lagi untk berdiri
diatas kaki sendiri dan mendidik
kekuatan peribadi , berinisiatif, berani dalam kebenaran dan jujur bekerja.
Budi pekerti yang
paling penting yang saya lihat sudah hampir hilang dalam masyarakat kita ialah
sikap “tolong menolong” iaiatu perangai yang paling mulia yang amat diperlukan
. Setiap orang dalam Negara ini telah menjadi”bongkak”. Mereka tidak percaya
kepada orang lain lagidan tidak memahami orang lain kecuali dengan dirinya
sendiri. Sikap seperti ini kan menghancurkan kewujudan kita serta
mendedahkannya kepada kemusnahan.
Agama islam mula-mula
menyeru kita kepada sikap “tolong menolong” iaitu sikap yang membawa fedah
kepada masyarakat.
FirmanAllah Subhahahu
Wa Ta’Ala
“Dan tolong menolonglah
dalam kebaikan dan takwa”
Manakala sabda Rasulullah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“Sesungguhnya Allah
akan menolong hambaya selagi ia menolong saudaranya”
Kemerosotan sifat
tolong menolong dinegara kita adalah berpunca dari system pembelajaran
(sekolah) kerana ia tidak memberikan penekanan kepada pendidikan social.
Pengajaran didalamnya lebih bercorak individu sehingga mementingkan diri
sendiri, tidak memerlukan kerjasama, malah mungkin kerjasama dianggap pula
sebagai satu dosa. Ini berbeza dengan pendidikan Barat yang melatih generasi
baru untuk mengutamakan sifat tolong menolong dengan menubuhkan kumpulan
kerjasama dan membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
menjalankan rancangan atau melakukan pelajaran praktikal secara bersama. Orang –orang
dewasa digalakkan memberi perhatian kepada kanak-kanak serta menjaga mereka
dari segi makanan, pakaian dan permainan serta melatih mereka untuk
mengutamakan kepentingan orang lain , saudara-saudar dan teman-teman mereka.
No comments:
Post a Comment