Wednesday, November 18, 2015

PERPUSTAKAAN DIRUMAH.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



Ilmu pengetahuan adalah perhiasan yang paling cantik. Jika dibandingkan dengan semua perhiasan alain ianya tidak sama nilai dan faedahnya dari ilmu pengetahuan, Hakikat ini telah disedari oleh datuk nenek kita dahulu. Mereka mewujudkan perpustakaan dirumahyang kesannya masih terdapat disebahagian besar rumah kita.

Ibubapa dan datuk nenek kita dahulu berlumba-lumba untuk memiliki buku dan membacanya bersama-sama ahli keluarga diwaktu malam dan diwaktu-waktu lapang mereka. Malah mereka menguntukkan sebahagian dari waktu mereka untuk menuntut ilmu pengetahuan dibawah para guru yang soleh.Mereka tidak berpada dengan belajar disekolah-sekolah sahaja.

Namun demikian semua itu sudah berlalu dan kini ianya diganti dengan perhiasan barang kaca dan barang-barang dari gading. Perpustakaan yang lama diabaikan,Buku-buku lama itu dijadikan pengipas dan dijual sebagai kertas buruk. Wang yang didapati itu pula tidak seberapa sangat dibuat beli gula-gula. Penulis sendiri merupakan salah seorang yang pernah memusnahkan perpustakaan oarng tua semasa kecil, yang menjual buku-bukunya dengan harga yang murah dan wangnya digunakan untuk membeli basikal.

Pengetahuan yang benar adalah suatu yang mustahak dirumah , yang boleh meningkatkan fikiran anggotanya serta menambahkan hasil mereka dan menjadi keseronokan  yang melazatkan  dan berfaedah di waktu lapang.


Pengetahuan di sekolah adalah  pengajian untuk mendapat sijil semata-mata, yang tidak ada kaitannya dengan bakat dan penerimaan. Justru itu ia harus diperlengkapkan dengan pengetahuan dirumah dengan menggalakkan anak-anak  untuk membaca buku-buku dan cerita-cerita bimbingan dalam waktu lapang mereka.


No comments: