Pada suatu hari dalam
perjalanan sya kesekolah , saya telah ditemui oleh salah seorang ayah yang
mempunyai dua orang anak yang sedang belajar dengan saya. Katanya “ana say si
polan itu menunaikan sembahyang dengan teratur, tetapi sipolan yang satu lagi
itu agak liat sedikit. Saya harap cikgu dapat merubah perangainya supaya ia
menunaikan sembahyang”. Saya lalu mengucapkan terima kasih kepadanya keana
mengambil berat tentang ibadah anaknya, berbeza dengan kebanyakan ibubapa yang
menjadikan agama soal pinggiran dalam hidup. Justru itu anak-anak mereka
menjadi liar dan merosakkan diri mereka sendiri, ibubapa dan juga Negara.
Sebelum berpisah saya
bertanya padanya (sebenarnya saya kenal baik dengannya) “Awak sendiri
sembahyang tak?”
Sambil tersenyum dia
menjawab”Saya tak mahu berbohong dengan cikgu . Sekarang musin sejuk, saya
berazam akan menunaikan sembahyang bersungguh-sungguh selepas berakhir musim
sejuk ini”.
Saya terpegun denbgan
jawapannya yang berterus terang . Saya berkata padanya “bagaimana awak nak
menyuruh anak awak sembahyang sedangkan awak sendiri tidak menunaikannya”.
Orang itu diam , kemudian bersuara “Memamng benar cakap cikgu “ (semoga Allah
mengamounkan kita).
Saya menyambung
percakapan sambil berkata “Kalau awak takut dengan sejuk yang tak seberapa ini
bagaimana nak diharapkan awak menghadapai musuh kelak, kiranya mereka menyerang
dimusin sejuk? Apakah awak mahu kita
meminta tempoh dari mereka jangan menyerang sehingga berakhir musim sejuk?”
“Agama islam- kalau
awak sedar – merupakan latihan ketenteraan yang tidak ada tolok bandingnya .
Dalam mengambil air sembahyang ia melatihkan kebersihan dan ketahanan menanggung kesejukan. Sembahyang
pula melatih kita akan riadhah yang paling tinggi . Puasa melatih kemampuan
kita menaggung lapar dan dahaga. Ibadah haji melatih kita membuat lawatan
sambil belajar ketempat yang jauh yang tidak terdapat kemewahan hidup. Semua
disana adalah secukupnya sahaja”.
“Pada saya siapa yang
cuba melarikan diri dari menuaniakan ibadah ini samalah seperti orang yang lari
dari medan latihan ketenteraan yang boleh mengancam dirinya dan Negara dari
serangan musuh”
Seorang rakan saya
menceritakan pada saya bahawa seorang rakannya telah melawat salah sebuah
Negara Eropah. Pada suatu malam dalam musin sejuk dia dapati dibiliknya tidak
ada air untuk diambil air sembahyang. Dia keluar ke Tasik berhampiran untuk
mengambil air sembahyang. Dia mendapati air tasik itusudah membeku menjadi ais.
Lalu diambilnya seketul batu untuk memecahkan ais itu. Perbuatannya telah
mengejutkan seorang jirannya lalau menuju ketempat itu untuk menyiasat bunyi
ketukan itu. Didapatinya orang itu sedang memecahkan sebuah lubang didalam
atasik yang beku itu untuk mengambil air sembahyang. Jiran itu terkejut melihat
kejadian itu. Apabila ia mendapat tahu orang itu seorang islam. Maka
keesokannya dia menyiarkan cerita itu dalam akhbar dengan ulasan, kalau
orang-orang islam mempunyai pendidikan yang tegas seperti ini, orang-orang
Barat patut bimbang akan keselamatan Negara Barat sendiri.
Untuk meninggalkan
kesan diatas sesuatu nasihat itu ia tidak sepatutnya denagnpercakapan sahaja,
tetapi mestilah dengan contoh teladan. Ibubapa biasanya lupa akan aspek
ini.Mereka sekadar memberi nasihat dan pengajaran tanpa contoh teladan.
Firman Allah Subhanahu
Wa Ta’ala
“Wahai orang-orang yang
beriman !kenapa kamu berkata apa yang kamu tidak lakukan, amat besar dosanya
disisi Allah , kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan.”
No comments:
Post a Comment