Saturday, September 5, 2015

Mak orang lama

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




Mak ni orang lama - macam kat atas tu - mak percaya pada baik pekerti, pandai hormat orang tua
dan bantu orang takat kita mampu.
Oleh kerana itu , maaflah bila mak tak dapat terima bakal menantu walau pun cantik melecun , lembut bagai bayu kerana mak nampak dia tak ada perkara kat atas tu. Mak tak heran dengan pangkat dan rupa . Sebab pangkat dia bukan mak nak guna mintak kerja pun!. Cantik dia bukan mak nak letak dalam lemari buat perhiasan pun.

Mak nak menantu yang boleh jadi ahli keluarga, hormat kita sebagai ibubapa. Kita boleh tumpang bila kita tua. Bukan tumpang harta sebab kita pun dah ada untuk sekadar makan sesuap dua diusia tua. Tetapi tumpang kasih sayang anak menantu dan cucu.

Ini kan masih diluar pagar dah tunjuk tak berapa masuk ajar , kita pun tak berapa nak gemar lah!
Mintak maaf lah kerana buat kamu patah hati. Tetapi mak selalu berdoa semoga kamu dapat yang beratus kali lebih baik dari dia.

Kata orang doa mak makbul. Jadi kamu sabarlah yer.....
Kamu sabar dan solat juga .....

No comments: