Sunday, February 3, 2013

Kenali Superhero 1: As-Syahid Ir. Yahya Ayyash (1966-1996)

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد


 

 Yahya Ayyash adalah individu utama disebalik operasi-operasi syahid untuk mengajar regim Israel atas serangan tidak berperikemanusiaan mereka keatas orang awam Palestin. Apabila Baruch Goldstein membunuh lebih dari 30 orang Palestin ketika mereka sedang khusyuk bersolat di Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil, Hamas berazam untuk membalasnya ke atas pihak zionis.
 Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam ke atas jemaah yang sedang solat tersebut, beberapa serangan dilakukan keatas pihak-pihak zionis. Pihak kerajaan Zionis kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan balas, dalam sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu di tangga teratas most-wanted list rejim Zionis. Hidup dalam buruan menyebabkan Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun.
 Dalam tempoh persembunyiannya, beliau telah menyamar sebagai seorang Rabi Yahudi, dan penyamarannya ternyata berkesan kerana rejim Zionist gagal mengesan beliau sehinggalah maklumat datang dari pihak Islam sendiri. Disebabkan keazamannya menentang rejim Zionis, mereka telah memberikannya gelaran “The Engineer” .
 Beliau bukanlah seorang yg pengecut kerana bersembunyi dari pihak Zionis tetapi tempoh persembunyiaannya itu digunakan sebaik mungkin untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom dgn menggunakan bahan-bahan asas yg boleh ditemui di bumi Palestin. Pada Jumaat, 5 Februari 1996, Syahidnya Yahya Ayyash adalah dengan strategi pihak Zionis yg bekerjasama dengan rakannya yang meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya.
 Dengan kematian Ayyash, rejim zionis menyangka bahawa tiada lagi penentangan terhadap rancangan jahat mereka, tetapi ternyata mereka adalah bangsa yg bodoh dan pengecut, dengan syahidnya Ayyash, beribu-ribu Ayyash lain muncul untuk menyekat kemaraan mereka. Pemergian Ayyash yang dianggap akan melemahkan perjuangan rakyat Palestin ternyata meleset kerana kematian Ayyash menguatkan lagi semangat jihad mereka.
 Ternyata Kekuatan kita bukanlah bergantung kepada ketua kita tetapi berasaskan kekuatan iman dan ketaqwaan kita. Ayuh pemuda-pemuda di luar sana! Ayuh sama-sama menilai diri kita! Adakah kita mempunyai iman sekuat mereka untuk membela dan mengembalikan kegemilangan Islam? Ayuh mulakan perubahan! Mulakan perubahan dalam diri kita bermula saat ini! "Hidupkan islam dalam diri kamu dahulu"

  sumber

No comments: