Dibawah ini adalah kereta pandu uji, sapa-sapa pun boleh bawak, boleh pergi kedai kereta cakap
saja nak uji pandu terus boleh bawak kereta......tanpa komintment untuk membeli.....kereta akan
di pandu ikut suka hati pemandu sebab dia tak akan bertanggungjawab atas kerosakan kereta.
Tetapi bila dia memang betul-betul nak beli kereta, dia tak akan beli yang test drive tadi tentunya dia beli yang masih berbungkus diruang pameran.Yang dia boleh bawak keluar selepas dia membayar harga kereta tersebut.Selepas membeli kereta baru tentulah dijaga tak boleh bawak laju dulu takut enjin rosak dan sebagainya. Maknanya pemunya bertanggung jawab sepenuhnya.
Begitu juga dengan kamu anak gadisku, kamu berkenalan dengan jejaka diFB, di kolej, dimana-mana
sajalah. Dia memberi kamu janji , dia memberi kamu kata-kata cinta , dia bawak kamu berjalan-jalan
dan belanja kamu macam-macam dan kadang-kadang kamu memberikan dia sesuatu yang tidak halal
baginya dan bagi kamu.Tiada komitment hanya janji kosong .Dia merosakkan kamu dan meninggalkan
kamu tanpa rasa tanggungjawab sebab kamu hanyalah seumpama kereta test drive tadi.
Tengok pula yang serius nak jadikan kamu suri hidup dia. Dia akan jumpa ibubapa kamu
dengan penuh rasa tanggungjawab, dia tidak akan melakukan perkara -perkara sebelum masanya
kerana dia tahu kamu berharga dan dia bertanggungjawab keatas kamu sehingga kamu menjadi miliknya
yang sah disisi Allah swt.
Kamu cuba lihat apa akhirnya terjadi kepada kereta test drive- ia akan dijual pada harga yang murah
kerana ia barang terpakai. Begitu juga kamu .....
Oleh itu ambillah iktibar ini .... jangan jadi kereta test drive.
3 comments:
Assalamu'alaikum,ibu..
Alhamdulillah,pengisian yg cukup brmnfaat n sgt penting terutama bagi imra'ah yg sedang berusaha ke mnjadikn diri solehah dan muslehah.Barakallahu fik.
Moga Allah menjauhkn kita drpd mnjadi slh satu antara fitnah dunia yg Rasulullah lihat azab2nya sewaktu isra' mi'raj.Na'uzubillahi min dzalik.
waalaikumussalam. Terima kasih atas kunjungan dan tinggalan jejak.Semoga Allah merahmati kita semua.
Post a Comment