Tuesday, May 15, 2012

Reformasi aqidah satu keperluan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Kita boleh sebut Allah sebagai penguasa, sebagai pemilik tetapi jika dilihat dari segi
ketundukan kita masih jauh.
Islam melihat , kalau nak ubah ummah ,kena ada transformasi aqidah.
Transformasi /reformasi aqidah ini ialah untuk elakkan kita terbius dengan kata-kata atau tindakan reformasi/transformasi terhadap ummah.Reformasi yang ada hanyalah reformasi dari tidak menyokong kepada menyokong. setakat itu saja.
Kita kena jelas umat islam tidak akan lahir tanpa ada ubuddiyah kepada Allah swt.
Kita kena berbalik kepada ubuddiyah kepada Allah swt.
Ubbuddiyah bukan setakat sebut dan yakin sahaja tetapi termasuk iktiqad, ibadah,undang-undang kehidupan. sistem kehidupan kerana islam adalah cara hidup.
Islam bukan setakat slogan dan filosofi-tetapi ia kena lahir dalam tindakan.
 Iman- ada dalam hati,ada dalam fikiran dan lahir dalam tindakan.
Semua perlakuan , fikiran dan tindakan kita kena ada undang-undang,nak berhibur ada undang-undang dia, nak makan ada undang-undang dia.
Bila iman jelas tak akan ada masaalah. Nak dapat iman yang jelas kena lalui proses imaniah- dengan ini iman akan dapat mengawal amalan setiap individu, masyarakat dan negara.Kalau setakat penguatkuasaan undang-undang semata ia tak akan kemana.
contoh :
Suatu waktu kerajaan Amerika menghabiskan billion juta dollar untuk mengharamkan arak, tetapi gagal dan akhirnya dihalalkan semula hingga hari ini.
Sahabat awal hanya dengan turun sepotong ayat quran melarang meminum arak, mereka sendiri yang memecahkan tempayan-tempayan arak mereka.
Bila tarbiah iman berjalan barulah lahir umat islam.  Masyarakat umum perlu difahamkan untuk mengambil islam dalam bentuk sistem kerana yang tak islam yang ada pun dalam bentuk sistem.
Kata Almarhum Syed Qutb. kita tak boleh ambil islam dam bentuk keping-keping,ambik yang kita suka (sesuai dengan nafsu dan selera kita) dan tinggalkan yang kita tak suka kerana hanya hati yang bersih yang dipenuhi iman saja yang dapat bangunkan ummah. Kita nak kena yakin bahawa dengan penekanan kepada proses tarbiah sahaja lah yang akan melahirkan sistem hidup yang syumul.

No comments: