Saturday, February 26, 2011

“Marilah kita duduk beriman sekejap”.



Dari Abdullah bin rawahah
“Marilah kita duduk beriman sekejap”.
Sahabat-sahabat awal rasa perlu ada suasana peringatan kerana Allah telah sediakan 2 sifat iaitu
     1. Fujur
     2.  Taqwa.
Kita perlukan satu suasana yang baik (biah solehah) untuk beri peringatan kepada kita bahawa hidup kita didunia ini adalah sementara.
Dunia ini adalah medan untuk beramal. Akhirat adalah hari kisas dan pembalasan.
Mudah-mudahan hidup yang Allah bagi kita ini bermanafaat untuk kita kembali kepada Allah swt.
Sabda Rasul saw – 3 hal yang akan datangkan keselamatan.
1.      1. Takut kepada Allah taala dalam kesunyian dan keramaian (sendiri atau ramai-ramai).
2.      2. Berlaku adil dalam keadaan redho dan benci.
3.      3. Berhemat dalam keadaan miskin dan kaya.
Penjelasan hadis.
Kehidupan ini adalah ujian Allah swt untuk tahu siapa yang boleh buat kebaikan.Kita tiada pilihan. Kita kena tempoh ujian Allah itu.Ujian-ujian ini akan selamatkan kita diakhirat kelak.
Bagi orang yang gagal dalam tempoh ujian ini, dia akan jadi hina didunia dan celaka diakhirat.
3 kunci keselamatan dalam menempoh ujian ini ialah 3 perkara yang disebutkan diatas.
Hidup ini ujian dan cubaan. Tanpa diuji tak akan nampak keaslian.
Contoh-contoh ujian:-
1.       Ayah dan mak diuji dengan kerenah anak-anak.
2.       Orang kaya diuji dengan sifat cinta dunia dan sifat kikir.
3.       Seorang guru diuji dengan perangai anak muridnya.
Tatapi ingatlah bahawa, dengan ujian itu sebenarnya Allah nak tingkatkan iman kita.Sebab
Allah dah sebut dalam Quran.
  
Bagi orang yang beriman semua ujian adalah kafarah dari Allah swt. Ini adalah salah satu cara untuk Allah hapuskan dosa-dosa kita.Ujian itu merupakan satu sunnah Allah (sunnatullah).

Wallahuallam.

No comments: