Assalamualaikum.
Yang buta bukan mata, tetapi hati yang ada didalam dada.
Peritiwa penting sebelum israk:
1.Ada pemulauan terhadap Bani Hashim dan Bani Ab. Mutalib selama tiga tahun.(tidak dibenarkan berdagang dsbnya).
2. Ditaif pula Rasulullah saw dilempar batu hingga berdarah oleh penduduk taif. Allah hantar malaikat jaga bukit untuk tanya Rasulullah saw hendak hempas bukit kepada penduduk Taif, tetapi sabda Rasulullah saw
" aku berharap ada zuriat mereka yang akan beriman"-dan doa dan harapan rasulullah saw ini benar-benar berlaku kerana semasa berlaku kemurtadan ,penduduk Taif tetap beriman.
Semasa israk dan mikraj inilah solat difardukan 5 waktu sehari semalam yang mana asalnya 50 waktu.
Solat itu adalah agenda hidup orang-orang beriman. Aktiviti hidup yang sentiasa ada didepan dia.
Solat disini ialah solat yang berfungsi, bukan solat tradisi. Solat yang ada peranan.
Peranan solat ialah mencegah fasad dan mungkar. Solat adalah ibadah tulin yang tak boleh dipinda.
Solat ini satu disiplin, Orang yang tak ada disiplin diri dia tidak boleh jadi pemimpin.
Orang cerdik-dia kawal nafsu dan ingat mati.
Orang bodoh-harap redho allahtapi tak buat apa-apa.
Wallahuallam
No comments:
Post a Comment