Saturday, August 28, 2010

Menggunakan syahwat pada tempatnya.


Bismillah dan salam sejahtera.
Allah bagi lisan , ajaklah kepada yang makruf. Wujudkan suasana kebaikan seperti saranan dibawah:-

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)


Dalam ertikata lain dari cakap merapu tak tentu hala yang menambahkan dosa lebih baiklah diam.


Allah bagi Syahwat pandangan-bagaimana nak manafaatkannya?
Gunakan mata untuk baca Al quran atau bacaan-bacaan yang bermanafaat. Memandang apa-apa
saja yang Allah halalkan.Sekarang ni, zaman cabaran maklumat dihujung jari. Klik saja.......
Jangan melihat benda yang haram dipandang. Pandangan pertama adalah pandangan iblis. Pandangan pertama jangan disusuli dengan pandangan kedua, kerana pandangan kedua adalah diharamkan.
Penuhilah syahwat pendengaran dengan mendengar ayat -ayat al Quran dan informasi yang bermanafaat.
Hendaklah kita rimas dalam suasana yang mencemarkan islam.

Keinginan manusia :-
   Syahwat harta dunia-cari dengan cara yang halal.-merasakan harta ada ditangan tidak disimpan didalam hati

Bertindaklah dengan bijak dalam mencari dunia. sebab setiap orang akan dimudahkan untuk dunia yang disediakan untuknya.
Bersenang-senanglah dengan harta dunia yang halal dan dengan cara yang halal juga. Jauhi serakah (tamak).
-Bersifat Qanaah dengan dunia-merasa cukup dengan apa yang ada.
Sungguh beruntung seorang islam - dia berasa cukup dengan apa yang Allah beri kepada dia.

Syahwat kekuasaan.
Macam mana nak kawal. tidak berebut untuk memilikinya, merasai kuasa itu suatu amanah, kena tunaikan haq kepada ahli.Contoh- rumahtangga- isteri adalah amanah kepada suami , oleh itu suami kena tunaikan haq
pada amanah itu iaitu



Syahwat nafsu.
Di anjurkan bernikah . Jika tidak mampu dianjurkan berpuasa.

Wallahuallam.

No comments: