Tuesday, February 21, 2012

Keberkatan umur

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Subhanallah.Dari penyampaian yang agak panjang ini saja yang ibu dapat catitkan
semoga dapat difikirkan bersama:-

Sahabat rasulullah saw bernama Saad bin Muaz - masuk islam semasa berumur 31 tahun.
Meninggal pada umur 37 tahun. Tetapi pada hari kematian saad bergegar arasy-
malaikat berebut untuk menghantar mayat muaz- ini adalah kerana pengisian umur nya
dalam ketaatan.


Bab Sebahagian Dari Kelebihan Saad Bin Muaz r.a (sumber my masjid)

  1. Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: 
    Rasulullah s.a.w bersabda ketika jenazah Saad bin Muaz masih berada di sisi mereka: 
    Arasy Tuhan Yang Maha Pengasih tergoncang kerananya.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4511 
  2. Hadis Al-Bara' r.a katanya: 
    Rasulullah s.a.w diberi hadiah pakaian sutera. Para sahabat memegangnya 
    dan mereka merasa kagum akan kehalusannya. Baginda s.a.w bersabda:
     Adakah kamu merasa hairan akan kehalusan pakaian sutera ini? 
    Sesungguhnya sapu tangan Saad bin Muaz di dalam Syurga lebih baik
     dan lebih halus dari sutera ini.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4514 
  3. Hadis Anas bin Malik r.a katanya: 
    Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah diberi hadiah sepasang jubah yang 
    diperbuat dari kain sutera tipis. Sedangkan baginda melarang orang ramai
     dari memakai sutera. Para sahabat merasa hairan. Baginda s.a.w bersabda: 
    Demi zat Muhammad yang berada dalam kekuasaan-Nya. 
    Sesungguhnya sapu tangan Saad bin Muaz di Syurga adalah lebih baik dari jubah ini.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4515 


Kita bagaimana? apa yang kita isikan dalam umur kita yang entah bila akan berakhir.
Sama-sama muhasabah.

No comments: