Sunday, October 24, 2010

Malu



Daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Keimanan itu ada tujuh puluh lebih atau keimanan itu cabangnya ada enam puluh lebih.Seutama-utamanya ialah ucapan La ilaha illallah dan serendah-rendahnya ialah
menyingkirkan apa-apa yang berbahaya dari jalanan.
 Sifat malu adalah suatu cabang dari keimanan itu."
(Muttafaq 'alaih)

Hadith : Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Nabi saw bersabda,
 "Iman itu ada enam puluh lebih cabangnya dan malu adalah salah satu cabang iman."[10][ Shahih Bukhari ]

Bismillahirrahmanirrahim.

Malu adalah salah satu dari cabang iman. Tetapi kehidupan kita semakin tidak malu.
1.Dari segi bahasa -malu ini adalah perasaan dukacita yang berlaku pada 
jiwa kerana takut dicela.
2.Dari segi istilah -Malu adalah akhlak yang sesuai dengan sunnah dan
terlaksana perintah Allah.
Daripada Abu Mas’oud, ‘Uqbah bin ‘Amru al-Ansori al-Badriy radhiaLLahu ‘anhu, beliau berkata:  “RasuluLLah sollaLLahu ‘alayhi wasallam bersabda: ‘Sesunggunya di antara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwwah yang pertama ialah: Apabila kamu tidak malu maka lakukan apa yang kamu suka.’ “ [Riwayat Bukhari Kitab Adab #5769, Hadith 21 dalam 40 Hadith an-Nawawi]
Apabila kamu tidak malu maka lakukan apa yang kamu suka”
Allah bekalkan sifat malu supaya  manusia tidak ada sifat kebinatangan dalam diri.
Kita manusia dibuat dari tanah yang hitam legam (tanah chor kata orang trg).
Manusia tak akan pamerkan aurat dia kecuali fitrah dia telah rosak.
Bila hilang malu ,dia akan hilang fitrah dia. Tak tutup aurat maknanya dia dah tanggalkan pakaian takwa daripada jiwa dan hatinya. Dia lepaskan fitrah bersih dan mencampurkan dengan fitrah kebinatangan dalam diri dia.
Kita kena jaga supaya sifat malu ini sentiasa subur dalam jiwa kita.
Jenis-jenis malu.
1. malu kepada Allah- nak buat apa2 kena ingat kita hamba Allah yang tak punya apa-apa.
Malulah yang akan bawa ketaatan kepada Allah dan cegah maksiat.
2. Malu kepada manusia- malu kepada ibubapa, guru, rakan sebaya
ibubapa malu kepada anak-anak. Contohnya :- Ibubapa berasa malu kepada anak sekiranya 
setiap solat subuh , anak yang kejutkan ibubapa. Begitu juga sebaliknya.
3. Malu kepada diri sendiri.
Ini adalah kerana Allah ciptakan kita sebagai sebaik-baik kejadian. mempunyai jiwa yang mulia , fitrah yang bersih. Oleh itu kita patut merasa malu untuk merosakkan diri kita sendiri.
Keutamaan sifat malu.
1. Allah yang ciptakan sifat malu- Allah sangat pemalu dan dia mencintai sifat malu.
-Asma ulhusna Al hayiy- yang maha memiliki sifat malu.
2. Malu adalah sifat islam. kalau tak malu terhakis sifat islam.
3. Malu sebagai perasaan.- Orang yang kawal diri dari benda-benda negatif  dalam tindakan.
4. Malu sebagai harga diri. 5. Malu sebagai pembatas masyarakat.contoh malu nak amal islam timbul kesan  negatif dalam masyarakat.
Perkara-perkara yang dapat tingkatkan rasa malu.
1. Berlakunya murokobatillah- perasann pegawasan Allah dalam hidup. Berlakunya ehsan. Nak rasa lihat Allah , kalau tidak yakin Allah lihat kita tiap masa dan ketika.
2. Mensyukuri niqmat allah subhanahuwataala.
Wallahuallam.

No comments: