Tuesday, January 27, 2026

Bila Akan Datang Pertolongan Allah? By hafsah mardhiyyah

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

Bila Akan Datang Pertolongan Allah? 

Saya dulu pernah di fasa itu. 

Fasa tertunggu-tunggu datangnya pertolongan Allah.
Sampai kepada fasa mengamuk dan merajuk 😭😭

Saya rasa saya dah usaha macam-macam.
Dah ikhtiar sehabis daya. 

Dah buat segala amalan murah rezeki.
Dah doa.
Dah tahajud.
Dah sedekah. 

Apa lagi? Allah tak bagi pun apa yang saya nak. 

Betul ke Allah akan tolong saya?

.

Saya harap apabila saya berdoa dan buat segala amalan murah rezeki,

Allah akan bagi sebijik-sebijik apa yang saya minta.
Allah bagi terus segedebuk! 

Apa yang saya faham, pertolongan Allah tu mesti dapat sama dengan apa yang saya nak. 

Astaghfirullahalazim. 
Itu saya yang dulu.

Mengaku hamba, tapi memaksa-maksa Tuhan. 

Ada yang sedang rasa macam tu juga?

.

Allah turunkan satu ayat untuk kita. 

Ayat untuk membetulkan mindset kita. 
Guide cara kita berfikir, merasa dan bertindak. 

إِن يَنصُرۡكُمُ ٱللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمۡۖ وَإِن يَخۡذُلۡكُمۡ فَمَن ذَا ٱلَّذِي يَنصُرُكُم مِّنۢ بَعۡدِهِۦۗ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ 

- Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan
- maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; 
- dan jika Ia mengalahkan kamu, 
- maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? 
- Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.”

(Ali-Imran 3:160)

.

إِن يَنصُركُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ

Ayat ni tak sebut tentang kita kena jadi kuat.

Tapi Allah mulakan ayat dengan “Jika Allah menolong kamu…”

Saya ingat Ustazah sebut,

“Orang yang ada Allah dalam hatinya,
dia akan jadi manusia yang tidak akan terkalahkan”

Terkalahkan dalam erti kata:
- putus harapan
- berpaling daripada Allah
- rasa hidupnya sia-sia
- rasa Allah sudah tidak bersamanya

Selagi Allah bersama kita, jiwa kita tidak akan tumbang. 

Walaupun keadaan luaran nampak kalah.
Walaupun kita tak dapat seperti yang diinginkan. 

Pertolongan Allah yang paling besar apabila kita dapat BAIK SANGKA PADA DIA dalam apa saja situasi. Sehingga kita boleh berdamai dengan apa saja yang Allah takdirkan dalam hidup kita. 

.

Di situlah kita akan mula faham sesuatu yang sangat besar.

Rupanya pertolongan Allah bukan semestinya berbentuk “Allah beri apa yang aku minta”.

Tapi Allah ubah cara kita memandang apa yang kita dapat. 

Dulu saya sangka,
kalau Allah tolong, hidup mesti jadi mudah.
Kalau Allah tolong, pintu mesti terbuka luas.
Kalau Allah tolong, air mata mesti berhenti.

Rupanya tidak.

Ada masanya Allah menolong dengan menenangkan hati, bukan menukar keadaan.

Ada masanya Allah menolong dengan menguatkan iman, bukan mempercepatkan hasil.

Ada masanya Allah menolong dengan menjaga jiwa,
walaupun impian tidak jadi seperti yang dirancang.

Dan itu pun sebenarnya pertolongan.
.

مَتَىٰ نَصْرُ ٱللَّهِ

“Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”

(Al-Baqarah 2:214)

Rupanya soalan “bila datangnya pertolongan Allah?”
Juga ditanya para nabi dan orang beriman saat diuji dengan ujian yang dasyat dan menggoncang jiwa. 

Bezanya, mereka bertanya bukan kerana tidak percaya. Tapi bertanya untuk kuatkan keyakinan. 

Dan di hujung ayat itu Allah berkata,

أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ

“Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”

.

Selagi Allah bersama kita,
ujian tidak akan memadamkan iman.
luka tidak akan mematikan harapan,
dan kegagalan tidak akan meruntuhkan.

Dan itulah kemenangan
yang dunia tak boleh sentuh.

❤️❤️❤️

P/s: Dah tekan follow? Saya akan banyak berkongsi tentang gagal dan berjaya dari perspekstif Al-Quran dan pengalaman jatuh bangun sendiri. Selamat berkenalan semua.

#QalBuku
#BangkitDenganAlQuran

No comments: