Monday, February 2, 2026

Wanita Islam Bogel Dipertontonkan, Kanak-Kanak Dibaling Pisang: Selamat Datang Ke 'Zoo Manusia' Di Kota Paris"

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

"Wanita Islam Bogel Dipertontonkan, Kanak-Kanak Dibaling Pisang: Selamat Datang Ke 'Zoo Manusia' Di Kota Paris"by mazlan

Bila sebut Paris, apa yang kita bayangkan? Menara Eiffel. Fesyen jenama mahal. Bau minyak wangi. Kota cinta yang romantik? 

Kita selalu dimomokkan bahawa Eropah, terutamanya Perancis, adalah pusat ketamadunan dunia. Kononnya merekalah pejuang "Liberty, Equality, Fraternity" (Kebebasan, Persamaan, Persaudaraan).

Tapi, di sebalik lampu neon Kota Paris yang gemerlapan, tersembunyi satu sejarah hitam yang sangat menjijikkan.

Sejarah yang membuktikan betapa "binatangnya" perangai penjajah terhadap orang kulit berwarna.

Tuan-puan, mari kita undur masa ke tahun 1931. Tak lama sangat pun, belum sampai 100 tahun lagi. Masa tu, Perancis menganjurkan satu ekspo gergasi bernama Paris Colonial Exposition.

Tujuannya? Nak tunjuk hebatnya Empayar Perancis yang menjajah separuh dunia. Nak tunjuk pada rakyat Perancis betapa luasnya tanah jajahan mereka dari Afrika sampai ke Asia.

Tapi, pameran tu bukan setakat pamerkan bijih timah atau rempah ratus.

Mereka pamerkan MANUSIA.

Ya, mereka wujudkan "Zoo Manusia".

Mereka "mengimport" beribu-ribu orang asli dari tanah jajahan. Dari Senegal, dari Congo, dari Vietnam, dari Morocco, dan dari New Caledonia.

Orang-orang ni sebahagiannya ditipu. Mereka dijanjikan pekerjaan, dijanjikan peluang berlakon, atau dijanjikan lawatan diplomatik.

Tapi bila sampai di Paris, pasport mereka dirampas. Mereka disumbat ke dalam kandang yang dipanggil "Native Villages" (Kampung Orang Asli).

Kandang ini dipagar dengan besi. Di sekelilingnya ada parit, supaya penonton tak boleh masuk, dan "binatang" di dalam tak boleh keluar.

Apa yang berlaku dalam kandang tu sangatlah menghiris hati.

Wanita-wanita dari Afrika (ramai daripadanya beragama Islam seperti dari Senegal) dipaksa berpakaian separuh bogel atau topless, walaupun cuaca Paris masa tu sejuk mencengkam tulang.

Mereka disuruh menari tarian "gasar" berulang-ulang kali dari pagi sampai malam.

Kenapa? Sebab lelaki Perancis nak tengok tubuh badan wanita hitam. Mereka anggap itu eksotik. Mereka anggap itu hiburan.

Bagi wanita Islam dari Algeria atau Morocco pula, mereka dipaksa menjadi objek seksual. Mereka diletakkan dalam set "Harem" palsu.

Tudung mereka direntap. Mereka disuruh memakai pakaian menjolok mata dan berlakon jadi wanita gundik yang sedia melayan nafsu mata lelaki Eropah.

Maruah mereka dipijak-pijak. Bagi penjajah, wanita jajahan ni tak ada maruah. Mereka cuma objek pameran.

Di satu sudut lain, ada kandang untuk orang Kanak (dari New Caledonia). Mereka ni sebenarnya orang baik-baik. Tapi pihak pameran paksa mereka berlakon jadi "Kanibal" (pemakan manusia).

Mereka disuruh buat bunyi macam binatang, melompat-lompat, dan makan daging mentah depan penonton. Kalau mereka tak buat, mereka tak dapat makan. Mereka dipukul.

Dan penonton?

Dalam tempoh 6 bulan pameran itu berlangsung, direkodkan 33 JUTA pengunjung datang melawat.

Orang putih datang bawa keluarga. Bapa dukung anak, mak tolak stroller. Mereka berdiri di tepi pagar kandang sambil ketawa.

Ada yang bawa pisang. Ada yang bawa kacang. Ada yang bawa roti keras. Mereka baling makanan tu ke dalam kandang, macam kita baling makanan kat monyet di Zoo Negara.

Bila anak-anak kecil dalam kandang tu berebut nak ambil makanan sebab lapar, penonton Eropah tepuk tangan.

"Look mommy! The savages are eating!" (Tengok mak! Orang gasar tu tengah makan!).

Allahuakbar. Bayangkan perasaan "hamba-hamba" dalam kandang tu. Mereka manusia. Mereka ada hati dan perasaan. Tapi mereka diperlakukan lebih hina daripada anjing kurap.

Keadaan dalam "Zoo Manusia" ni sangat kotor. Sanitasi tak ada. Penyakit merebak dengan cepat. Ramai "bahan pameran" ini jatuh sakit.

Demam campak, batuk kering (TB), dan radang paru-paru membunuh ramai daripada mereka.

Bila mereka mati, adakah mayat mereka dihantar balik ke kampung halaman? Tidak. Mayat mereka ditanam di belakang kawasan pameran dalam kubur tak bertanda.

Atau lebih kejam, mayat mereka dihantar ke makmal perubatan untuk dibedah siasat, kononnya nak kaji "otak orang gasar".

Seolah-olah sampai dah mati pun mereka tak diiktiraf sebagai manusia.

Inilah mentaliti sebenar "White Supremacy" (Ketuanan Orang Putih). Mereka rasa diri mereka bangsa terpilih, bangsa bertamadun.

Manakala kita (orang Asia, Afrika, Islam) adalah bangsa kelas kedua yang perlu "dijinakkan".

Tuan-puan, kenapa saya cerita kisah ni?

Sebab saya nak kita faham, kenapa hari ini Perancis sangat benci dengan Islam. Kenapa mereka sibuk nak haramkan tudung, nak haramkan abaya, nak kawal imam-imam kita.

Sebab "DNA Penjajah" tu masih ada dalam darah mereka. Dulu, mereka bogelkan wanita kita dalam kandang zoo untuk puaskan nafsu "ketuanan" mereka.

Hari ini, mereka nak "bogelkan" wanita kita dengan undang-undang "sekularisme", kononnya untuk membebaskan wanita Islam.

Modus operandi berbeza, tapi niatnya sama: HINAAN.

Mereka tak boleh terima kalau orang "kulit berwarna" atau orang Islam ada identiti sendiri. Mereka nak kita tunduk, ikut acuan mereka, dan jadi pak turut.

Zoo Manusia di Paris mungkin dah ditutup secara fizikal. Kandang-kandang tu dah roboh. Tapi "Zoo Mentaliti" masih wujud dalam kepala otak pemimpin Barat.

Mereka masih pandang kita dengan ekor mata. Mereka masih anggap nyawa anak P, anak S**ia, anak Afrika tak sama nilainya dengan nyawa orang mata biru.

Janganlah kita terpedaya dengan slogan hak asasi mereka. Sejarah tak pernah menipu. Di sebalik kot suit dan tali leher jenama Paris, tersimpan sejarah tangan yang pernah membaling pisang kepada datuk nenek kita.

MasyaAllah. Moga kita sentiasa bermaruah dan tidak menjadi "bahan pameran" moden kepada musuh-musuh Islam.

MasyaAllah, sesungguhnya sejarah hitam ini menjadi bukti bahawa 'tamadun' tinggi yang dilaung-laungkan oleh Barat sebenarnya dibina di atas air mata, penghinaan, dan darah bangsa yang mereka anggap lemah; moga ia menjadi asbab untuk kita kembali meletakkan izzah (kemuliaan) hanya kepada Islam, bukan kepada mereka yang pernah memijak maruah datuk nenek kita tanpa secebis rasa bersalah.

___

Korang dah ada ke buku saya ni? 
Buku Keajaiban-Keajaiban Dunia membawa pembaca mengembara ke tujuh bahagian menakjubkan yang menggabungkan sains, sejarah dan keindahan alam. Dari keajaiban bumi purba hingga teknologi moden, setiap bab ditulis dengan gaya santai yang mudah difahami tetapi sarat ilmu. Dapatkan buku ini di Shopee: https://s.shopee.com.my/2g24zyvuWB

No comments: