Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Kalau dalam usrah mesti disuruh baca ini - kita sudahi dengan tasbih kafarrah dan surah Al asr. Patutnya sekarang ni lagilah nak kena amalkan terutama masa-masa mesyuarat jabatan dan sebagainya kerana takkan tak ada salah silap langsung dalam meeting tu. Pengerusi mesyurat , sila take note yer
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
سُبْحَانَكَ اَللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ
أَشْهَدُ أَنْ لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
"Maha suci Engkau, ya Allah, aku memuji kepada-Mu,
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Engkau,
Aku minta ampun dan bertaubat kepada-Mu"
Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment