بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Mak Joyah baru keluar dari bilik air selepas ambil wudhuk untuk solat zohor. Sebelum masuk bilik air tadi dia dah suruh anaknya ani ambik wuduk untuk solat sama. Tetapi dia nampak ani tengah solat dengan begitu laju sekali tanpa menunggunya. "Masyaallah! mencuri lagi dalam solat budak betuah ni . kata mak joyah dalam hati . Apa maksud mak Joyah tu . Dalam solat pun boleh mencuri ker?
Mari kita tengok hadis dibawah ini untuk peringatan bersama:-
Istilah “mencuri dalam shalat” yang biasa diungkapkan oleh ulama adalah merujuk pada sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Abu Qatadah, “Sejelek-jelek orang yang mencuri adalah orang yang mencuri dalam shalatnya.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam shalatnya?” Beliau menjawab, “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” Atau beliau bersabda, “Ia tidak meluruskan punggungnya ketika rukuk dan sujud.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, ath-Thabrani dan al-Hakim)
kalau nak lebih lagi refer sini dan sini
No comments:
Post a Comment