Tuesday, June 1, 2010

Tentang cinta



Mai bercerita bab cinta. Selalunya bila sebut cinta kita hanya terbayang cinta manusia, cinta teruna dara
cinta laila majnun, cinta Shah Jahan yang dibuktikan dengan Taj Mahal. Tapi sebenarnya cinta ader banyak
Jom kita tengok:-

1. Cinta Tabiat.
Cinta ini cinta yang tidak berhubung dengan pencipta iaitu Allah swt. Cinta ini adalah cinta orang kafir.
cinta orang tidak beriman ia secara tabie dah ada.Cinta kepada makanan, minuman dsbnya.

2. Cinta Fitrah.
Cinta ini dicampakkan oleh Allah swt yang kemungkinan tiada proses apa2 tetapi Allah dah campakkan
dalam hati manusia.Kata Ulamak- Allah tak sebut banyak tentang cinta ibubapa kepada anak kerana
itu fitrah yang Allah bagi.Allah banyak sebut dalam Quran tentang cinta anak kepada ibubapa sebab
dalam sejarah banyak anak derhaka.

3. Cinta Mawaddah.- iaitu cinta suami isteri.

4. Cinta sahabat-cinta ini tiada makna sekiranya tidak dilandaskan kepada cinta kepada Allah swt.

Perkara yang menjadi landasan kepada semua cinta adalah cinta kepada Allah swt. Cinta atau tidak kepada Allah swt akan beri kesan kepada manusia itu sendiri bukan kepada Allah swt. Manusia yang cintakan Allah akan dapat hidayah. Manusia yang tidak cinta Allah tak akan dapat hidayah. Allah beri taufik kepada mereka yang cinta kepadanya.Orang yang cinta Allah dapat kurniaan Allah , hidup dia jadi tenang, dapat niqmat hakiki, diakhirat dia dapat syurga.Cinta ini snagat bergantung kepada kepada keimanan sebab orang beriman cinta kepada Allah.
Proses cinta kepada Allah bergantung kepada keimanan kepada Allah.

Cinta yang dibolehkan:
Dalam dunia ini manusia cinta kepada pelbagai perkara. Landasan cinta kepada yang lain mestilah kerana 
cinta kepada Allah swt.

1. Cinta kepada Ibubapa- kalau tak cinta kepada ibubapa- ini melanggar fitrah insaniah.
2. Cinta kepada anak-merupakan naluri da tabiat manusia.
3. Cinta saudara kandung- yang ada pertalian darah.
4. Cinta suami isteri -dasar kasih sayang.
5. Cinta terhadap keluarga.
6. Cinta harta- merupakan hal yang lazim- kena letak pada pertimbangan sewajarnya
    cinta pada harta letak ditangan bukan dihati.( maksudnya tidak kikir)
7. Cinta perniagaan- hal yang lazim.
8. Cinta tempat kediaman.

Tatacara mencintai Allah- Said Redha.
 Jalan untuk tumbuhkan kecintaan kepada Allah
1.Banyakkan berzikir.
2. Berfikir tentang kehebatan Allah swt.
3. Fahami isi Al Quran.
4. Latih diri buat ketentuan syariat.
5. Renung ciptaan Allah.
Contoh orangcinta Allah. Cinta Siti Habsah- 4 orang putra pergi perang kerana cinta kapada Allah.
Bila diberitahu anaknya syahid- dia bersyukur kepada Allahdan berharap supaya dia ditempatkan
bersama anaknya disyurga.Punca cinta kepada Allah adalah keimanan mereka.

Tanda -tanda manusia yang cinta kepada Allah- Iman Al Ghazali.


1. Tidak ragu-ragu dalam hadapi kematian-cinta kepada mati bukan takut kepada mati.
2. Sentiasa berusaha untuk kendalikan hawanafsu  ( tidur yang banyak, makan banyak, banyak ketawa)
    pusatkan aktiviti untuk buat ibadah.
3.Selalu ingatkannya- tak lupa dari allah.
4. Banyakkan zikir, baca quran , solat dan puasa.
5. Rajin berkhalwat, rajin bersendiri untuk kenang Allah , zikir.solat, taubat.
6. Sentiasa muhasabah diri, kesal dengan waktu yang terbuang sia-sia dan tidak melakukan amalan
    yang menjurus kearah kebaikan.
7. Rasa nikmat jika dapat buat ibadah dengan tertib- tak berat nak lakukan ibadah.
8. Berlaku ramah dengan muslimin, tegas dengan orang kafir.
9. Berdakwah-ajak orang buat baik cegah mungkar.
10. Buat ibadah kerana cinta kepada Allah.
11. Sembunyikan ibadah/ kebaikan dari orang ramai.
12. Sentiasa melekat hatinya dengan Allah, redho dengan ketentuan Allah.

Wallahuallam.







No comments: