Bismillahirrahmanirrahim.
Anda tahu tak umrah tu wajib?. Saya tak tahu hingga lah pi kursus nak gi umrah. Selama ni saya ingat
hanya haji sahaja yang wajib( bagi yang mampu) .So saya nak ajak semua lah yang mampu dari segi duit,
masa, sihat dan dah ader macam2 nikmat Allah bagi tu , mai lah pakat-pakat gi buat umrah.
Nak buat haji terus pun lagi baik. Tapi sebab nak tunggu turn haji lambat banyak baiknya kalau buat
umrah dulu sebab ia pun wajib.
Kalau tak panjang umur pun dah selesai satu yang wajib tu.
Eksekutif2 muda tak payah lah tunggu tua untuk buat umrah kerana memang umrah dan haji ni perlu
tenaga yang banyak.
Saya nak pesan sikit kepada mereka2 yang nak gi umrah supaya anda tak buat silap macam saya.
1. Persediaan mesti mantap. Belajar cara buat umrah sampai cair. Niat kena betul. Sebab Allah akan
ikut niat kita. Hati2 kalau niat kita nak pergi beli belah nanti kita dapat belibelah mania disana.Gitu jugak
niat lain selain dari nak beribadah dan cari redho Allah.
2. Sebelum pegi
Buat solat taubat banyak2.Belajar cara solat dalam plane, Belajar cara wuduk air sikit, nak wuduk dgn air zam-zam dalam masjid jika wuduk batal- kena belajar semua niii.
Doa mintak Allah luruskan niat kita hanya kerana dia dan Allah tak uji kita dengan sesuatu yang boleh
pesongkan niat kita,
Belajar semua jenis solat sunat-nanti disana lakukan lah solat2 sunat yang mungkin anda tak pernah buat.
jarang buat atau tak ada masa nak buat kat sini.
Tumpukan masa untuk ibadah kerana mungkin itu peluang last anda walaupun anda berduit.
Semasa tawaf dan saie anda boleh ikut mutawif berdoa tapi kalau anda berdoa dengan doa yang anda faham
anda akan lebih menjiwai ibadah anda.
Apa yang perlu dingat umrah adalah latihan untuk perbaharui iman supaya anda balik menjadi manusia
yang lebih beriman lebih dekat dengan Allah. sekiranya tidak berlaku sedemikian umrah anda hanyalah percutian biasa saja.
Perlu dingat, sekarang mekah dan madinah adalah sebuah pusat perlancongan yang ada hotel lima
bintang dan pelbagai pusat perniagaan. Syaitan sentiasa menunggu untuk menipu anda disana. Oleh itu
awaslah dan betulkan niat anda berumrah. Anda tetamu dirumah Allah. Jagalah adab2 bertamu supaya
tuan rumah tidak marah pada anda. Bayangkan anda menjemput seseorang kerumah anda dan tetamu
itu berlaku biadap contohnya letak kaki atas meja diruang tamu anda adakah anda akan sudi
menjemput beliau lagi. Analogi untuk renungan. Walau bagaimana pun Allah maha mengetahui
dia maha pengasih dan maha penyayang.
Wallhuallam
1 comment:
salam, ibu dah buat umrah yek?.. bestnya teringin sgt nak menjejakkan kaki ke sana tp life tak stabil lagi.. duit pun tak berape cukup.. hehe. doakan semoga kami juga dapat kesana sewaktu usia muda dan moga dapatla keredhaan Ilahi.. insyaALLAH
Post a Comment