Wednesday, July 7, 2010

Lagi pasal umrah.


Assalamualaikum.

Sekadar nak kongsi pengalaman tentang umrah lagi, semuga ada yang terpanggil untuk buat ibadah ni.

Sebelum pergi tu , bacalah sirah2 perjuangan Rasulullah dan para sahabat kerana bila sampai sana
nanti boleh menghayati macam mana susahnya rasulullah dan sahabat nok bawak islam ke kita nii
mudah-mudahan kita akan lebih menghargai islam yang kita ada niii. Kalau tidak kita rasa macam islam ni tak ada apa2 sebab kita dapat secara warisan saja tak ada susah payah pun.Sebab tu rasa sayang tu sangat lah kurang.Dulu  sebelum pergi saya tak boleh bayang bila ada sirah kata tentang kelaparan yang dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat sebab kat mesia ni kan banyak pokok dan tumbuhan yang boleh dimakan tapi bila saya tengok dimekah tu hanya ada gunung dan bukit batu tanpa pokok baru saya dapat rase oh betapalah kehidupan dia orang tu berbanding kita . tapi ibadah dia orang mantap. Dia orang nampak syurga bila rasulullah sebut syurga.Kita pulak sibok mencari syurga dunia yang tak seberapa niii.
  • Masa buat sai tu bayangkan lah keperitan seorang ibu mencari air untuk anak dia yang sedang menangis kelaparan dan kehausan. Jika anda seorang ibu tentu anda tahu betapa resahnya seorang ibu mendengar tangisan seorang anak kecil yang kelaparan tetapi anda tidak apa untuk disuap ke mulut kecil tersebut.
  • Anda juga patut menjiwai bagaimana keimanan dan ketabahan seorang isteri yang bernama Siti Hajar dalam mentaaati perintah Allah.Dia ditinggalkan ditengah padang pasir yang tiada manusia dan tiada makanan atau minuman pun.tapi dia berjiwa besar mendidik anaknya Ismail menjadi manusia yang cintakan Allah.Saya rasa ini adalah satu teladan bagi mereka yang duji Allah dengan mempunyai suami yang tidak berfungsi sebagai ketua keluarga yang soleh atau mungkin ibu tunggal , bahawa ketiadaan seorang ayah bukan lah penyebab kepada kegagalan pendidikan seorang anak sekiranya siibu dapat berfungsi sebagai berfungsinya Siti Hajar.
  • Anda juga patut menghayati betapa doa nabi Ibrahim supaya manusia cintakan Mekah amat makbul sekali. Jutaan manusia berkunjung kesana dan boleh dikatakan mekah adalah pusat perlancongan yang terbesar dan termaju didunia kerana sentiasa menerima pengunjung saban waktu tanpa henti.Sebenarnya kalau anda teliti kalau nak dikira dari segi tempat menarik , rasanya tiada yang menariknya Di Mekah . Cuacanya panas membahang dekat 50 darjah celcius- tak boleh pakai payong tak jalan sebab bukan panas cahaya macam malaysia tetapi panas haba. anda bayangkan anda berada ditepi kawah yang sedang menggelegak tuuuu.Saya terfikir inikah allah bagi sikit bahang api neraka untuk dirasa. Nauzubillah.Sepanjang perjalanan hnaya ada bukit batu tiada pemandangan hijau kecuali kat bandar sebab sekarang Saudi dah tanam pokok.Tapi manusia masih berbondong2 pergi dan yang dah pergi mesti rasa nak pergi lagi.Subhanallah.
  • Teruja tengok betapa ramainya manusia islam yang beribadah dimasjidilharam, itu pun belum masa haji lagi. Kata teman saya seramai ni orang islam kalau pakat kencing kat israel tu boleh tenggelam dan lemas israel yahudi laknatullah tuu. tapi apa yang terjadi, ramai tapi .......
  • Kata mutawif ada tiga doa rasulullah , saya lupa yang dua tu apa tapi makbul tapi yang tak makbul Rasulullah minta supaya manusia islam ni bersatu.Sebab tu kalau tengok manusia islam sekarang tidak bersatu dan ini dimanafaatkan oleh musuh2 islam terutamanya israel laknatullah.
  • Mutawif pesan jangan kita rasa bila dah mari umrah kita rasa kita bagus sebab yang penting tertingkat kah iman kita dengan mengerjakan umrah. Pengalaman saya terdapat mereka yang suka membangga-banggakan betapa mereka saban tahun berumrah dan dah beberapa kali berhaji tapi penuh dengan sifat  sombong dan bangga diri. Tertanya2 apa yang mereka dapat yer dalam musafir mencari redho allah niii. 
  • Apa pun pergilah umrah dengan iman, tekadlah bila balik nak baiki diri,keluarga , masyarakat dan ummah. Kalau belum pergi tak kenal usrah, tak pernah pergi ceramah agama atau join grup islamik studies , balik tu jinak2kan lah hati dan diri supaya kita menjadi manusia lebih baik disisi allah.
wallahuallam.

No comments: