Tuesday, December 1, 2009

Syahadah.


Bila kita bersyahadah, kita berjanji dengan Allah swt. Bila kita bersyahadah, kita bersedia untuk bertarung dengan kehidupan kita ini.Syahadah juga merupakan sumpah setia.
Sebab itulah sahabat awal, bila ucap syahadah, berubah hidup mereka. Sahabat awal bila ucap syahadah bersedia untuk terima tentangan , pemulauan dan siksaan daripada orang kafir Quraish pada masa itu.
Syahadah merupakan tonggak kepada perlaksanaan ibadah-ibadah yang lain.
Solat, puasa haji merupakan training/latihan untuk berhubung dengan Allah swt.
Contohnya: Solat, bila bertitik tolak dengan fahaman syahadah, solat itu dapat mencegah mungkar.
Syahadah merupakan noktah kepada perubahan diri kita.Kita perlu perbaiki iman yang usang. Iman yang ada pada kita akan berkurangan sebagaimana usangnya pakaian . Oleh itu kita nak kena selalu mintak Allah perbaharui iman kita.
Petanda iman usang:
1. Malas beribadah- buat yang wajib sambil lewa
2. Tinggalkan amalan sunat
3. Tinggal baca quran
4 Sangat jarang berzikir dan berdoa kepada  Allah
5. Banyak lakukan kerja yang sia-sia- banyak tengok TV, pesta-pesta yang tidak ada manafaat kepada iman.
Abu hurairah r. a berkata R(saw) bersabda:- “ Diantara (tanda kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya.”
6. Sibok dengan urusan duniawi dan mengejar kekayaan , hati terfokus kepada dunia semata, sepatutnya kekayaan yang ada adalah untuk tingkatkan iman.
 Al Fajr ayat20. dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan
7 Cinta kepada anak isteri secara berlebihan. Contoh kecintaan sebenar. Suami /isteri merenjis air untuk
Sama-sama bangun solat malam.
71. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. 9. At Taubah

Cara nak baiki iman.
1. Doa kat Allah supaya renew ima n kita.
( Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan lah hatiku dalam iman)
 2. Banyakkan ucapan la ila ha illalah.(Tiada tuhan melainkan Allah)- berjanji setia dengan allah swt.
3. Banyakkkan tilawah alQuran- Disunnahkan tadarus (baca beramai-ramai supaya dapat betulkan bacaan)
3. Banyakkan zikir- baca mathurat secara berkeluarga.
4. Istiqamah (konsisten) dalam realisasikan  amal kita.
5. Sentiasa istifar dan taubat kepada Allah swt. ( Diriwayatkan Rasulullah saw istifar 100kali tiap hari)
6. Bersegeralah kepada keampunan Allah kerana umur kita kita tidak tahu sampai bila.
7. Hendaklah sentiasa memohon maaf daripada kedua ibubapa kita.Sekiranya kedua ibubapa telah meninggal doakan kerahmatan untuk mereka dari Allah swt.  

Mengapa kita mesti renew iman kita.

1. Supaya jiwa kita kembali dalam keadaan segar/ sihat kerana jiwa yang segar dan sihat ini akan respond kepada kebenaran. Sentiasa usha untuk cari kebenaran dan mengikutinya.

2. Jiwa yang sakit akan menyebabkan nasihat tidak didengari, makin jauh dari allah swt. Dia dengar tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak ada dorongan untuk cari kebenaran. Malah berpaling dari kebenaran.Dengan itu dia menghantarkan dirinya kepada kesesatan dan azab allah swt. Kalau hal ini dibiarkan suatu saat dia membenci kebenaran dan akhirnya dia akan celaka dunia dan akhirat-nanti bukan sekadar benci kebenaran tetapi memerangi kebenaran.

3. Iman yang kuat akan menyebabkan kita menyintai kebenaran , cinta kepada islam dan akan termasuk dikalangan mereka-mereka yang mendapat petunjuk.

4. Iman yang progresif akan buat pemiliknya untuk tambah kualiti dan kuantiti iman. Contoh:- Lepas buat solat wajib dengan sempurna , rasa nak buat solat sunat pulak, hasil dari dorongan iman tadi.

5. Iman yang lusuh tak ada rasa untuk tingkatkan iman, dibimbangi suatu hari , dia dah tak boleh terima kebenaran.
Al Baqarah ayat7. Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka[20], dan penglihatan mereka ditutup[21]. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.
[20]. Yakni orang itu tidak dapat menerima petunjuk, dan segala macam nasehatpun tidak akan berbekas padanya.
[21]. Maksudnya: mereka tidak dapat memperhatikan dan memahami ayat-ayat Al Quran yang mereka dengar dan tidak dapat mengambil pelajaran dari tanda-tanda kebesaran Allah yang mereka lihat di cakrawala, di permukaan bumi dan pada diri mereka sendiri.


6. Iman yang progresif buat pemiliknya tafakkur tentang diri, penciptaan langit dan bumi serta isinya.
 Albaqarah164. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
7 . Iman yang progresif akan buat seseorang itu sentiasa ingat dan sebut nama Allah sentiasa.
8. Iman progresif juga akan mendorong pemiliknya untuk ikut al Quran dan sunnah dan ikut perintah allah dan rasulullah saw.
Wallahuallam.

 






No comments: