Friday, November 27, 2009

KULI ALLAH ATAU KULI SISTEM





Allah jadikan kita secara fitrah untuk ubudiah kepada Allah swt, tetapi proses didikan yang kita lalui Ialah yang nak menjadikan kita sebagai faktor pengeluaran . Jadi kuli .(Sebab apa belajar?- Sebab nak kerja –setakat itu saja- tak nampak dan rasa bahawa Allah suruh belajar supaya pandai kerana islam memerlukan mereka yang bijak pandai) Samaada yang pakai tie atau pun tidak , duduk dalam bilik aircond ataupun tidak . ( Bila kita dibayar gaji untuk kerja yang kita buat kita adalah kuli atau buruh kepada majikan kita.)Tanpa kita sedar kita telah disistemkan oleh sistem hari ini untuk jadi kuli (hamba). Kita diubah dari perhambaan diri kepada Allah kepada perhambaan diri kepada sistem.Oleh itu kita kena balik semula kepada  untuk perhambakan diri hanya kepada Allah swt.

Tiga  perkara yang perlu ada pada setiap pelajar ialah:-

  1. .       Belajar biar pandai – belajar sampai peringkat professional
  2. .       Akhlak terpuji –Saidatina Aisyhah , apabila ditanyakan bagaimanakah akhlak Rasuluullah
  3.   Beliau menjawab “ Akhlak Rasulullah saw adalah Al Quran.”

3. Boleh tumpang- boleh dimanafaatkan oleh orang lain. Bukan setakat dia saja pandai dan berakhlak  tetapi kebijaksanaan , kepandaian dan akhlak yang baik itu memberi kebaikan kepada Orang lain juga dan kepada islam itu sendiri.

Paling asas berkenaan akhlak ini adalah akhlak kita dengan al Quran.

Perkara-perkara yang perlu kita beri perhatian dalam menggapai ketiga diatas ialah:-

1.  Kena perhatikan soal solat kita.
Kita kena bersama imam ketika takbir selama 40 hari , akan terlepas kita dari api neraka dan sifat nifaq.              
              
                 2. Kena jaga Quran kita.
                   Rasulullah saw bersabda hati kita ini berkarat sebagaiman berkaratnya besi. So nak hilangkan
                   Karat itu kita kena banyak baca Quran.

3. Kena banyak berdoa kepada Allah swt –terutama para ibubapa perlu banyak berdoa untuk anak-anak. Anak-anak juga kena banyak berdoa untuk ibubapa mereka.Berdoa juga untuk diri sendiri ,untuk guru, untuk murid dan orang lain.

4. Selain berdoa penting juga untuk hormat guru dan orang –orang yang lebih tua daripada kita.
Sekiranya ada pertembungan antara kehendak ibubapa dengan kehendak sendiri  (perkara yang tidak melanggar syarak), mesti utamakan hak ibubapa dulu kerana terdapat barakah dalam keredhaan ibubapa.

5. Mesti berzikir kepada Allah setiap hari. Zikir mathurat mesti diamalkan setiap hari.

6. Berusaha bersungguh-sungguh dan istiqamah yakni berterusan.- Dia mesti tambah skill dia dalam pengurusan , team building, computer dan sebagainya yang boleh dimanafaatkan.
Kesimpulannya  seseorang  pelajar itu mesti bijak belajar , mempunyai akhlak yang baik dan yang paling penting islam boleh tumpang kebijaksanaan dan kesolehan dia. Segala yang dipunyainya itu digunakan untuk mendaulatkan deen Allah dimuka bumi ini.Dengan demikian barulah kita ini tidak menjadi kuli kepada sistem tetapi menjadi kuli Allah. Kembali kepada fitrah  walaupun kita melaksanakan perkara yang sama seperti orang lain contohnya menjadi guru, Jurutera dan sebagainya tetapi pekerjaan itu ada nilai disisi Allah bukan sebagai habuan dunia sahaja tetapi akan menjadi bekal diakhirat kelak.

Wallahuallam.

No comments: