Wednesday, November 18, 2009

Dosa besar atau dosa kecil ?

Dosa besar atau dosa kecil.
Antara satu dosa besar dengan dosa kecil yang berulang-ulang, dari segi perbandingannya
Satu dosa besar adalah lebih baik, tetapi pada hakikatnya kedua-duanya tidak baik.
Kita lihat perbandingan yang dibuat oleh Iman Ghazali r.h – Jika ada seketul batu besar , kita ambil
Sebaldi air dan curahkan keatas batu itu sekali gus ia tidak memberi kesan besar atau tiada kesan.
Tetapi seketul baru yang sama kita gunakan paip dengan titisan air sahaja , lama kelamaan baru itu
akan  lekuk.
Itulah perbandingan antara dosa besar dengan dosa kecil. Kesimpulan nya jangan buat dosa walaupun kecil.Dosa-dosa kecik ini teramatlah banyak. Dosa kecil dianggap kecil kalau tidak dikerjakan secara berulang-ulang.Bayangkan satu benda kecil  yang kulmulatif apa akan jadi, akhirnya ia menimbun dan membukit malah boleh mengunung.

Apa itu dosa.
Dari Nawas Bin Saman R.A. Nabi S.A.W. bersabda: "Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik, dan dosa itu adalah segala sesuatu yang menggelisahkan perasaanmu dan yang engkau tidak suka bila dilihat orang lain" (HR Muslim)
Dosa ialah :
1.       Bila kita buat kita rasa tidak sedap dalam hati
2.    Bila kita buat kita takut orang tahu.
Ini adalah bagi orang yang beriman, tetapi orang yang tidak beriman dosa menjadi perkara biasa    sahaja.
       3. Timbul rasa ragu-ragu. Fitrah dia tidak setuju dengan apa yang dia buat, tapi dia buat jugak.

Bila nak buat sesuatu tanya lah hati kecil yang bersih itu, kemudian tinggalkanlah apa yang meragukan
Menuju kepada yang tidak meragukan kerana sesungguhnya hati akan tenteram dengan yang halal dan tidak tenteram dengan yang haram.

Dari Iman AlGhazali – Sebab apa dosa kecil boleh jadi dosa besar.
1.       Bila dosa kecil itu diulang-ulang.
2.       Bila kita memandang ringan atau kecil dosa tersebut.

Dosa itu apabila dipandang kecil oleh manusia sebenarnya besar disisi Allah, bila dipandang besar disisi
Manusia ianya kecil disisi Allah keran apabila manusia memandang ia sebagai besar akan timbul kebencian terhadap dosa itu.
Fudhail bin 'Iyyad berkata, “Semakin dianggap kecil suatu dosa oleh seseorang, semakin menjadi besar dosa itu di hadapan Allah SWT.
   
       3. Dia gembira dengan dosa kecil- contoh dia rasa dia dah matang dengan buat dosa kecik tak buat
           dosa besar. Ada orang memuji dia tidak buat dosa besar.
       4. Dia memandang ringan, enteng, mudah dosa kecil dengan berkata  “ Allah tak balas pun”
       5. Dia berbangga dengan dosa.
       6. Dia rasa dia banyak ilmu ada dalil dengan itu timbul rasa tidak bersalah.
       7. Kerana syaitan memang fokuskan supaya kita buat dosa kecil yang berterusan-untuk orang   beriman atau yang terdidik dengan iman tentu tak akan lakukan dosa besar.
      8. Kesalah fahaman dalam konsep pemurah Allah- contoh buat dosa banyak pun rezeki banyak jugak,
         Masih naik pangkat jugak, masih best student jugak.
Wallahuallam.

No comments: