Wednesday, October 21, 2009

Syukur

Assalamuaikum. Syukur boleh dilakukan dengan 3 cara iatu 1. Dengan hati. 2. Dengan lisan -tasbih,zikir 3. Dengan fizikal-gunakan kekuatan fizikal ,akal dan sebagainya untuk taat kepada Allah. Semua diatas tak akan dapat dibuat kecuali hati melalui proses didikan (tarbiyah) dalam kehidupan kita. Dua proses yang perlu dilalui ialah 1. proses umum- menuntut ilmu,dengar ceramah agama.2. Proses diri sendiri (tarbiyah zattiah)-kita yang suruh diri kita tanpa arahan orang atau arahan peraturan. Dalam hidup ini manusia akan sentiasa menghadapi dua keadaan iaitu keadaan fujur dan takwa. Asal manusia bersih-lahir sebagai bersih. Hati manusia akan bertambah bersih jika kita laksanakan amal kebajikan Firman Allah dalam surah Ash-Shams ayat 8 dan 9 yang bermaksud:- 8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). Maksiat yang terbesar ialah mensyirikkan Allah.Orang yang tahan diri dari mengikuti hawa nafsu,syurgalah tempatnya Manusia juga terdiri dari dua komponen iaitu bumi (tanah)- air mani adalah saripati dari tanah. Komponen kedua adalah roh- tiupan roh daripada Allah swt. Untuk bangkitkan sifat takwa yang ada dalam jiwa kita,kita perlukan ransangan. Pembahagian waktu solah merupakan : 1. ransangan jiwa untuk berhubung dengan Allah 2. Membina takwa yang ada dalam jiwa kita. Begitu juga dengan ibadah -ibadah wajib yang lain seperti puasa,zakat dan haji. Wallahuallam.

No comments: