Saturday, September 5, 2009

GHURUR-TERPEDAYA/TERTIPU

Ghurur (Tertipu). Sebab berlaku ghurur:- a) Kerana tidak muhasabah diri-berapa banyak kebaikan yang telah dibuat dan berapa banyak keburukan yang telah dibuat. Dalam banyak keadaan kita tak nampak kelemahan diri tetapi orang lain boleh nampak. Cara muhasabah: 1. Diri sendiri muhasabah diri.- kalau kita muhasabah jiwa kita sebagaimana kita muhasabah fizikal kita pun sudah ok. Eg. Fizikal nak jaga supaya tak gemok , badan tak berbau , muka tak berjerawat dan sebagainya, Jiiwa pula kena muhasabah supaya tidak ada kotoran –kotoran penyakit yang boleh buat Allah murka eg. Hasad , dengki , cinta dunia dan macam-macam lagi. 2. Orang lain muhasabah kita b) Tidak ada bimbingan dari orang lain – tiada program pengisian islami.Dia tidak mengaji/ belajar agama. Penyakit yang sangat bahaya ialah tidak belajar dan tidak berdoa. Bila lahir sahaja anak adam- dua makhluk tunggu dia iaitu malaikat dan syaitan- Dua malaikat mencatit amalan dia dan syaitan yang akan menyesatkan dia. Untuk halang sifat ghurur- menurut iman alghazali 1. Mengaji-belajar, cari ilmu. 2. Buat kerja –yakni amalkan ilmu itu. 3. Bantu orang lain.-memang islam menyuruh kita nasihat menasihati antara satu sama lain. (Refer bimbingan mukminin bab ghurur) c) Berlebihan dalam beragama- terlalu rigid-tidak pandai menilai rukhsah dan azimah yang allah izinkan. d) Berlebihan dalam mendalami sesuatu ilmu. e) Terpegun dengan amalan baik diri dan melupakan amalan tidak baik f) Banyak sangat cenderung kepada kehidupan dunia g) Kurang melihat sisi kurang baik dari penganut lain. h) Buat sesuatu yang tidak mahu orang nampak. i) Perlakuan yang tidak sama dengan pengikut. Orang yang ghurur / tertipu ini dia:- 1. Suka berdebat yang tidak mendatangkan penyelesaian 2. Takabbur dimukabumi dengan tidak benar. 3. Memaksakanpendapat dan sewenang-wenangnya berfikir. Suka paksa orang terima Pendapat dia. Tanda-tanda orang ghurur. 1. Suka remehkan amalan orang lain walaupun baik. 2. Suka puji diri sendiri 3. Tidak suka patuh pada pendapat ulamak Remedy sifat ghurur:- 1. Tengok kesan. 2. Tidak berada diantara dua extreme. 3. Selalu ingat amalan semata tidak layak hindar dari neraka- hanya dengan izin Allah saja. 4. Kaji kitab dan sunnah, sirah dan doa. 5. Bercermin dengan kehidupan yang soleh. 6. Memusatkan perhatian kepada benda-benda yang penting. 7. Tidak banyak bersahabat dengan orang yang berpenyakit ghurur. 8. Banyak bermuhasabah diri untuk bersihkan hati. 9. Kena ada orang menasihati. 10. Mengundurkan diri dari posisi depan kiranya berada disitu. Walalhuallam.

No comments: