Monday, August 3, 2009

TAKABUR

TAKABBUR.

- - Merendahkan orang lain.

- -Rasa lebih tinggi dari orang lain.

Sebab timbul takabbur- kerana nilai yang rosak.

Contoh – manusia memandang tinggi kepada sikaya walaupun dia adalah ahli maksiat dan memandang hina kepada orang-orang miskin walaupun mereka adalah seorang yang soleh.

Strategi dalam membentuk manusia :-

1. Professional- belajar pandai , mengaji bagus.

2. Berakhlak terpuji.

3. Berguna kepada orang lain.

Setiapa kita terutama para pelajar mesti target 3 perkara diatas.

Manusia menjadi takbur kerana:

1. Lupa kepada pemberi nikmat yakni allah swt.

2. Mengira nikmat yang diterima akan kekal selamanya.

3. Merasa lebih unggul dari yang lain – sentiasa terkedepan.

4. Melupakan akibat buruk takbur.

Tanda-tanda takabbur:-

1. Berjalan dengan congkak-buka dada –berlagak

2. Memalingkan pipi dari orang lain.

“ Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman: 18)

3. Membuat kerosakan dimukabumi,tak mahu menerima kebenaran.

“Dengan memalingkan lambungnya[979] untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah. Ia mendapat kehinaan di dunia dan dihari kiamat Kami merasakan kepadanya azab neraka yang membakar”

( Al Hajj : 9)

4. Cara bercakap- dibuat buat- makna hadis- “ Sesungguhnya Allah benci ahli bicara yang lenggang lenggok lidahnya macam lembu mengunyah makanan.”

5, Melabuhkan pakaian dengan niat kesombongan.

6.Senang orang lain datang kepadanya tetapi dia tidak mahu datang kepada orang.

7. Suka ditempatkan didepan –nak tonjolkan diri.

Akibat takbur.

1. Terhalang dari mengambil pengajaran dari apa yang berlaku

2. Tidak akan duduk dalam kebenaran.-Tadak ada ketenamgan jiwa.

3. Sentiasa dalam keaadaan aib dan kurang sebab dia rasa dia OK oleh itu tiada ruang

Untuk pembaikian atau dengan kata lain tiada inisiatif untuk baiki diri.

4. Terhalang untuk masuk syurga.

Sekiranya takbur ini ada dalam organisasi , nanti tiada orang ikut organisasi itu dan

Organisasi itu akan terhalang dari rahmat Allah.

Remedy.

1. Ingat akibat dan bahaya yang akan timbul terhadap diri dan organisasi.

2. Ziarah orang sakit dan orang mati.- perhatikan saat sakaratulmaut .

Hantar jenazah kekubur tengok liang lahat kerana itulah tempat kita yang abadi.

3. Jangan berkawan dengan orang yang takabbur- bersahabatlah dengan orang yang tawaduk, ahli ibadah, dengan orang baik-baik.

4. Amalkan duduk bersama orang yang lemah- samaada makan minum atau bermusafir.

5. Selalu fikirkan diri dan alam semesta, renung semua nikmat yang diperolehi- dari kecil smapai dewasa, kena fikir juga macam mana kalau Allah tarik niqmat yang ada itu.

6. Perhatikan riwayat hidup orang takabbur seperti firaun , hamman dan seumpamanya.

7. Melatih diri membuat kerja sendiri. Eg. Buat air minuman sendiri, pergi pasar sendiri, berjalan bersama orang lain. Perkara-perkara ini banyak membantu untuk kembali kepada fitrah yang asal.

8. Hadiri majlis taklim. Majlis ilmu. Kalau ada halaqah ikutilah dengan serius.

9. Mintak maaf dari orang yang disombongi.

10. Menampakkan niqmat kepada orang yang takabbur.

11. Menginagatkan kemajuanmenurut islam- kaya adalah kaya hati.

12. Rajin melakukan ketaatan-banyakkkan ibadah

13. Melakukan muhasabah diri.

14. Selalu minta pertolongan Allah supaya tak jadi takbur.

Wallahullam.

34. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah[36] kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir- (Albaqarah:-34)

No comments: