Tuesday, December 1, 2009

Malam pertama dialam kubur-



  
Dalam kehidupan manusia ada dua malam yang istimewa.

1.   Malam dimana ketika bergurau senda dengan orang-orang yang dikasehi-hidup penoh nikmat dalam keadaan sihat walafiat.

2.   Malam dimana malaikat datang kepada kita dan hantar kita kekubur dan itulah malam pertama kita dalam kubur.

Masyarakat hari ini masih boleh bergurau senda dan bergelak ketawa semasa mereka menanti untuk menguruskan jenazah atau ketika menghantar Jenazah kekubur. Fenomena ini menggambarkan ada sesuatu tidak kena dengan iman kita .Oleh itu iman kita perlulah diperbaiki.

Malam pertama dialam kubur tiada sesiapa menemani kita. Dan kita kena tanam dalam  jiwa kita itulah hakikat manusia sebenarnya. Bila membayangkan malam pertama dialam kubur ulamak menangis. Tengoklah betapa kerasnya hati kita kerana kita tidak menangis.

Bila melihat kematian kita hendaklah ada rasa empati- muhasabah diri bahawa kita juga akan mati. Lihat hakikat kematian dan beri refleksi kepada diri kita dan segera kita ubah kehidupan kita.

Tempat yang jauh yang semua manusia mesti sampai adalah kubur.Tidak ada apa-apa yang dapat menerangkan kegelapan dialam kubur kita kecuali amal soleh setelah beriman.

Saidina Osman Affan r.a semasa hantar jenazah kekubur menngis hingga pengsan- sahabat angkat bawak balik pucat macam mayat.Itulah ketakutan para sahabat rasulullah s.a.w yang telah ada jaminan syurga oleh Allah swt. Bagaimana kita ?

Sabda R(Saw)
" Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari tempat perhentian alam akhirat. Oleh itu, jika seseorang terselamat daripada huru-hara azabnya, maka huru- hara di tempat lain lebih ringan lagi kepadanya ; dan jika dia tidak terselamat daripada yang tersebut itu, maka huru-hara di tempat lebih berat lagi " . - ( Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah )

 Wallahuallam.

No comments: