بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Tegur adalah tanda sayang....
Kenapa anda menegurnya?
1-kerana anda geram dan tidak tahan dengan sikapnya
2-kerana cemburu dan tidak dapat apa yang dia miliki
3-kerana anda sayang kepadanya
4-kerana anda tidak mahu orang lain juga tergelincir seumpamanya
Khalifah Harun ar-Rasyid adalah pemimpin yang sentiasa mendampingi para ulama dan sering bersama mereka sambil mendengarkan nasehat. Suatu hari dia didatangi seorang pemuda yang menasihatinya dengan kasar.
Ar-Rasyid berkata kepadanya, ” Cubalah engkau berbicara dengan baik dan berobjektif kepadaku.”
Pemuda itu menjawab, ” Itu adalah yang paling minimal bagimu.”
Ar-Rasyid, ” Cubalah beritahu kepadaku siapa yang lebih jahat, aku atau Firaun?”
Pemuda menjawab, ” Tentulah Firaun.”
Ar-Rasyid, ” Siapakah yang lebih baik, engkau atau Musa bin Imran ?”
Jawab pemuda, ” Tentulah nabi Musa.”
Ar-Rasyid, ” Apakah engkau tidak tahu ketika Allah SWT mengutus Musa dan saudaranya Harun kepada Firaun? Allah berpesan kepada keduanya, ” Maka bicaralah kamu berdua kepadanya dengan perkataan yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Pengajaran :
Tegurlah seseorang itu dengan penuh rasa persaudaraan dan kasih-sayang tetapi bukanlah kerana geram, cemburu atau pun marah yang membuak-buak.
Ya. bantulah aku, ahli keluargaku dan umat ini agar berjaya menyuburkan rasa kasih sayang dan budaya berukhuwah sesama sendiri dan manusia sejagat.
No comments:
Post a Comment