Monday, April 22, 2013

Kisah orang dapur

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد







Tadi dalam kereta dengar motivasi dari radio Ikim- Puan Aniza Zakaria.
Rasa best jugak kalau kongsi disini tapi dengan apa yang saya faham lah yer bukan dictate sebiji sebiji cakap dia.

Ok -Tukang masak kerjanya enteng, bangun pagi masak nasi goreng...lagu P Ramlee

Sebenarnya dapur tu adalah sumber pahala , terutama untuk para ibu yang dok bangun dinihari lagi untuk sediakan sarapan untuk keluarga. Tetapi ada syarat dia untuk jadikan dia sumber pahala.

1. Ikhlaskan diri anda kerana Allah . Kadangkala banyaknya songeh orang yang dok tunggu meja, buat mee nak telor mata pulak. buat tea nak kopi pulak , kadang dalam keadaan rushing pagi tu memang boleh berasap kepala - istifarlah banyak2- nanti hilang keikhlasan -hilanglah pahala.

2. Banyakkan berzikir semasa menyediakan makanan- terapi paling bagus untuk sisi keluarga .Bacalah apa2 yang terlintas , Ya latif ker , doa nabi yunus ker whatever lah- mintak pemakan makanan yang kita masak tu lembut hati nak jadi hamba Allah yang sebenornya.....

3. Jangan berleter dan marah-marah semasa tengah masak tu, rasa tak puas hati yang diluah pada makanan tu masuk dalam badan pemakan .alahai...fikirlah sendiri apa akan jadi.

4. Kalau rasa makanan tak cukup - bacalah " LAISALAHA MINDUNILLAH HIKASHIFAH" insyaallah allah akan cukupkan makanan tu, Kalau tak yakin pada Allah nak yakin pada siapa lagi.

Ingat makanan yang dimakan menjadi darah daging keluarga kita , hidangkan makanan halal dengan hati yang ikhlas dan muka yang ceria.

Wallhuallam




No comments: