Sunday, April 21, 2013

5.2 Mengetahui Tanggungjawab yang terbesar terhadap pendidikan anak-anak:

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh 
اللهم صل على محمد وآل محمد





Al muslim alhak yang sedar , cukup mengetahui tanggungjawabnya yang sangat besar terhadap pendidikan anak-anaknya yang telah dia lahirkan diadalam kehidupan ini, kerana dia mendengar Al Quran menyeru dia:

Attahrim 6



Juga kerana dia mendengar seruan Rasulullah saw yang meletakkan anak-anak sebagai satu tanggunjawab yan terbesar didalam hidup ini:

" Kita semua adalah penjaga, pada tiap-tiap penjaga bertanggungjawab keatas rakyatnya , laki-laki adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap ahli dan rakyatnya, dan wanita adalah penjaga dan bertanggungjawab didalam rumah suaminya dan rakyatnya, Dan khadam adalah penjaga dan bertanggungjawab pada harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap ahlinya. (Muttafq alaihi).

Ini adalah tanggungjawab yang meliputi segala lapisan masyarakat yang dibebankan keatas bahu putera puteri seluruhnya didalam hidup ini dengan tidak meninggalkan seorang pun dari mereka tanpa tanggungjawab.Ibubapa bertanggunjawab terhadap pendidikan anak-anak mereka.Menurut pendidikan islam yang halus dan teliti dan membentuk mereka dengan pembentukan yang baik, pendidikan yang berdasarkan akhlak yang mulia yang telah diberitahukan oleh rasulullah saw bahawa baginda tidak diutus kecuali untuk menyempurnakan dan menegakkan nya dikalangan manusia tatkala baginda bersabda:

" Hanyasanya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak."Salah satu dalil yang kuat diatasa besarnya tanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak mereka dan membentuk mereka menurut bentuk islam  supaya mereka taat setia kepada Allah dan Rasulnya, dan menunaikan segala ajaran islam, adalah petikan dari kata-kata ulamak warisatul anbiya': Bahawasanya tiap-tiap rumahtangga yang mendengarkan sabda Rasulullah saw:

" Suruhlah anak kamu bersembahyang tatkala mereka sampai umur tujuh tahun dan pukullah mereka yang berumur sepuluh tahun sekiranya
mereka tidak mahu sembahyang." (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Al Hakim).


Jika mereka mendengar sarana hadith ini tetapi tidak juga menyuruh anak mereka sembahyang setelah berumur tujuh tahun, dan tidak memukul mereka kalau tidak sembahyang tatkala berumur sepuluh tahun, adalah seorang yang cuai dan berleka-leka dan berdosa besar.Nanti diakhirat akan ditanya Allah diatas kecuaian dan kelalaiannya terhadap anak-anaknya.

Rumahatangga yang demikian menjadi sarang iblis dan syaitan, kerana tidak mengikuti pesanan Rasulullah saw . Sebuah rumahtangga yang tidak berjaya dan telah gagal melaksanakan tugas dan kewajipannya . Lantaran itu, rumahtangga tersebut lebih hampir ke neraka dan jauh dari syurga, Rumahtangga adalah temapt yang pertama untuk membentuk anak-anak menurut bentuk islam, rumahtangga itulah suasan yang pertama dimana mereka diasuh dan dibesarkan, disitulah mereka dididik, dibentuk minat mereka, kecenderungan mereka ,akhlak mereka dan peribadi mereka . Oleh kerana itu nayatalah betapa besar peranan ibubapa didalam menjaga dan memelihara kuntum-kuntum bunga yang rapuh dan masih lembut, yang baharu hendak mekar, yang sentiasa memerlukan penjagaan dan siraman yang berfaedah.Jelas sekali bahawa mereka sentiasa berhajat kepada asuhan yang baik untuk jasmani, akal dan dan rohani mereka.






No comments: