Saturday, April 20, 2013

Kisah anak syria

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



Klip :https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=NYqC-2qLwN4
klip video


Aleppo #SYRIA#

 Video yang disertakan sari kata English ini memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang cedera di kepalanya, berumur lebih kurang 10tahun tetapi jauh lebih MATANG dari usianya, sedang menceritakan pengalaman ngerinya tapi masih mampu berbicara dengan tenang (Allahuakbar!) akan bagaimana ahli keluarganya dibunuh dengan ZALIM dihadapan matanya sendiri oleh salah satu peluru berpandu Scud milik assad laknatullah pada tanggal 27 Februari 2013.

 “Nenek saya hancur kepada 4bahagian. Mak cik saya hancur,” kata kanak-kanak itu. Tambahnya lagi,”Saya Cuma ingin tahu, kenapa Assad bom kami? Kenapa? Atas undang-undang apa dia boleh sewenang-wenangnya bom kediaman kami? Apakah ia undang-undang yang berkuasa menzalimi yang lemah??!! Kerana itu?!! (Allahu Rabbi)

 Regim Assad berterusan melepaskan bom keatas rakyatnya , menggunakan peluru berpandu balistik saban hari, membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa, sementara ‘komuniti antarabangsa’ berterusan menampilkan kuasa mereka, sama ada ASSAD, sekutunya di TEHRAN, MOSCOW, BAGHDAD, DAN BEIRUT, WASHINGTON dan Negara-negara Barat yang lain, saling bantu-membantu, sama ada secara langsung mahupun tidak, berterusan menindas yang LEMAH! Mereka juga menganggap orang Syria sebagai ''collateral damage.''

 Shame on the world!

 Saudara-saudari, carilah dimana kamu boleh lihat kanak-kanak seperti ini di Negara lain, yang mampu berbicara dengan tenang dan matang meskipun baru mencecah 10tahun akan keluarganya yang telah syahid (biiznillah). Kanak-kanak seperti ini kah yang digelar collateral damage

No comments: