Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Tiga Kenikmatan di Pagi Hari
Dari 'Ubaidullah bin Mihshan Al-Anshariy, dari Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda :
"Siapa yang berpagi hari dalam keadaan aman jiwanya, sehat badannya, dan dia memiliki makanan untuk hari itu, maka seakan-akan dunia telah dihimpunkan baginya."
(Shahiih Al-Adabil Mufrad 1/127)
(Shahiih Al-Adabil Mufrad 1/127)
Mak Bedah selau merungut kepada mak temah tentang kesusahan hidupnya. Tetapi mak temah tengok
berbanding dengan dirinya mak Bedah lebih senang. Suatu hari mak temah bertanya pada mak bedah selepas dia bersungut untuk kesekian kalinya.
Mak Temah: Engkau , malam tadi boleh tidur nyenyak?
Mak bedah : Boleh jer -siap mimpi lagi.
Mak Temah: Pagi tadi, engkau dah sarapan, selera tak engkau makan?
Mak Bedah: Eh memang selera - pulut gaul nyior kesukaan aku tu...
Mak temah : Dah tu hari ni , kau dah buang air belum?
Mak Bedah : eh dah , pagi2 lagi dah buang air besar.
Mak temah : Kalau dah gitu , ok lah tu hidup kau , apa lagi kau nak , dah boleh tidur tak kena penyakit insomnia (takboleh tidur) - tak kena penyakit tak ada selera makan , dan tak sembelit dan tak boleh buang air -kira sihat dan nikmatlah tu.....
Mak Bedah: ya tak ya jugak . Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment