بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Tidak akan orang islam baka (lahir sebagai islam) akan murtad kepada agama kristian sekiranya
mereka meneliti dan mengkaji Al quran kerana telah jelas Jawapan Nabi Isa didalam surah Al maidah ayat116 dibawah:
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. (5:116)
Hari itu ada dengar video seorang bekas budak pondok yang murtad mengatakan
dia telah menghafaz alquran bertahun-tahun tapi tak jumpa apa-apa.subhanallah.
Sekadar hafal tidak memberi bekas rupanya. Dan kalau kita tengok pula bagaimana mereka yang bukan islam bila mengkaji al Quran akhirnya menerima islam.
Jom muhasabah diri - setakat mana kita tadabbur alquan setakat ini dan cuba untuk melakukan apa yang ada dalam alquran.Al Quran -buku resepi hidup.
Persoalannya -adakah mereka yang murtad itu dah khatam bible dan tertarik dan terus beramal dengan nya?Atau kerana wang dan cinta sahaja?
No comments:
Post a Comment