Sunday, November 16, 2014

Bahaya dengki

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد




Makna dengki :

1. Sakit hati kalau tengok orang beriman dapat nikmat.

2. Bercita-cita supaya hilang nikmat yang ada pada orang beriman.

Penyakit ini adalah penyakit fitrah- kalau dapat nikmat mesti ada orang sakit hati.
Sebab tu Rasulullah  saw pesan

"Hindarilah dengki sebab, ia memusnahkan kebaikan seperti mana api membakar kayu"

Siapa ada dengki- maka dengki dia akan makan amalan baik dia semacam api memakan kayu- cuba ambil kayu dan cucuh api- habis kayu hangus dimakan api.

Dengki itu dari syaitan. Syaitan lah raja Dengki. Biarlah ada lintasna dengki tu tapi jangan sampai dia hinggap kat hati kita.
Orang dengki, kalau dia solat, solat dia tak kusyuk, solat dia tak diterima.

Diakhirat kelak amalan /pahala kita akan diberi kepada orang yang kita dengki, kalau tak cukup dosa orang tu pulak masuk akaun kita.
Habis muflis kita. jawabnya kita kenerakalah . nauzubillah hi minzalik.

Dengki ni biasanya dengan orang dekat dengan kita. Jarang dengan orang jauh dari kita, jiran sebelah rumah , rakan sepejabat, rakan setaman dll.

 Untuk selamat jauhilah sifat dengki.....

sedutan ceramah ustaz azhar idrus

Post a Comment