Monday, November 22, 2010

Tugasan anak syaitan bernama Tsabr





Tsabr adalah anak syaitan yang ditugaskan membawa maksiat,kesusahan dan kesedihan hati kepada manusia. Kiranya ada yang mendapat musibat. Tsabr  pasti tiba serta membisikkan mereka yang berkenaan itu supaya melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada 
kebinasaan seperti membunuh diri kerana tidak tertanggung berat musibat itu.
 Sekecil-kecil bisikan pun Tsabr menyuruh mereka itu melompat dengan tidak  menentu sambil mengoyakkan pakaian yang dipakai, memukul  pipi atau mengetuk  kepala sendiri dengan penuh kekesalan. Bagi mereka yang  sedang menghadapi kekecewaan,merana kelukaan hati kerana kehilangan sesuatu  yang disayangi, Tsabr akan menghubungkan hati mereka kepada kesayangan  itu. Seseorang ibu yang kematian anak yang satu-satunya akan meratapi siang dan amalam hingga lupa makan, lupa kewajipan,lupa pada suami dan lama kelamaan akan hilang akal lalu jadi gila atau setidak-tidaknya kurang daya ingatan (nyanyuk). Begitulah tugas Tsabr  menggoda manusia dan membawa musibat dan kebinasaan.

Oleh itu kalau kita ditimpa musibah banyak-banyaklah beristifar dan berdoa kepada Allah supaya kita tidak
tertipu oleh makhluk laknatullah diatas.




No comments: