Monday, October 6, 2025

Perumpamaan Baju Besi Pada Si Dermawan dan Si Bakhil

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Perumpamaan Baju Besi Pada Si Dermawan dan Si Bakhil 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: ضَرَبَ رَسُولُ اللهِ «مَثَلَ الْبَخِيلِ وَالْمُتَصَدِّقِ كَمَثَلِ رَجُلَيْنِ عَلَيْهِمَا جُنَّتَانِ مِنْ حَدِيدٍ قَدِ اضْطُرَّتْ أَيْدِيهِمَا إِلَى ثُدِيِّهِمَا وَتَرَاقِيهِمَا، فَجَعَلَ الْمُتَصَدِّقُ كُلَّمَا تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ انْبَسَطَتْ عَنْهُ، حَتَّى تُغَشِّيَ أَنَامِلَهُ وَتَعْفُوَ أَثَرَهُ، وَجَعَلَ الْبَخِيلُ كُلَّمَا هَمَّ بِصَدَقَةٍ قَلَصَتْ، وَأَخَذَتْ كُلُّ حَلَقَةٍ مَكَانَهَا»، قَالَ: فَأَنَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللّهِ يَقُولُ بِإِصْبَعِهِ فِي جَيْبِهِ، فَلَوْ رَأَيْتَهُ يُوَسِّعُهَا وَلاَ تَوَسَّعُ

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW memberikan perumpamaan bagi orang yang bakhil (kedekut) dan orang yang bersedekah seperti dua orang lelaki yang memakai baju besi (perisai) yang dibuat daripada besi. Perisai itu menutupi dada dan tengkuk mereka. Apabila orang yang bersedekah memberi sedekah, maka perisainya menjadi longgar dan meluas sehingga menutupi hujung jarinya dan menghapuskan kesan jejaknya (dosa-dosanya). Manakala orang yang bakhil, setiap kali dia berniat untuk bersedekah, perisainya menjadi ketat dan mencengkam tubuhnya sehingga setiap lingkaran perisai itu melekat pada tempatnya. Abu Hurairah berkata: Aku melihat Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan jarinya ke arah leher bajunya, seolah-olah Baginda cuba melonggarkannya, tetapi ia tidak longgar. (HR Bukhari No: 5797) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Perumpamaan baju besi bagi orang yang bersedekah atau dermawan, dimana baju besi itu melonggar dan meliputi tubuhnya, menunjukkan kelapangan dada, ketenangan jiwa, dan keluasan rezeki. Setiap kali dia bersedekah, dia semakin bebas dan ringan, ini adalah tanda keberkatan dan keikhlasan.

2.  Perumpamaan bajuk besi bagi orang yang bakhil, baju besi itu semakin ketat, seolah-olah menjerut dirinya sendiri. Setiap kali dia mahu bersedekah, kesempitan jiwa, ketakutan, dan keraguan menghalangnya. Hal ini menunjukkan kesan buruk sifat kedekut terhadap hati dan ruh seseorang.

3.  Sedekah adalah penawar kepada penyakit kedekut. Bersedekah secara konsisten akan melapangkan hati, menjadikannya lebih mudah untuk berbuat baik dan memberi.

4.  Kedekut menjadikan hati sempit dan sukar menerima kebaikan.  Orang yang bakhil bukan sahaja menzalimi orang lain, tetapi juga menyiksa dirinya sendiri dengan kegelisahan dan ketakutan akan kehilangan harta.

5.  Orang bakhil mungkin berniat untuk bersedekah tetapi tidak mampu melaksanakannya kerana hati dan nafsunya telah dikuasai oleh sifat tamak dan cinta dunia. Sifat bakhil adalah antara tanda hati yang keras dan merupakan punca kepada kehancuran diri dan masyarakat.

6.  Bersedekah akan menyuburkan hati dan memudahkan amalan. Sedangkan kedekut mematikan hati dan menyempitkan rezeki.

https://whatsapp.com/channel/0029VajNST61dAw2d0y9E63J

15hb Rabiul Akhir 1447H
07hb Oktober 2025

Saturday, October 4, 2025

Kisah amir by Dr syukriatun

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Di sebuah kampung kecil, hiduplah seorang lelaki bernama Amir. Dia seorang yang biasa, namun ada sesuatu yang membebankannya—rantai tabiat buruk yang telah lama dipikulnya. Rantai ini bukan daripada besi, tetapi daripada kelakuan yang telah menjadi sebahagian daripada dirinya: menangguh-nangguh kerja, membuang masa dengan perkara sia-sia, dan mengabaikan tanggungjawabnya. Setiap tabiat buruk itu seperti satu mata rantai, dan lama-kelamaan, rantai itu menjadi panjang, berat, dan berkarat kerana usia.

Pada mulanya, Amir merasakan beban rantai itu. Setiap kali dia menangguhkan tugas, dia tahu dia telah menambah satu lagi mata rantai. Setiap kali dia membiarkan kemarahan atau kemalasan mengawal dirinya, rantai itu bertambah kukuh. Namun, seiring waktu berlalu, Amir mula terbiasa. Rantai itu, walaupun berat dan berkarat, menjadi sebahagian daripada hidupnya. Dia berjalan perlahan, terhuyung-hayang, tetapi dia berkata kepada dirinya sendiri, “Inilah aku. Inilah caraku.”

Satu hari, seorang tua bijaksana melintasi kampung itu dan melihat Amir. Dia bertanya, “Mengapa engkau membiarkan rantai itu mengikatmu? Mengapa tidak memutuskannya?” Amir tergamam. “Rantai ini sudah lama bersamaku,” jawabnya. “Aku sudah terbiasa. Lagipula, memutuskannya memerlukan usaha yang besar.”

Orang tua itu tersenyum dan berkata, “Rantai itu bukan nasibmu, Amir. Ia adalah pilihanmu. Setiap hari engkau boleh memilih untuk memutuskan satu mata rantai dengan menggantikan tabiat buruk dengan yang baik. Ia tidak mudah, tetapi setiap langkah kecil akan meringankan bebanmu.”

Amir termenung. Dia mula menyedari bahawa tabiat buruknya—seperti menangguh-nangguh atau mengelak daripada tanggungjawab—telah menghalangnya daripada menjadi orang yang dia impikan. 

Dengan tekad baru, dia mula memutuskan rantai itu, satu mata rantai pada satu masa. Dia bangun lebih awal, menyelesaikan tugas-tugas kecil dengan segera, dan belajar mengawal kemarahannya. 

Setiap tabiat baik yang baru menggantikan yang lama, dan perlahan-lahan, rantai itu menjadi semakin ringan.
Walaupun rantai berkarat itu tidak hilang sepenuhnya, Amir kini berjalan dengan lebih tegak. Dia tidak lagi membiarkan tabiat buruk menentukan hidupnya. Dan setiap kali dia merasa beban lama itu kembali, dia teringat kata-kata orang tua itu: “Pilihan ada di tanganmu.”

Cerita ini menggambarkan bagaimana tabiat buruk boleh menjadi seperti rantai yang membebankan kita, tetapi dengan kesedaran dan usaha, kita boleh membebaskan diri daripadanya.

Sakit belakang by husna haron

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

Sakit belakang, usah abaikan. Rantaiannya banyak.. Termasuk komitmen utk berusaha jemput rezeki 

.

Masa saya sakit 3 slip disc dulu… baru saya faham kenapa sistem limfa kita sangat compatible dengan solat, puasa dan saie. Allah cipta sistem detox yang tak perlu bayar gym pun.

.

Masa tu saya tak boleh duduk, tak boleh baring, tak boleh bangun tanpa bantuan, tak boleh angkat barang. Hanya boleh meniarap dan berjalan dgn bongkok yg penuh struggle. Subhanallah tiada apa yg berlaku melainkan Allah sedang mendidik dan ampunkan kita.

.

Dan dari situ saya mula belajar tentang sistem limfa. Sistem yang Allah cipta untuk bantu kita buang toksin, kuatkan imun, dan stabilkan emosi. Tapi sistem ni TAK ADA PAM. Dia hanya bergerak bila kita bergerak.  

.  

Sistem limfa ni bukan macam sistem darah yang ada jantung sebagai pump. Limfa perlukan gerakan otot, pernafasan dalam, dan tekanan graviti untuk circulate. Sebab tu Allah design solat dengan rukuk, sujud, duduk antara dua sujud. Semua tu bantu gerakkan limfa. Puasa pula bantu kurangkan inflammation dan beri ruang untuk sistem limfa repair. Saie atau briskwalk pula bantu limfa lancar dari kaki ke atas.  MasyaAllah Allah Pencipta kita. Design segala nya lengkap utk kita ❤️❤️❤️

.

Bila sakit, ya memang ada kelonggaran untuk kita solat dlm posisi apa pun yg kita boleh. Puasa pun jadi tak wajib dalam keadaan tertentu. 

.

Tapi.. TETAP KITA PERLU USAHAKAN UNTUK pulih dan kembali boleh solat dengan sempurna. 

.  

Masa saya overweight dulu, saya rasa cepat letih, cepat marah, cepat rasa stuck. Bila saya mula disiplin briskwalk dan jaga makan, saya perasan bukan badan je ringan, tapi fikiran pun jadi lebih clear. Rezeki pun datang dengan cara yang tak disangka. Baru saya faham, bila limfa lancar, hormon stabil, otak pun boleh fikir dengan tenang.  

.  

Sebenarnya, sistem limfa ni sangat rapat dengan sistem saraf dan sistem hormon. Bila limfa tersumbat, kita jadi mudah anxious, mudah murung, dan susah nak buat keputusan. Sebab tu ramai orang sakit bukan sebab tak cukup ubat, tapi sebab sistem detox badan tak aktif.  

.  

Allah cipta sistem limfa untuk bantu kita survive. Tapi kita sendiri yang block sistem tu dengan gaya hidup sedentary, makanan tinggi gula, dan stress yang tak diurus.  

.  

Jadi kalau nak bantu tubuh pulih, ada 3 PERKARA PERLU BUAT:  
1. SAIE SETIAP HARI – briskwalk 20 minit cukup untuk aktifkan limfa.  
2. SOLAT DENGAN KHUSYUK – jangan rushing, rukuk dan sujud tu terapi limfa.  
3. PUASA SUNAT – beri ruang untuk sistem limfa reset dan repair.  

Semua ibadah ni kita buat kerana Allah. Secondary gains yg kita dapat adalah utk kesihatan. MasyaAllah banyak hikmah.


Dan ada 3 PERKARA PERLU ELAK ATAU IMPROVE:  
1. ELAK kehidupan yg tak bergerak. Ia menambah sumbatan  Subhanallah moga Allah permudahkan dan pelihara 
2. KURANGKAN MAKANAN PRO-INFLAMMATORY – gula putih, tepung putih, minyak teroksida. Processed food, dan banyak lagi. Anda boleh cari. 
3. URUS STRESS – bila stress tinggi, cortisol tinggi, limfa jadi sluggish dan otak pun blur.  Salah satu sbb kenapa perut jadi buncit banyak lemak. 

.  

Allah sebut dalam Surah Al-Mu’minun 23: 12-14

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ مِن سُلَٰلَةࣲ مِّن طِينࣲ
ثُمَّ جَعَلۡنَٰهُ نُطۡفَةࣰ فِي قَرَارࣲ مَّكِينࣲ
ثُمَّ خَلَقۡنَا ٱلنُّطۡفَةَ عَلَقَةࣰ فَخَلَقۡنَا ٱلۡعَلَقَةَ مُضۡغَةࣰ فَخَلَقۡنَا ٱلۡمُضۡغَةَ عِظَٰمࣰا فَكَسَوۡنَا ٱلۡعِظَٰمَ لَحۡمࣰا ثُمَّ أَنشَأۡنَٰهُ خَلۡقًا ءَاخَرَۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحۡسَنُ ٱلۡخَٰلِقِينَ

.

- Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati tanah.
- Kemudian Kami jadikan air mani itu dalam tempat yang kukuh.
-Lalu Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah, lalu Kami ciptakan darah itu menjadi segumpal daging, lalu Kami ciptakan daging itu menjadi tulang, lalu Kami balut tulang itu dengan daging.
- Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain. Maka
- Maha Suci Allah,
- PENCIPTA yang paling baik.

.

Dalam ayat ini..
Kita fokus kepada perkataan PENCIPTA.

.

Dalam Surah Al-Mu’minun ayat 14, frasa أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ bermaksud “sebaik-baik Pencipta”. Kata dasar "خَالِقِينَ" berasal dari خَلَقَ yang bermaksud "mencipta".

.

Menurut Al-Raghib Al-Asfahani dalam Mufradat Alfaz al-Qur’an, istilah خَلَقَ membawa makna yang lebih mendalam daripada sekadar “mencipta” secara fizikal. Ia merujuk kepada:

.

تقدير الشيء على وجهٍ معينٍ وإيجاده على وفق ذلك التقدير

.

Maknanya: Menentukan sesuatu dengan ukuran dan bentuk tertentu, lalu mewujudkannya mengikut ukuran tersebut.

.

Jadi, "kholiqin" bukan sekadar pencipta biasa. Ia merujuk kepada Pencipta yang mencipta dengan ilmu, hikmah, dan sistem yang sempurna. Dalam konteks ayat ini, Allah bukan hanya mencipta manusia secara fizikal, tetapi dengan sistem tubuh, emosi, dan spiritual yang saling melengkap. termasuk sistem limfa yang diterangkan di atas. MasyaAllah ♥️

.

Ayat ini juga menegaskan bahawa Allah adalah “Ahsanul Kholiqin”. Pencipta yang paling sempurna, berbanding segala bentuk ciptaan atau rekaan manusia. Maka sistem tubuh kita, termasuk sistem limfa, adalah hasil ciptaan yang paling teliti dan compatible dengan syariat seperti solat, puasa, dan saie.

.

Ayat ni bukan sekadar biologi tau. Ia adalah blueprint spiritual. Allah cipta manusia dengan sistem yang paling sempurna. termasuk sistem limfa, sistem fikir, sistem emosi. Dan Islam sebagai agama, bukan sekadar ritual, tapi sistem yang activate potensi tubuh dan jiwa.  MasyaAllah ❤️❤️❤️

.  

Masa saya sakit dulu, saya rasa macam tak berguna. Tapi bila saya mula faham sistem tubuh, saya mula nampak jalan untuk pulih. Dan penghalang utk pulih ialah kewangan. Sbb tak boleh bekerja. Alhamdulillah Allah dah berikan kelebihan ini lebih awal. Utk saya bersedia hadapi. Memang kerja saya pun sbg Cashflow Life Coach. Ya, saya ubah cara urus kewangan utk adapt beri peluang utk badan pulih...

.

Dan dari situ saya mula bantu orang lain.  

.  

Kalau anda sedang sakit, jangan putus asa. Tubuh andq masih ada sistem yang Allah cipta untuk pulih. Cuma kita kena bantu dia aktif.  

.  

Saya doakan kalian jumpa jalan pulih yang compatible dengan fitrah. Saya melalui Journey ini.. Sebab tu sy berkobar nak bantu orang lain utk boleh solat dan puasa..

Jomkita doa sama sama..

"Ya Allah Pencipta kami.. Jadikan lah kami orang yg berusaha untuk menjaga solat, puasa dan beribadah ikhlas padaMu.. ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ 

.

Apakah kalian lebih menghargai solat dan puasa selepas baca ni? Sebutkan "sayang Allah" 


#HusnaHaron
Quranic Lifetime Learning 

#tadabbur #tazakkur #tadabburalam #QuranicCashflow #FormulaMasa #TOTIQ #TOTIQ4 #YayasanUmmiMalaysia #Quranic #QuranicLifestyle