catatan usrah dan lain2-semoga bermanafaat. Sila kembangkan ilmu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang soheh.Ya Allah ,berilah taufik dan hidayahmu kepadaku dan pembaca blog ini untuk menjadi hamba-hamba mu yang soleh. Yang redho dan diredhoi engkau ya allah. Amin. nota- semua gambar adalah dari google.
Sunday, August 8, 2010
Allahumma balighna ramadhan
Elemen- elemen penting dalam berpuasa.
1. Mesti didorong oleh iman kepada Allah
2. Mesti sebagaiman yang Allah kehendaki
3. matlamatnya mestilah kerana taqwa kepada Allah
Puasa diberi Allah dengan pakej. maksudnya ada benda2 lain yang kena laksanakan untuk sampai kepada takwa iaitu
1. Puasa
2. Solat tarawih
3. Solat tahajud
4. Baca/ tadabbur Al quran
5. Sedekah
6. bayar zakat fitrah
7. Berdoa
8. Iktikaf dimasjid terutama 10 malam terakhir ramadan
Kita kena tahu pentingnya bersedia untuk hadapi ramadhan.
Kita nak kena rasa kita tunggu benda berniali bukan sebagai beban.
Amat bernilai kerana :
1. Pintu syurga dibuka
2. Pintu neraka ditutup
3. Syaitan dikat/dibelenggu.
Kita kena siap sedia dari segi pemikiran, kejiwaan,dan amalan2 berdasarkan sunnah.
Kena faham secara menyeluruh aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam bulan ramadan.
Kena rancang sesuatu dalam madrasah ramadan dan laksanakan dalam hidup kita.
Menyambut ramadan , kena sambut dengan meriah bukan dengan sedih sebab kena berlapar.
Sepatutnya lebih gembira dari sambut raya.
Orang -orang islam zaman dahulu (para sahabat) saling bertahniah kerana dapat hidup dalam bulan ramadhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment